Aku mangsa fesyen


Gambar-gambar dibawah merupakan antara fesyen yang digayakan oleh orang  Islam sekarang. Pelik itu sudah pasti namun pakaian macam tu tetap menjadi pilihan untuk dipakai. Kategori mangsa fesyen? Bagi aku ya, sebab sangat tak sesuai pemilihan pakaian orang sekarang. Bertudung tapi baju ketat, dengan leggingnya.

Untuk pengetahuan anda semua, pakaian ni boleh lah main di LOOKLET.COM. Hehe..seronok sebenarnya main game ni sebab boleh la cuba-cuba berfesyen di situ (in reality tak macam tu pun)

Menutup aurat itu kena difahami. Bukannya membungkus aurat. Cuma nak tegur dan mengingatkan,bukan nak mengutuk macam sorang blogger yang pernah buat entri hot dulu tentang carutan untuk minah bertudung urban. hoho. Tak nak lah mencarut-carut di sini.

Jangan jadi mangsa fesyen semata-mata nak bergaya. Tak salah nak gaya macam mana pun janji jangan sampai tak ikut kehendak menutup aurat. Itu je. Islam kan mudah, tapi janganlah kita terlalu memudahkan pulak sampai tak buat perkara wajib.

Tengok la jenis-jenis pemakaian dibawah yang aku cuba mix and match bersesuaian dengan fesyen ala2 up to date orang sekarang. Cekidaut!





Untuk tudung tu abaikan sebab kat game looklet tu tak ada hijab yang sempurna so aku gunakan scarve macam tu je untuk menggambarkan wania bertudung. Ha! Boleh nampak ketidaksempurnaan di situ. Lengan pendek, baju ketat, legging yang memang menutup kaki tapi membaluti sampai nampak bentuknya Oh no no no no. FAIL.





Semata-mata nak bergaya sampai baju tu pun boleh jugak disarungkan sekali dengan tudung. Erm...sesuaikah? Tidak. Pehhh....legging harimau bintang memang menarik pandangan wo. Tapi ini, FAIL!







 







Sejuk mata memandang. Baju yang loose,labuh menutupi bahagian punggung dan skirt labuh sangat cantik digayakan kan? kan? Cuma tudung tu je la...kalau ada hijab yang labuh,sempurna mesti lagi best main game ni.

Jadi,janganlah kita menjadi mangsa fesyen. Bergaya biar ada cara dan jangan sampai kita ditertawakan dan jadi bahan kutukan masyarakat. Teguran dan peringatan ni untuk sama-sama kita renungkan dan amalkan. Tak ada la pulak nak hentam sebab kita ni manusia yang lemah dan selalu buat silap. 

Dah jadi tanggungjawab kita sesama Islam menegur ke arah kebaikan. Terpulang nak terima ke tak, janji hangpa guna akai yang Allah bagi.

Ada jugak sorang hamba Allah ni yang cakap "Just be yourself". Kring2...hello....ye,memang tak salah nak jadi diri sendiri tapi kalau dah tak betul pemakaian tu sampai ikut fesyen pelik daripada barat, ape citer? Terutaman fesyen lady gagap tu. 

Kat sana nampak cantik dan unik tapi kat Malaysia ni tambah-tambah lagi negara Islam, tak ke pelik mata tengok rambutnya kuning, baju terang tang tang nok....gabung dengan kasut warna-warni.

21 comments:

  1. memang tak kena la, sape la perunding imej...kot ye pon,kasi la elok sikit,huhu...tapi fashion sekarang memang pelik2... berfashion la selagi menutup aurat kan..

    ReplyDelete
  2. @meaw : perunding imej salah,yang menggayakan pun salah sebab dua2 tak fikir. tahu nak berfesyen macam barat je. betul.kalau kena gaya,tak salah :)

    ReplyDelete
  3. hisy..sakit jiwa aku nengoknya

    ReplyDelete
  4. saya suka yang sederhana jer.. koh koh koh..

    ReplyDelete
  5. betul la..
    kat malaysia buat pesyen pelik sikit memang jadi badut la jawb nya..
    masuk pulak ke kampung...
    hah!!!siap la orang kata giler..
    hahahh

    ReplyDelete
  6. yg last tu tudung dia plak x kena kan..singkat sgt tu

    ReplyDelete
  7. betol tu, suka sgt pakai legging ngan tudung. memburukkan imej je. kalo betol2 nak pakai legging, baek x payah pakai tudung trus.

    ReplyDelete
  8. @jiji yu : fesyen anak muda sekarang yang harus ditegah

    ReplyDelete
  9. @aujinz : sederhana itu lebih baik

    ReplyDelete
  10. @diana : haha. berfesyen jangan sampai tersilap bergaya. buruk rupanya nanti

    ReplyDelete
  11. @d_la : sebab kat game tu tak ada tudung yang sempurna.ada scarve tu je yang paling ok

    ReplyDelete
  12. @mrs.farhan : legging tu pakai kat rumah je ok kot untuk tatapan suami. lagipun Malaysia ni panas. legging tu dah la melekat.tak sesuai plus tak complete dalam menutup aurat

    ReplyDelete
  13. @nin : ....dan sakit hati.hehe

    ReplyDelete
  14. favourite tudung ked bawal je hehe :)

    ReplyDelete
  15. @ked : bawal pun cantik.owh dah lama saya tak pakai tudung bawal

    ReplyDelete
  16. @laskar pelangi : yup. kalau melampau macam gambar tu memang tak sesuai :)

    ReplyDelete
  17. huhu eee ade lagi.. yg pakai jeggings pun same... eee nampak dia unye tuuuuut

    ReplyDelete
  18. @apel : haha. jangan tengok dia unye la.sekeh kang. seluar jenis tights,tregging ah macam2 lagi memang sakit mata bila digayakan dengan tudung

    ReplyDelete
  19. Wanita diletakkan begitu tinggi martabatnya dalam Islam. Janganle semata kerana berfesyen kita snggup merendahkan darjat sendiri. Ramai tertipu dgn nama Busana Muslimah (hnya kerana ada tudung). Wanita Solehah itu bukan hanya cantik di mata tp jua menyejukkan jiwa. :)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah