Gantikan wajah hodoh anda dengan ini!


Hodoh ke saya.....sobs sobs.










Itulah rahsia wajah yang hodoh bertukar menjadi jelita. Siapa nak beli beast cream tu? Hoho. Jenama tu tak wujud ye. Yang wujud adalah di bawah ni. Sila tengok.










Gambar di atas ni adalah daripada blog Innanie Arrifin. Pagi-pagi buta semalam aku tak dapat tidur dan Innanie ni datang ke blog aku minta share entri sebab ini melibatkan akidah. Jadi aku pun post ikut style aku. Iklan ni boleh didapati di Majalah Wanita yang cover depannya perkahwinan Eira Syazira.


Wajah hodoh bertukar jelita dalam masa 5 saat? Wow....Kira bagus la kan boleh jadi lawa dalam jangka masa secepat tu. Tapi yang tak syoknya bila penggunaan ayat WAJAH HODOH yang digunakan itu. Seperti menghina ciptaan Allah s.w.t.


Ye,memang wajah makcik tu nampak kusam, tak bermaya tapi janganlah sampai menggunakan panggilan hodoh. Sesiapa yang keadaan kulitnya tengah macam tu mesti rasa down dan malu sebab dikategorikan hodoh. Kan?


Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;
لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
Ibnu Khatir telah menjelaskan ayat ini dengan berkata" Allah SWT telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk kejadian, ketinggian dan keindahannya.
Manakala, Al-Maraghi pula berkata "Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang paling baik. Kami jadikan manusia bersifat tegap, bertulang tumit indah, mampu mencapai maksud yang diinginkannya dengan tangannya, tidak seperti haiwan yang memungut sesuatu dengan mulutnya"                                                      


Bukan nak hentam produk ni. Cuma nak tegur penggunaan ayat untuk melariskan produk itu sahaja. Aku tak suruh korang jangan beli produk ni. Produk yang bagus boleh la beli kan.


p/s: teringat iklan payudara anda kendur? kecil? terlalu besar? adoiyaaiiii. tukar channel la jawabnya.

17 comments:

  1. sy ada masalah muka jerawat..boleh eh dgn bantuan ini..=p..sy x kisah org kata muka sy parut2 jerawat..sy terima jee=_=

    ReplyDelete
  2. ni2..petua aku le kan..berwudhuk

    ReplyDelete
  3. 5 saat tuuuuu...
    uishhh tiba2 jadi takut la pulak nak guna.

    5 saat jadi cantik...pastu 5 saat boleh hodoh camne?

    ReplyDelete
  4. kebanyakan iklan kat tv.. semuanya ckp dsebabkn produk tuh jadi cantik, jadi kurus.. tak pulak cakap ! "alhamdulillah dengan izin Allah.. sy berhasil menguruskan badan saya dengan produk ini" contoh la.

    ReplyDelete
  5. @merahitujambu : parut takpe,jangan dipanggil hodoh.tak sesuai

    ReplyDelete
  6. @jiji yu : ha'ah betul. macam kak nita

    ReplyDelete
  7. @bersama kak es : haha.itu bahaya kak

    ReplyDelete
  8. @norauliyya : setuju 120% dengan liyya! betul sangat2 tu. diorang ni membelakangi Allah dalam kata2. semua tu atas izin Allah.

    ReplyDelete
  9. mcm2 la dorang ni..semua org kan cantik..lgpun pkailah produk bagus mane pun,mhal mane pun..tanpa izin-Nya xjd jugak kan..

    ReplyDelete
  10. ayat takleh blahh... hahaha

    sampai hati diletaknya perkataan "hodoh"...

    ReplyDelete
  11. saya nak order Beast Cream satu dozen... nak bagi kambing saya pakai.... :)

    ReplyDelete
  12. @fiza : betul2.jangan letakkan Allah di belakang. apa yang berlaku semuanya atas izin-Nya

    ReplyDelete
  13. @keri : ko ni kan...baik hati betul!

    ReplyDelete
  14. rosak akidah yg menggunakan ayat tersebut...lupa dan alpa pada kehebatan allah...wew

    ReplyDelete
  15. allah kalau nak ubah sesuatu xyah 5 saat atau sekelip mata....tanpa ada masa bagi nya kalau nk ubah sesuatu...setiap kekurangan ada hikmah dia...tapi kalau dah gunakan ayat hodoh tu...bermakna utak mereka yg diselubungi kebodohan tanpa berfikir sebelum membuat sesuatu ...paham tak apa aku cuba nak sampaikan...arr kau....amik...panjang gitu...ahak

    ReplyDelete
  16. tak suke betul iklan produk kecantikan yang gune ayat ntah pape je..dari gune hodoh baik gune kurang cantik..

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah