Aku pun boleh buat apa lelaki mampu buat

Di sebuah stall area Klang (in english sebutannya Kleng), berkumpul kawan-kawan lama masa sekolah. Ada lelaki dan perempuan tapi duduk meja berasingan. Jaga adab.

Ada kawan perempuan ni macam jantan sikit tapi dia bukan pengkid. Dia ni memang suka buat kerja-kerja lelaki dan paling tak suka dipandang rendah oleh kaum adam. Kalau nak repair apa-apa,panggil je minah ni, sekelip mata dia siapkan. Budak-budak laki memang panas sikit dengan dia tu. Ada sorang kawan laki aku ni saja nak cabar dia.


"Kalau dah nama pun perempuan,buatlah cara perempuan. Tak payah lah nak tunjuk hebat lebih daripada lelaki"


Mendengar je kata-kata tu, minah ni terus la melenting.


"Hey,kau jangan ingat perempuan macam kitorang ni tak mampu buat apa lelaki buat tau. Zaman sekarang ni dah lain. Semua kerja laki,perempuan dah boleh buat. Cakap je nak buat apa, petik jari je lah"


Si lelaki tadi cuma pandang sinis dan tergelak kecil dengan kawan-kawan laki dia. Aku memang risau budak-budak laki ni pergi hempuk kepala dia,tak pun baling kerusi ke. Tetiba pulak jadi drama bersiri Klang Gangster kang.

Budak laki tadi tanya lagi kat si minah ni. 


"Kalau betul ko boleh buat apa kitorang buat,buktikan kat aku"



"Ok. Set. Apa?"



"Kau boleh kencing berdiri?"



Terdiam tak terkata.



"Apa? Nak guna tiub? Hahahahahahaha!"


Ketawalah diorang ni berdekah-dekah. Secara tak sedar,aku pun join sekali. Hahahaha.


Apa yang nak cuba disampaikan kat sini ialah, memang perempuan sekarang hebat-hebat. Semua kerja laki kaum hawa yang dulunya dikatakan lemah ni dah mampu buat. Bangga I..tak ada la kena buli. Banyak bukti menunjukkan kaum hawa dah berjaya daripada lelaki. Memang tak dinafikan.

Walaubagaimanapun, lelaki tetap di atas. Ini pandangan peribadi aku. Sehebat mana pun perempuan tu,kita tak boleh la nak menandingi lelaki semata-mata nak tunjuk kita tak lemah. Lelaki memang gagah dan kuat daripada kita. Tak perlu jadi lebih kuat daripada diorang. Jangan sesekali pandang rendah pada lelaki sebab kita kena hormat kaum adam ni. Mereka ada ego dan maruah.

Nak jadi hebat boleh, tapi jangan sampai menjatuhkan maruah kaum lelaki. No heart feeling eh. Kalau tak setuju,boleh komen bagi pendapat. Tapi jangan lah maki hamun. Sekadar renungan.


12 comments:

  1. ye,kaum adam mmg mmpunyai egoooo yg sgt tggi..huh..tetibe emo..muahaha..

    ReplyDelete
  2. sebab tue lelaki di jadikan pemimpin.tak semua yg lelaki boleh buat kita boleh buat.

    ReplyDelete
  3. Sokong Dani.

    Tinggi mana pon ego mereka, kita tetap kena hormat mereka. Tinggi mana pon kehebatan kita, tapi kita tetap berada di bwhnya. Sudah di takdirkan Allah, lelaki dijadikan sebgai pemimpin. Pompuan nak memimpin pon bolehh, tapi pasti ada kepincangannya. Sbb Allah jadikan pompuan bersifat sensitif dan terlalu mengikut perasaan bila nak buat keputusan. Lelaki lebih rasional dr kita,kan.

    Sayang semua lelaki dlm hidup saya. Sayang ayah, sayang adik, sayang Mr.Farhan jugakk. =D

    ReplyDelete
  4. memang kaum lelaki tetap di atas wala macam mane kite perempuan try untuk jadi sehebat dorang. tetapi disebabkan perkare neh lah mereka rase mereka selayaknye melayan perempuan mengikut kehendak mereka dan bukan sepatutnye.

    ReplyDelete
  5. yes! lelaki memang tak boleh kalau perempuan lagi hebat dari dia. -_-

    ReplyDelete
  6. kire tak hebat lagi lah ni tak leh kencing berdiri.wakakakakak #gelaksetan

    ReplyDelete
  7. @anis : ego...biasa lettew.hik hik

    @nin : that's right. itu yang sebetulnya

    @mrs.farhan : pehh! betul tu.hehe. lelaki kalau buat keputusan tu lebih rasional.yeah...setuju2

    @pinkaholic : itu pun satu masalah juga

    @shassa : maruah akan jatuh

    @taufan : dah memang tak boleh.macam lelaki jugak,tak boleh nak menyusu.hahahaha (gelak jahat)
    gurau2 je ye

    ReplyDelete
  8. ade je benda laki xleh buat tp pompuan boleh..meaning we need each other..kan2..huhu..peace yo!

    ReplyDelete
  9. korang takleh jadi tok kadi..ehehe..

    ReplyDelete
  10. @hamizan : yup.hehe.melengkapi

    @jiji : cari gaduh ke?haha. semestinya tak boleh.

    @nana : yup. tersentap! haha

    ReplyDelete
  11. masing masing ada kelebihan masing masing hehe

    tapi memang dah tersurat lelaki tu lebih dari perempuan :))

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah