Fitting room-skodeng time



Pantang dapat gaji, memang Jah akan terus ke shopping mall berdekatan untuk sesi perabih duit. Cuma mengenakan t-shirt lengan pendek,cardigan, seluar panjang dan beg sandang dan TANPA mengajak aku sekali pada hari tersebut, Jah masuk ke sebuah kedai baju.

Rambang mata lah si Jah tengok baju-baju yang ada. Jenis tak cukup kain, terlebih kain, semua ada. Hampir berpuluh minit dok usha baju apa untuk dicuba, akhirnya dia rembat semua jenis baju yang dia suka dan terus masuk ke fitting room.






Jah meletakkan beg sandang dan terus menjalankan aktiviti menyalin baju.












Belum sempat dia nak buka baju, Jah perasan ada something wrong somewhere. Terkejut Jah hoi bila nampak ada orang dok syok rakam apa Jah buat. Nasib baiklah Jah masih belum buka sepenuhnya. Akibat terlalu geram, Jah terus keluar dari bilik salinan tu and terus kejar si polan tu. Selepas melampiaskan nafsu amarahnya, si polan tu ditangkap dan dibawa ke balai polis hasil pertolongan orang ramai.




First,aku nak cakap kat sini, mana-mana fitting room yang ada, aku memang was-was. Setiap kali masuk,mesti aku pandang kiri kanan atas bawah to make sure keadaan selamat. Kalau ada handphone or cermin kat bahagian bawah pintu,memang aku pijak terus. Kalau dah panik sangat,aku tukar suara jadi jantan. "Sedap baaaaaang....... "

Dah la terbuka di bahagian atas dan bawah. Tertutup macam mana pun aku tetap tak percaya sebab kemungkinan cctv tersembunyi ada dalam tu. Gangguan seksual macam ni memang tak patut terjadi.

Kalau nak cuba satu-satu pakaian tu, aku sekadar masuk dan terus sarung the baju tanpa buka baju aku. Pandai-pandailah nak agak baju tu muat ke tak. Janji aku selamat daripada dirakam dan dilihat oleh orang tak bertanggungjawab.




P/s: Komen yang disertakan sekali dengan link blog/entri akan di delete tanpa belas kasihan. Comments are usually moderated. But please do not leave a link with HTTP:// because I will not compromise with that. If you still do it,it may be considered spam and be deleted. Tak nak la blog tersayang ni kena delete by google macam blog maribinablog. sobs sobs.


8 comments:

  1. cam kenal je baju tu?First Lady kn?haha..

    ReplyDelete
  2. wah.. bgs2 info awk..
    orang tu kena tangkap padan muka..
    diba pn klw msuk fitting room tgk2..takut maa.. hehehe

    ReplyDelete
  3. @i.alyaa : hahaha.reject shop la

    @dieyba : kena hati2 kan? bahaya wo kalau orang tengok kita tukar baju

    ReplyDelete
  4. @jiji : sempoi....haha

    @nana : berhati selalu sebab penjenayah seksual macam tu tak kira siapa

    @saiazuan : ada. lagipun kes macam ni dah lama berlaku

    ReplyDelete
  5. huish bahayakan cmtu..suka hasil awok

    ReplyDelete
  6. @merahitujambu : tu la..rasa takut nak masuk changing room

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah