Teksi

Memang celak...  hampeh betul saat-saat genting macam ni kereta buat hal. Mengeluh sambil tendang tayar kereta bajet nak tiru gaya dalam drama. Aku ambil handphone, terus cari contact number teksi berdekatan. Huh...sebelum nak kol pun aku mengeluh lagi sebab tambang sah2 mahal.

Setengah jam perjalanan dari A ke B pun dah kena RM45. Tapi yang peliknya baru-baru ni aku naik teksi dari A ke C, kena cas RM30 je. Kenapa A ke B RM45 sedangkan A ke C boleh berkurang?

Malas berkira-kira tengah panas tu, aku kol jugak tempat teksi. Duit dalam purse cuma ada RM50. Harap-harap tak kena cekik darah. Kalau kena, aku cekik kau dulu.

Dalam 15 minit tunggu, teksi sampai. Terus aku naik, rehatkan kepala.



"Pergi mana dik?"




" aghytdfredk , pakcik".


Aku ni jenis berwaspasda sikit. Sepanjang jalan aku tengok arah mana pemandu ni ikut. Aku abaikan kepenatan aku demi keselamatan. Haih.....sah! Pemandu ni memang nak buat hal. Dia masuk jalan lain. Bajet aku tak tahu jalan la eh..


"Pakcik nak ke mana ni??". Konon tanya macam blur




"Ini jalan dekat dik. Elak jem".


Aku sengaja buka lagu kat handphone, buat2 ada orang kol aku.



"Waalaikumsalam ayah. Angah dalam teksi ni. Nombor plat teksi xxxxx, bergerak ke arah assdjdfdo. Jangan risau..angah ok. Ayah tengah buat roadblock dekat area mana? Pistol yang ayah bagi kat angah ni, angah jaga baik2. Guna masa darurat je. Ok2. Assalamualaikum..."


Sungguh tak logik aku ada pistol. Lantak lah..janji aku cuba psiko pakcik tu. Pemandu tu terus gelabah. Cepat2 dia keluar balik ke jalan yang betul.




"Eh pakcik, kenapa patah balik? Jem teruk kan kat sana?




"Er.. waktu macam ni tak jem kot."




Hahahahahahaha. Padan muka kau. Nak buat jahat tak agak2. So wanita di luar sana, kalau naik teksi tu, kol orang terdekat dan bagitahu nombor plat teksi, ke mana destinasi korang. Tapi jangan buat macam aku tu. Kol betul2 okies.



Pesanan daripada younique.

26 comments:

  1. bahayanya skrg ni..isk2..nasib baik dia menggelabah..

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  2. hahaha.. ganas ada pistol. >.<"

    ReplyDelete
  3. @nasz : betul. makin maju sesebuah negara, makin banyak bahayanya. so kena berhati2

    ReplyDelete
  4. @adamainaa : hahak. darurat tu

    ReplyDelete
  5. haha..gile psiko penumpang ni..
    tak penah lak wanie kol parent kalau naik teksi..pasrah je die ikut jln mane pun..huhu

    ReplyDelete
  6. mesti terkejut besar pemandu teksi tuu..haha...x dpt den nk membayangkannye..haha

    ReplyDelete
  7. @wanie : jangan pasrah wanie..kena berhati2. kalau jerit bukan jalan penyelesaian. kita kena psiko orang tu.hati2 tau lain kali.ikut cara saya.muahaha

    ReplyDelete
  8. @syarafi : hahahah. nak buat cerita memang tak agak2.siap ada pistol. terpaksa la den

    ReplyDelete
  9. Adehhh, dasyatnye pemandu teksi tu. huhuhu. takottt.


    http://sayasibudakopto.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. hahaha...dasat giler dani saiko pakcik tuh..ingat kecik2 boleh buli la kan..

    ReplyDelete
  11. @mrs farhan : malang tak berbau so kena berhati2 selalu

    ReplyDelete
  12. @d_la: haha. terpaksa. itu je yang terlintas kat otak

    ReplyDelete
  13. huik..ayah aku pon polis..tak ernah lak aku maen pistol die

    ReplyDelete
  14. jiji yu: ahahahha. sebenarnya...ayah aku bukan polis. dan kalau polis sekalipun takkan nak bagi anak pegang pistol. itu sekadar taktik nak psiko pemandu tak guna tu

    ReplyDelete
  15. uisy,dasat2..dlu mse sy LI kt subang,mmg slalu r kna kncing ngan pmandu taxi neh..aisyy..=.="

    ReplyDelete
  16. @anis aneesa : teruk kan? harga tak patut. memang kering la duit kalau naik teksi macam tu

    ReplyDelete
  17. dani: u wat begitu? uih..sungguh kretip

    ReplyDelete
  18. @bila ku kata cinta : yup. sebab itu je yang terpikir

    ReplyDelete
  19. bijak gak taktik ko ni. lagipun memang bahaya lah pompuan naik eksi sorang2.

    ReplyDelete
  20. @ belog|amiyo: tahu takpe. kena ada cara psiko yang mantop la. sambil tu kena berserah kat Allah. tak nak statistik jenayah bertambah. so kita kena berwaspada

    ReplyDelete
  21. huish alhamdulilah .. awk x jadi pape..

    ReplyDelete
  22. @kiera'sakura : alhamdulillah Allah lindung

    ReplyDelete
  23. keh keh keh...
    sadis sadis..

    memang pompuan kena waspada selalu..

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah