Bila insan tersayang tiada di sisi di hari kemenangan


Istiadat konvokesyen ke 75 Universiti Teknologi Mara dah pun selesai untuk sidang ke sembilan rasanya. (correct me if i'm wrong). Seronok tengok para graduan bersorak bila keluar dewan. Sesi peluk-peluk, kiss and laga pipi...so sweet. Rasa seronok! Bunga pulak cantik-cantik. Ada yang dapat domokun kuning, Smurfs dan lain-lain. Hari tu banyak betul belon angry bird.

Sepupu aku kena turn konvo sidang petang so dalam pukul lima lebih baru selesai majlis. Bapak pening kepala aku menunggu. Dia pun tak sempat nak tangkap gambar kat studio yang disediakan sebab dah petang sangat. Kelam kabut nak hantar jubah lagi. Kalau nak hantar esok kang kena cas RM3. Ala...RM3 pun nak kemut...heheheh.

Buka kemut, cuma dia duduk kat Kedah. Tengahari esoknya dah kena naik bas balik ke sana. So tak ada masa dah aku nak pergi hantar dia lagi. Setel siap-siap je la.

Er...gambar kat atas tu korang perasan kan kenapa girl tu sedih? Sebab apa? Sebab ayah dia tak dapat tengok hari kemenangan dia. Dah meninggal tahun lepas. Al fatihah. Cuma kesedihan dia tu tak la ditunjukkan sangat tapi aku tahu hati dia macam mana. Gembira la macam mana pun, sedih tetap sedih kan?

Nasib baik ada kawan-kawan yang support dan bagi happy.


P/S : Er...aku harap gambar ni tak lah hilang. Entri-entri sebelum ni pun aku tak nampak gambar pun. Mungkin network problem. Harap tak la berterusan.

6 comments:

  1. domokun?ala bestnya.kat perlis nanti mesti xde.sobsob.

    kesiannya dekat dia.hope dia tabah.

    ReplyDelete
  2. ala cianyaa..alhamdulilah sy masih ada ayah lagi.syukur sgt

    ReplyDelete
  3. Fiza paling tak suke sidang ptg..penah rase mase diploma dulu..balek dah malam..kelam kabut..tapi fiza pulang jubah lambat sebab nak amek gambar..last2 kene RM30 lebih sebab lepas sehari dah RM30..tak sempat pulang esoknye RM3 je...then mase degree aritu sidang pagi,hari jumaat pulak..memang kelam kejar mase time tu.

    itulah untungnye ade kawan yang boleh happykan kite bile kite sedih..bukan kawan mkn kawan..kan dani..bile orang sedih,kite cube happykan die seboleh mungkin..mane tahu satu hari nanti hari kite pulak kan..

    p/s:happy konvo untuk sepupu dani..

    ReplyDelete
  4. masa saya konvo di UUM bln september 2005...paling menyedihkan sbb abah n mama x dtg konvo sbb jauh sgt katanyer....kak long dan kwn2 jer dtg celebrate....masih kukuh terpahat di hati

    ReplyDelete
  5. bestnye~

    kitew nak lukis guna pensel pon gagap T_T

    ReplyDelete
  6. meh bg aku kenal. aku curahkan kasih syg.

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah