Kalau servis macam haram...


Macam biasa kalau malas nak masak memang kitorang satu family dengan keluarga pakngah akan keluar makan kat pantai. Makan ikan bakar dekat pantai remis, selangor. Seronok makan mengadap pantai. Walaupun gelap gelita dan tak nampak ombak tapi boleh la dengar desiran ombak yang menyamankan jiwa. Cewah.

Lepas parkir kereta, terus pergi cari meja kosong. Tak la ramai sangat orang malam tu. Mula-mula nak pergi restoran sebelah sinun tapi hari tu saja nak tukar angin, so pergi la ke sebelah sini. Dah dapat meja, datang waiter lelaki muda minta order.


Tomyam seafood, ikan siakap bakar, ABC, nasi putih untuk 10 orang, sayur kailan untuk 6 orang blablabla...


Beberapa belas minit kemudian, air tak sampai-sampai. Selalunya air datang dulu. Mungkin sebab terlalu "ramai" pelanggan sebab tu lambat kot. Heh. Tapi makin lama pulak menunggu ni. Last-last pakngah aku yang tolong pergi ambil air. Sebenarnya air dah lama siap, cuma waiter tu sangat "laju" nak hantar. Nasib baik pakngah aku rajin nak mengambiknya.

Tunggu pulak makanan...adoi sungguh lama. Mak aku dah start bengang. Mak panggil waiter lelaki tadi.


"Mana makanan? lama dah kami tunggu ni dik"


"Sabar la.....ramai customer. bukan akak sorang je."


Pehhhh......menyirap mak aku dengar kata-kata anak muda itu. Masa tu aku tak dengar. Nasib baik Allah elak aku daripada dengar,kalau tak, memang kau makan kata-kata pedas aku ni la. Kurang ajar bahasa dia.


Lepas dah hantar makanan, memang mood semua orang terganggu la. Dah la lambat, sudu, garfu and straw pun tak di bagi. Macam biasa la, pakngah aku jugak yang pergi ambil semua peralatan tu, sampaikan customer lain yang baru datang pun panggil pakngah untuk amik order. hahahaha. Tengok! betapa cekapnya pakngah aku melayan banding dengan pekerja2 yang ada. Malu tak wahai pekerja2 sekalian?. Jumlah customer pun bukanlah ramai sangat...


Setel makan, bayar, terus blah. Membawa hati yang terguris. Memang tak akan jejak ke restoran tu lagi. Lebih baik ke restoran sinun. Makanan sedap, servis tip top.



p/s: Restoran nampak tak elok sebab atittude pekerja yang macam ni.

11 comments:

  1. setuju ! servis tiptop lagi memuaskan hati customer :)

    ReplyDelete
  2. mmg nak kena pelempang dgn terompah jamban jugak mamat tu

    ReplyDelete
  3. @laila majid : dan kita akan terus nak makan kat tempat tu lagi kan? kan? pentingnya layanan mesra

    ReplyDelete
  4. @jiji yu : kalau tahu ko nak buat macam tu,dah lama aku ajak ke sana. bagi melekat tapak terompah itu.buat tanda lahir.haha

    ReplyDelete
  5. kalau dapat restoran yg punya servis mcm nei memang menyirap je darah.aishhh,hehe

    ReplyDelete
  6. @nin : rasa nak buat kecoh je kat situ kan? geram

    ReplyDelete
  7. Eeeee geram pulak bila baca entri ni. Kalau kitorang, blah terus daripada kedai tu. Nak berniaga cam tak nak berniaga. Huh!

    ReplyDelete
  8. @wahida : hehe.tak nak membazir.tengah lapar masa tu.gagahkan jugak menghabiskannya. tapi tak patut la ada pekerja macam tu. kerana nila setitik,rosak susu sebelanga

    ReplyDelete
  9. mmg terguris arr hati ni....sbb da pernah kn jugak..

    ReplyDelete
  10. mmg terguris arr hati ni....sbb da pernah kn jugak..

    ReplyDelete
  11. @syarafi : sobs sobs..kita tak patut dilayan begitu

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah