Tak semua macam tu

Bercakap fasal ego ni memang golongan lelaki la yang akan kena dulu sebab dah sinonim sangat ego dengan lelaki. Sikit-sikit lelaki, dah tu perempuan tak ego ke? Perempuan pun ada ego jugak weh..tapi ramai cakap peratus keegoan lelaki tu lebih tinggi berbanding perempuan atas beberapa faktor.


Antaranya..


1. Tak nak mengalah dah dikalahkan oleh kaum hawa.
Ini penting bagi seseorang lelaki yang meletakkan ego di tahap tertinggi yang macam dah tak boleh dibendung sampaikan nak sangat minta pelempang. Mungkin jatuh maruah seseorang lelaki tu kalau kalah dengan perempuan terutamanya bila bergaduh. Kaum hawa jugaklah yang kena mengalah walaupun bukan salah dia. tapi tak semua macam tu.






2. Pangkat
Mentang-mentang pangkat kau tinggi, ego pun kena tinggi lah ek? Kalau pangkat bos, ada nak mengalah dengan staf bawahan? Mesti nak betul punyalah. Bos is always right. Tapi tak semua macam ni. Kang marah pulak kome kat teman.








3. Paras rupa
Muka handsome, pojaan hati ramai perempuan, jambu, mempelam, betik semua ada. Disebabkan rupa yang agak-agak Johny Depp tu lah lelaki ni egonya tinggi. Kalau tak dapat perempuan ni, ada lagi perempuan lain. Senang cakap sekali petik sepuluh datang. Aku ada rupa...ko tak nak kat aku, ingat aku nak kejar ko? Tapi tak semua macam tu.





4. Diri dia je yang betul
Ini masalah besar untuk kaum perempuan yang ada balak perangai macam ni. Tak boleh nak tegur langsung, mesti nak pertahan diri dia betul padahal salah. Susah untuk di bawa berbincang. Sikap tak bertolak ansur yang mungkin akan memusnahkan sesebuah perhubungan. Tapi tak semua macam tu.





5. Jangan perli or jadi sarcastic.
Lelaki paling tak suka diperli. Bagaikan menjatuhkan maruah diorang. Gunakan cara meluahkan perasaan tu dengan betul dan bukan menggunakan emosi. Lelaki ni jenis straight to the point, perempuan pulak jenis berkias. Perbezaan di situ boleh diselamatkan dengan memahami kedua-dua sikap jantina ni.tapi tak semua macam tu.




Untuk kaum perempuan...sebenarnya senang je nak handle lelaki macam ni.




Jadi pendengar yang baik. Jangan sesekali cuba mencelah masa diorang tengah cakap. Alamatnya korang kena marah dan dianggap tak hormat oleh mereka ni. Tunggu dia habis berceramah tu dulu okeh. Lepas tu mulakan dengan ayat macam ni,



"sebelum tu nak minta maaf kalau apa yang nak cakap ni tersalah ke apa......"


tak pun lebih kurang macam ni,


"saya bukan nak membantah apa awak cakap, cuma bagi pendapat saya.....blablabla...maaflah kalau tersalah ye"




Bila cakap macam tu, peratus keegoan dan marah diorang ni akan menurun slowly. Daripada nak marah pun, tak jadi nak marah. Berlembut dan bersopan tu cara yang bagus. Cer cuba cer cuba.




Api kena bertemu air dan bukannya angin or api jugak. Kalau si dia dah jadi api, korang pun nak jadi api memang rentung la korang berdua. Salah sorang kena jadi air. Bila direnjis-renjis air ke api tu, lama-lama padam jugak. Lelaki berego tinggi ni kena kawal dengan cara yang macam ni.




Baca doa pelembut hati.

Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”


“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”



 Perempuan pun ego jugak..jangan salahkan lelaki je okay. Aku ego? er.....er......tak kot.heeee





p/s :Hidup ni kena bertolak ansur. Jangan pentingkan perasaan sendiri sampai hilang orang yang disayangi hanya disebabkan kelemahan seseorang. Atasi sikap yang dianggap paling menyampah tu dengan langkah-langkah yang betul. Jangan sebab satu keburukan tutup 10 kebaikan.

4 comments:

  1. lelaki ego banyak, tp sekejap..haha..

    ReplyDelete
  2. @umie nadhirah : tahu takpe. diorang tak suka nak panjangkan benda tu

    ReplyDelete
  3. laki memang la kalau ego setinggi langit tapi sekejap je. sekali sekala je pun. pompuan ego hari-hari dan kadang-kadang berhari-hari pulak tu. kalau la tym tu dua-dua tengah ego mau nak tersembur je mulut talak tiga ploh tiga.

    ReplyDelete
  4. @benrauf : haha. bahaya tu rauf. lelaki kan tak suka panjangkan sesuatu perkara lama2. yang perempuan lebih beremosi sebab tu ada yang merajuk berhari-hari sampai laki malas nak pujuk. perempuan buat macam tu sebab nak lelaki tu pujuk. tapi salah cara sebab terlalu melampau. sikit2 sudeh.betul kan?hehehe

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah