Bila akhirnya aku... (part 3)

Masa persekolahan dah bermula

Sepanjang orientasi serius aku kepenatan. Tak pernah2 kawal budak lebih dari 3 orang, hari tu kena jaga more than 40 students. Bayangkan budak2 berlari sana sini, cikgu2 ada yang menjerit suruh beratur la apa la. Aku? Pengsan.

Habis je orientasi, so start la pembelajaran. Aku guru kelas untuk 5 years. Bila masuk dalam kelas tu umpama berada kat pentas albert hall london wo. Semua mata tertumpu kat aku. Okay...aku tahu aku cantik tapi janganlah pandang ghope (rupa) itu...heheh.

Lepas sebulan lebih mengajar, alhamdulillah aku dah kenal nama ke semua anak2 aku.

Dalam kelas aku ni ada sorang budak laki yang nakal dan agresif. Jenis budak tu dari segi kelakuan sosio-emosi dia, negatif.

Aku explain sikit fasal sosio-emosi negatif ni. Kalau malas nak baca suka hati, tapi ni ilmu. Nanti korang akan jadi mak bapak jugak.


Contoh tingkah laku yang menunjukkan masalah emosi:

Tak selera makan
Masih kencing di tempat tidur
Tak bermain aktiviti
Tak menunjukkan perasaan apabila diketepikan
Perkembangan tak maju
Mudah tersinggung dan bergaduh
Mengigit dan mencubit
Menghisap jari



dan......semua tu ada kat budak laki tu. Nama dia Fahrin Ahmad (bukan nama sebenar). Dia sangat comel and montel! Geram. Hari2 aku cubit pipi dia. Lantak la dia nak marah ke apa. Aku geram budak2 macam ni.


Masa dalam kelas, aku ada tanya soalan kat beberapa students berkaitan tema minggu tu, "Occupation".


"Seth tan (bukan nama sebenar), besar nanti nak jadi apa?"

"Saya nak jadi doktor, teacher"

"Wow..a doctor. Kena belajar rajin2 tau"



Soalan yang sama aku ajukan kat Fahrin Ahmad (bukan nama sebenar)



"Fahrin, nak jadi apa besar nanti?"



Dia diam je. Tak jawab soalan aku. Mulut dia terkumat-kamit macam baca jampi serampah apa entah kat aku.



"Ehem2. Teacher tanya ni..nanti besar nak jadi apa...."


"Saya nak jadi penyamun. Nanti nak rompak teacher"





Pppfffftttt! nak je aku sumbat marker pen ni kat mulut dia.





to be continued...

11 comments:

  1. pandai student cilik awak tu ngorat awak yer..hahaha

    ReplyDelete
  2. @khairil : budak2 zaman sekarang.....haha

    ReplyDelete
  3. hehehe.. sweet la student tu..nsib baik bdk2 lg..lau da besa..cair ni dgr.. :)

    ReplyDelete
  4. @kotak bulat : haha. ni tengah tunggu dia besar la ni

    ReplyDelete
  5. haha..hebat nya fahrin ahmad!!=D

    ReplyDelete
  6. @erra kyra : hebat sampai nak kena sekeh.hehe

    ReplyDelete
  7. dia geram teacher asyik cubit pipi dia..

    ReplyDelete
  8. @lan bingka : hahahahaha. mungkin kot

    ReplyDelete
  9. HEHE, menarik story awk. suke aen bace. keep it up :)

    p/s : tlg aen leh?

    http://officialaenlicious.blogspot.com/2011/06/life-is-so-colorful-photo-contest.html

    ReplyDelete
  10. @nur ain azman : thank you dear..teruskan membaca untuk episod seterusnya ye.hehe

    ReplyDelete
  11. @nur ain azman: sori dear...facebook dah lama tak buka. password pun dah lupa

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah