My [Random] Honest Thoughts #2


1. Disebabkan tak ada idea nak buat entri apa hari ni, tetiba teringat aktiviti My [Random] Honest Thoughts ni. Hoho.


2. Aku rasa macam berat badan aku makin susut. Rasa ringan je badan padahal aku makan punya la banyak. Orang kata memang dah jenis kurus kot. Yeke? Kahwin nanti nak tengok naik ke tak berat dan kelebaran badan aku. Kih kih.


3. Tiba-tiba rasa macam nak kahwin. agagaga.. Kawan-kawan aku banyak yang start bagi kad jemputan nak tunang and kahwin. Ada yang dah ada anak nak masuk nombor empat dah! Aku baru 23 tahun tapi target aku nak tinggalkan zaman bujang is next year. Muahaha.


4. Entri aku paling suka sepanjang berblogging ni ialah Majlis Perkahwinan Bernilai RM13 juta. Sebab aku rasa seronok tengok baju pengantin yang secara tiba-tiba aku design tanpa rujuk mana-mana baju pengantin yang ada. Ok yang baju untk sesi potong kek tu ilham daripada baju kahwin Memey tapi aku ubah dan tambah-tambah sikit. Heheh.



5. Aku tak suka orang tak faham bahasa. Aku dah cakap tak suka dan tak nak tu dah la. Ni punyalah beriya nak try jugak walhal dia dah tahu aku dah ada yang punya. Ok,aku tak cakap aku hot. Cuma aku menyampah kalau jumpa orang macam tu. Hey, banyak lagi perempuan hot di luar sana. Gua ni dah nak kahwin der. Aku kalau bengang je mesti nak cakap bahasa rempit. Tak tahu kenapa. Hahahahahaha.


6. Aku ada buat segmen "The mysterious makcik" so kalau korang berminat join la. Aku pun tak letak lagi tarikh tutup sebab nak tengok respon korang. Setakat ni dah dua orang yang join dan beberapa lagi yang bakal join cuma tengah cari idea. 
7. Masa kerja, aku mesti jadi bahan usikan. Mungkin sebab aku suka loyer buruk so akulah mangsa bahan diorang. Sikit-sikit nak bahan fasal saiz badan aku. Tahu la aku comel. Jeles? Haha. Muntah.


8. Sekarang ni software photoshop aku yang digunakan untuk design blog orang tu dah tak dapat digunakan. Aku pun tengah usaha fix the problem sebab waiting list aku tu membuatkan aku tak keruan, you know. Sebab tu aku tak bagi diorang bayar dulu sebab takut jadi macam ni lah. Once dah tengok draft,puas hati barulah bayar. Maaf eh korang. Akanku usahakan. 


9.  Sejak jadi nak tunggal tak rasmi ni, aku rasa Ya Allah.....bosannya hidup tak ada adik beradik di sisi. Dulu ada la teman borak, gaduh-gaduh and tarik-tarik rambut. Sekarang ni lain bebenor. Rasa kesunyian. Heheh. 


10. Aku macam tak percaya aku dah 23 tahun yang dah pandai keluar berjalan-jalan guna kereta, melepak dengan kawan-kawan, pergi meeting blablablabla. Rasa macam baru semalam je habis SPM. Ye, memang setiap kali reunion, aku je maintain macam zaman sekolah dulu. Lalalalala.

8 comments:

  1. haha.. samala kita.. jadi anak tunggal tak rasmi..
    sy ada 7 org adik bradik.. skrg dok sorg2 kt rumah dgn mak ayah..
    adik2 semua blaja jauh n dok hostel.. heheh..

    ReplyDelete
  2. @solihin zubir : 7 orang? ramainya....hehe.kita senasib

    ReplyDelete
  3. macam2 hal adik shomel ni.. hehe best baca

    ReplyDelete
  4. sama laa dgn sy dh makan banyak tapi tetap kurus cmne eh...

    ReplyDelete
  5. @pn yazlynn : hehe.memang macam2 kak

    ReplyDelete
  6. @merahitujambu : tak boleh nak buat apa dah.tunggu lepas kahwin tengok hasilnya

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah