Header and icons

Hai hai hui hui! eh2, assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni terlebih sikit excited sebab banyak pulak referrals daripada blog hebat yang ada. Terasa diriku begitu berharga. Terima kasih la sangat sebab menghargai dan seakan mengiktiraf karya excel aku.

Dalam entri nak cerita fasal doodle dan icon comel yang ada dalam blog aku iaitu doodle di header, doodle icon shoutbox, icon home, older, and newer post dan terakhir ialah icon menu tabs. Kenapa aku nak cerita fasal benda tu?


Doodle di header

Ramai yang puji tang header aku tu. Bagi aku simple je sebab aku tak suka serabut2 tang header dan ramai jugak yang tak tahu sejarah penubuhan header tu. *huh?penubuhan?salah2. Penciptaan. Font untuk younique nurdani tu tak boleh didapati di mana-mana pun sebab aku yang reka. Guna apa? Of course la guna MS Excel. 100% guna curve dan itu adalah rekaan spontan.

Bunga menjalar tu aku cari di google (swirl) lepas tu edit la apa patut sebab tak nak bagi header macam nampak bosan. Doodle? Ha itu bukan aku buat. Mungkin ramai ingat aku yang lukis tapi sebenarnya tidak. Tidak.

Dulu-dulu aku ada sertai contest Header free untuk 10 terpantas daripada Istana Cinta dah hadiahnya ialah header free beserta dengan doodle.Alhamdulillah aku berjaya menjadi salah seorang daripada 10 terpantas tu so aku dapatlah doodle dah header comel gila daripada beliau mengikut kehendak aku.

Maka dengan itu, doodle tu aku letak la di header sebab terlalu comel dan paling penting unik sebab doodle tu hanya untuk aku. Hehe.

Ni linknya ye. 
Header free untuk 10 terpantas.
Entri Istana Cinta


Icon shoutbox
Setiap kali datang blog bagi mereka yang pertama kali or berkali2 datang mesti nak tinggal jejak or link kan? So aku sangat2 memerlukan icon untuk shoutbox aku sebab dulu cuma guna yang icon hijau yang ada tulisan "shoutbox" je. Itu ambil daripada tutorial siapa entah. Lupa.

Lepas tu aku ada lukis doodle untuk Athirah (Merahitujambu) dan dengan itu beliau pun nak bagi sesuatu untuk aku. Punyalah happy sebab ada yang sudi nak bagi. Aku minta la icon untuk shoutbox. Beliaulah yang lukis dan letak sendiri dekat blog aku ni. *aku tak reti nak adjust bagi icon betul2 melekat dengan shoutbox.muahahah. Terima kasih awak... :)


Icon Home, Newer, Older, Back to top dan menu tabs


Ha ini pulak hasil tangan kreatif Azhafizah. Beliau sudi merekabentuk icon ni khas untuk blog aku. Terima kasih sangat sebab sudi mencantikkan blog ni. Aku just bagitahu apa yang aku nak untuk icon tu dan beliau berusaha siapkan walaupun kadang-kadang sibuk. Hargai sangat pemberian beliau ni.



Jadi rakan-rakan sekalian, mereka inilah yang telah mencantikkan blog aku yang serba kekurangan ini. Heheh. So, paling penting nak ingatkan di sini, doodle di header dan icons tu bukan aku yang design. Risau jugak kalau ada yang salah faham ke ape kan. Aku tak nak lah hasil kerja mereka tu orang lain anggap aku yang buat. 

Hasil kerja macam tempalate dan luksian di entri dalah 100% daripada aku selain daripada benda di atas. Harap maklum. Hehe. Sekian.

13 comments:

  1. hehehe...pasal tulisan tu...dah agak dah awl2... mmg dah rasa dr awl2....

    ReplyDelete
  2. @zuan : doodle di header itu memang comel ;p

    ReplyDelete
  3. @amin : alhamdulillah dah faham.hehe

    ReplyDelete
  4. @manzarina : fuiyo....boleh agak tu.haha

    ReplyDelete
  5. Ooo.. patutla rasa cam kenal je style lukis dudel kt shoutbox tu, cma x sangka plak sbb xde wrna pink... kt header tu pn x cam gaya ko yg lukis...
    misteri terungkai... :)

    ReplyDelete
  6. no biggie lah dani...ini je yang mampu ku sumbangkan..maaf kalau sumbang -_-'..template blog dani mmg unique

    ReplyDelete
  7. Pertama kali singgah ke sini.. Header blog ni sangat cantik.. Dani memang kreatif.

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah