Resah hidung


mr.bean memang baik hati


Resah hidung ni ialah resdung. Korang ada penyakit ni? Semua orang ada kot cuma beza teruk ataupun tak je. Tahap resdung aku sangat membimbangkan sebab dah tak boleh nak detect bau dah. Deria rasa pun dah semakin berkurang. Kalau masak tu memang tak boleh nak beza tawar dengan masin. #ehyeke?

Dengar je resdung, mesti orang tu tak boleh berkawan baik dengan seafood. Yeah, makanan laut la yang paling sedap tapi itulah yang terpaksa aku jauhi. Kalau keluar makan seafood, aku mesti order nasi ayam tak pun makan sate je. Pehh...terasa seperti dipulaukan.

Musuh utama resdung ni semestinya makanan, cuaca dan persekitaran. Tang makan, of course makanan laut dan beberapa jenis ikan yang tak boleh nak makan contohnya ikan tongkol dan pekasam. Hey, sedap tu!

Cuaca yang terlalu sejuk or terlalu panas pun aku boleh berair dan start gatal la hidung ni. Dulu masa study, dalam kelas ada aircond. Mak aih...sejuk gila weh. Sepanjang kelas tu memang ada muzik daripada aku la. Tersedut2, terhembus2 hingus. Semua pandang arah aku. Ok, masa tu rasa macam pesalah bakal kena hukuman gantung je.

Kadang-kadang terpaksalah ponteng kelas sebab dah tak tahan sangat dengan hidung ni. Tak boleh fokus. So aku kena mengunyah tak pun tidur barulah lega.



Bab persekitaran pun penting. Habuk. Menyapu ni aku suka buat sebab aku sukakan suasana bersih dan damai. Cuma habuk yang masuk ke rongga hidung ni membuatkan aku malas nak menyapu dan mengelap perabot yang mula berhabuk.

Harus diingatkan kepada mereka dan aku yang selalu menyedut2 ni kena buang sikap tu serta merta sebab kesannya sangat teruk. Hingus yang disedut akan ditarik ke otak seterusnya berlakulah pengumpulan hingus tadi di situ. Ini akan menyebakan otak menjadi leper. Leper!

Pesakit akan mengalami pening yang teramat sangat. Anak jiran aku dah kena operate kat otak sebab suka sedut. Sejak2 tu lah,aku tak berani dah nak buat hal. Sekarang kena rajin menghembus.

Ssshhhhrrrrtttttttttttt........aku tak sure macam mana bunyi menghembus tu.kih3

13 comments:

  1. dulu penah ada, sekarang dah xde dah sbb dah pegi berubat. yg tinggal cuma gatal2 hidung je.

    skrg, semua mknn dah boleh mkn. cuma satu je masih tak oke, kalau mkn belacan. pehhhh, gatal gila hidung.

    dani dah try ke berubat cara tradisional??

    try la, mana tahu berkesan. =D

    kesiannnya anak jiran tu. dah tu dia skrg mcm mana??

    ReplyDelete
  2. @mrs.farhan : belacan tu sodap tapi tak boleh nak makan.huhuk.

    sekarang ni cuma berpantang makan, ada makan pl ubat orang kampung. alhamdulillah lega and kurang bersin.

    anak jiran dah ok dah :)

    ReplyDelete
  3. hahahaha.sy pun penghidap resdungg.kehkeh

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, bagus la kalo anak jiran dah oke.

    Hehhehe. Ok la kalo ada mkn ubat. At least, kita ikhtiar. =D

    ReplyDelete
  5. mkn tu kene la berpntang kan . tdk nnti abis la . kalo teruk sgt , dani pi la klinik . cari klinik yg ouke skit .

    sedare nisa pown ade resdung lagi teruk , then dye pi klinik . alhmdllh dah ouke . #asyik sedare jer dari tadi . hehe

    ReplyDelete
  6. eh2 comel la kete mr bean tu . haha

    ReplyDelete
  7. @nisa : kena berusaha berubat,kalau tak...memang boleh hilang hidung

    kete dia cute kan?ehehe

    ReplyDelete
  8. tak tahu lah resdung or selsema bese je .. time malam n pagi2 grrr

    ReplyDelete
  9. @qaseh : kalau bersin lebih 3 kali tu tandanya resdung.

    @saiazuan : alhamdulillah.syukurinya.saya je yang kena berusaha berubat sebelum kehilangan hidung tersayang

    ReplyDelete
  10. time br bangun tidur memang hidung gatal....bersin sampai sejam. Dulu ingat sensitif dengan sejuk.

    ReplyDelete
  11. @simply: seksa kan kalau bersin tak berhenti ni

    ReplyDelete
  12. Untuk elak habuk masuk hidung, bleh guna penapis hidung. http://www.muslimchoices.com/?s=1&p=penapis_hidung
    Ni untuk orang yg alah dan bersin bila habuk menyerang. Bleh try....

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah