IQ dan EQ mana penting bos?


Serius eh cakap, aku tak suka interview, sebab kena menjawab macam-macam soalan menduga jiwa. Apa pun kena redah la jugak. Nama pun nak minta kerja, of course la majikan nak soal siasat untuk pilih pekerja terbaik.

Aku masa tu cuma pakai baju kurung pahang dan bertudung syria. Aku tempek pin bunga cotton pink kat bahu. Bawak fail yang lengkap dengan sijil2. Lepas parkir kereta, dengan penuh sopan aku tanya pak guard, 


"Uncle, boleh tumpang tanya, mana ofis? Saya datang untuk interview"


Ku lemparkan senyuman bukan tanda menggatal tapi tanda hormat dan mesra kat uncle berbangsa India tu. Uncle tu bawak aku masuk ground floor syarikat. Dia tunjuk satu pintu yang berlabel "Office". Terima kasih eh uncle.

Aku dengan penuh yakin ketuk pintu tu. Tak ada respon, uncle tu datang balik sambil tergelak-gelak. Kehairanan aku dibuatnya weh. Ketuk pintu pun lawak ke. Lalu uncle pun berkata,



"You buka saja, itu pintu ada tangga untuk you naik ofis tingkat atas"



Oh demm.......Hahahahahahahahahahaha!!!!!!!!!!!!!


Sampai je tempat interview, terbeliak mata aku yang kecik ni. Pehh....ramai jugak lah yang datang interview! Semua smart2. Ada yang pakai kemeja, kot, memang nampak sungguh bergaya. Aku je biasa2 tapi peduli lah kan, janji aku tak pakai baju tidur sudah.

Aku buat survey kat diorang, and kebanyakkan belajar tinggi2. Ijazah,gpa pun tinggi weh. Sesungguhnya diorang memang bijak and layak lah dapat kerja tu. Aku dah mula rasa tak ada harapan dah. Rasa macam nak berlari masuk kereta dan pecut ke rumah terus tutup muka dengan bantal. Heh. Gpa aku pun tak lah hebat. (Kena la mengaku)

Setel interview, aku balik rumah cuma doa and tawakal je lah. Kalau dapat, rezeki. Kalau tak dapat, mungkin tempat aku kat tempat lain.

Esoknya admin tempat tu kol aku.


"Miss, you dah dapat kerja tu. When you can start?"


Aku tak menjerit kegembiraan, cuma cakap alhamdulillah and senyum je.

Kenapa aku dapat kerja tu padahal candidates yang lain lebih hebat dan layak daripada aku? Ini apa yang majikan  (he is chinese) bagitahu aku masa di bilik interview,


"Gpa or tahap pendidikan is not a measure of how well you are doing in your works. A few employer always asked " What was your gpa?"  Tapi for me, saya pentingkan atittude. Staff di sini very helpful. Bila dah siap kerja masing2, mereka akan tolong siapkan sama2 kerja tu. This is for company. Saya tak suka orang yang hanya buat kerja sendiri. Kita kena bantu orang lain."


Masa tu aku cakap, boleh mula kerja lagi seminggu sebab nak uruskan borang2, ptptn  adik aku yang nak ke Unimas tu. Bos tu puji sebab ada sikap tolong-menolong. Dia kata aku bagus weh. Agak terkejut. Sah, memang dia pentingkan semangat tolong-menolong.



Low gpa or hanya ada SPM tak bermaksud kita tak boleh berjaya. Apa yang penting ialah sikap. Tinggi macam mana pun gpa kita ataupun tahap pendidikan, tapi kalau sikap tu sangat rendah tak guna jugak kan. Antara IQ dan EQ, korang boleh nampak mana lebih diutamakan.


Bagi yang masih belajar tu, usaha la dapatkan gpa yang tinggi. Jangan sebab cerita pengalaman ni buat korang buat ala kadar je. Gunakan peluang tu dengan baik. Tak semua dapat sambung belajar. Apa yang nak ditekankan ialah sikap masa bekerja nanti.


p/s : majlis berbuka puasa bersama kawan2 lama

10 comments:

  1. kalo cam tu le care deorang bekerja..baek ko kerja situ..kompom tak nyesal..

    ReplyDelete
  2. @jiji yu : harap begitu. plus, tempat keje dekat dengan rumah.hehe. jimat duit minyak, duit makan dan tol

    ReplyDelete
  3. yeaa..tahniah dani..to mmg btowl.some chinese people sgt x pntingkn cgpa atau kaum atau umur.Bekas bos sy mase LI dlu,sorg chinese..tp dlm cmpany dye ade je manager melayu n pkerja dye ade mlayu,india,cina.n staf diowg sume sgt excellent wlaupown ssetengah staf dye bukanla bez student pown mse u dlu..yg dye pndang bukan result exam,tp cara mcm mne dye nk handle problem n dptkn profit utk cmpany.wah,smangat kalo bab ckap psal nie.smpai komen pown pnjang lebar.ehehehe..=p

    ReplyDelete
  4. tahniah sis.ternyata budi bahasa tu membuka mata setiap org :)

    ReplyDelete
  5. @anis : haha. komen yang membina and terima kasih share pengalaman anis tu. dapat result bagus memang best, tapi sikap kurang, terus menjatuhkan nilai gpa tadi

    ReplyDelete
  6. @etong : terima kasih :D
    budi bahasa budaya kita. itu penting

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa. edy dah follow kat sini. jgn lupa singgah ke blog edy ya. tq

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah