Public phone


Dari dalam bas aku tengok hujan turun agak lebat. Argh.....mesti kena berlari untuk selamatkan laptop  dan beg baju aku daripada terkena air. Aku yang baru sampai dari kampung halaman dengan menaiki bas awam, cepat-cepat turun dari bas mencari tempat berteduh. 

Sambil menutup kepala menggunakan lengan kanan yang secara logiknya aku akan kebasahan jugak, aku tetap buat kerja bodoh tu. Tangan kiri aku pegang erat-erat laptop dan beg baju. Rumah aku masih jauh. Saat-saat macam ni la baru nak mencari payung. Kan dah cakap, sediakan payung sebelum hujan. Ha ambik kau basah kuyup sekarang!

Dari jauh aku nampak satu menatang berwarna biru. Owh yes! Public phone. Terus aku pergi kat sana dan call mak aku di kampung. Risau pulak nanti kalau mak aku ingat aku belum selamat sampai.


"Assalamualaikum mak, angah dah sampai ni. Hujan lebat mak......."



Tengah seronok bergayut dengan wanita kesayangan aku, tiba-tiba ada budak lelaki agak-agak dalam umur 12 tahun tarik baju aku.


"Cepat sikit, nak guna tepon ni. Nak tepon kawan."


"Ye, kejap lagi"


Kali ni budak tu tarik lagi, tapi bukan baju, dia tarik seluar aku. Hampir nak terlucut dibuatnya! Dah terlebih budak ni. Disebabkan aku jadi geram, aku kenakan budak tu. Aku bergayut lama-lama. Baru padan muka kau.



Tiba-tiba ada suara garau kedengaran. Cepat betul budak ni membesar. Aku toleh ke belakang. Pergh! Ramai orang beratus nak guna public phone rupanya.



"woi, agak-agak la kalau nak guna telefon tu. Kat sini dah beratur panjang."



"Owh nak guna telefon eh? ha sila-sila. Saya guna handphone je bang. Tak guna pun public phone ni. Ingatkan tak ada orang. hahahahah. owh tak lawak eh?"




Cepat-cepat aku blah. Takut pulak ada yang naik hantu nanti. Aku saja nak kenakan budak tu, tengok-tengok ramai pulak yang terkena. Lagipun aku call mak guna handphone, saja nk berteduh kat situ.


10 comments:

  1. haahaha.... tetiba ramai mahu menggunakan public phone di waktu hujan... huhu~~~

    ReplyDelete
  2. haha..tu la, nak kenakan budak tu sangat..
    nasib dorg tu tak ngamuk..

    ReplyDelete
  3. @rohaizam rosli : ha'ah..tiba-tiba je kan...hahaha

    ReplyDelete
  4. @wanie : hahahak. naya je kalau ngamuk

    ReplyDelete
  5. wahhhh..dah lame x tgk org gune public phone..sbb hujan kot pakat nk berteduh..hehe

    ReplyDelete
  6. ok. sgt jarang tgk org beratur gune public phone dewasa kini kan? hahaha

    ReplyDelete
  7. lol..ha3
    guna handphone sendiri kat public phone..pandai mengenakan orang..ha3

    Jom join segmen yang diadakan oleh Zakwan.. Pemenang bertuah akan diiklankan blognya selama 2 MINGGU secara PERCUMA dan juga akan DIREVIEW di blog Zakwan. Syaratnya pun mudah je..
    KLIK SINI UNTUK JOIN

    ReplyDelete
  8. @d_la : muahaha. kadang2 benda yang dah lama orang tak buat tu menjelma balik

    ReplyDelete
  9. @johnjosh : yeah memang. hahaha

    ReplyDelete
  10. @mohd zakwan : hik hik. pandai eh? haha

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah