Mengimbau kembali kenangan berpuasa masa belajar 4 tahun yang lalu, masa tu sem kedua. Puasa kali pertama dengan kawan-kawan. Pukul 12 malam je aku dengan roomates dan jiran2 sebelah keluar hanya pakai baju tidur jenis seluar tu dan sarungkan dengan cardigan. Dewan makan dekat je dengan kolej kediaman. Malam tu memang ramai la yang beratur nak beli makanan untuk bersahur.
Seingat aku, lauk yang selalu aku ambil mesti ikan keli masak cili padi dengan sayur. Air kalau beli pun ikut tekak je. Selalunya aku prefer minum air masak kat dalam bilik. Jimat duit. Heee...
Setel beli makanan, bila sampai kat bilik, makanan yang dibungkus tadi masing-masing letak atas meja lepas tu terus sambung study, tak pun tidur. Aku ni kadang-kadang terlebih lapar, aku baham makanan untuk sahur nanti. So esoknya bangun cuma minum air.
Masa berbuka, lepas je habis kelas petangnya, pakat ramai-ramai serbu dewan makan. Sangat ramai sampai kena queue panjang. Malas nak tunggu lama-lama, kadang-kadang kitorang pergi uptown or downtown. Makanan lebih sedap and pelbagai. Ada chicken chop, kentang goreng, nasi goreng and macam-macamlah. Tapi kena keluar duit lebih la.
Bazar yang ada pun menambahkan lagi nafsu membeli students. Lagilah banyak makanan. Beli air kelapa, air tebu, mertabak daging, ayam goreng, nasi lemak...boleh dikatakan setiap gerai mesti nak singgah. Bila berbuka, minum air je pun dah cukup kenyang. Membazir di situ. Tapi tengah study tu mesti nak mengunyah balik kan.
Ada students yang jual makanan dari bilik ke bilik. Time malas nak membeli makanan, memang kitorang tunggu diorang ni lah. Macam-macam ado. Nasi lemak, sosej, burger, keropok dan lain-lain. Masa dalam bilik, buka pintu luas-luas lepas tu tunggu diorang datang.
Dari jauh dah boleh dengar suara diorang.
"Nak nasi lemak.....?nak sosej.....? nak burger.....?"
Ayat tu je la yang didengar sepanjang aras kolej. Aku suggest guna perakam suara lagi senang. Jimat air liur dan tenaga. heee..
Bila dengar je suara itu, menggelupur students berlari-lari mendapatkan penjual tadi kalau terlepas. Kitorang tercongok depan bilik. Tunggu masa nak serang je.haha.
Aaahhh.....bestnya kenangan itu.
huhuhu.. rindu uitm perakkk... air buah kt uptown....
ReplyDeletebile teringat lik time blaja mmg seronok kan? huhu~
ReplyDelete@aein : ye..air buah itu...sangat fresh
ReplyDeleteღ p!nk veLvet ღ : yup. rindu zaman itu. lepas tu tergelak sorang2. hehe
ReplyDeletekalo aku dok stadi kat mesi dah kompom2 aku wat bisness
ReplyDeletebetul betul.rindu zaman berpuasa kat U.rindu uitm arau.hehe
ReplyDeleteeh eh betul lah dani kan,yg jenis meniaga bilik ke bilik lg bgs kalau dorang guna perakam suara.haha
jdkn ramadan ini juga kelas mentarbiyah diri agar menjadi muslim wa muslimat yg lbh baik dr sblmnya...^^
ReplyDeletebler kenang peristiwa ramadan yg lalu, adakalanya tersenyum sndrian..he3
@jiji yu : harus buat.dapat duit lebih
ReplyDelete@nin : hehehe. gunakanlah kemudahan yang ada. tekak tak kering, air liur tak membazir begitu saja
ReplyDelete@nightroad: macam2 kenangan yang datang :)
ReplyDeletejom apply course lain kat perak... huhu semata2 nk lepak sane
ReplyDelete@apel : ko nak apply kos ape? amik bisnes plak.hehe
ReplyDelete