Suai padan pakaian


Aku tidaklah se-fashionista macam Nisa kay, Yuyu, Fatin Liyana, Cik Epal dan lain-lain, sebab tu aku cuma tahu cadangkan pakaian apa untuk digayakan melalui blog ni. Heheh. *kes sadis.


Rasa macam tak layak pulak nak mencadang-cadang ni tapi apa haku pedulik...nama pun minat kan?kan?kan?kannnnnnn?


Okeh, korang tambah la sendiri harga keseluruhan pakaian dan aksesori tu dan nilaikan sendiri, murah ke mahal. Itu harga ikut suka hati anak tekak aku je.


Kalau harga ghope itu, aku rasa dah cukup berbaloi kot sebab tak lah mahal sangat dan aku bukanlah jenis beli sekali harung.


Beli satu-satu item mana yang aku mampu je dulu lepas tu baru la mix and match dengan pakaian lama. Jimat kos, satu. Lepas tu tak adalah kes shopping sakan tak hingat kan?


Memandangkan aku bukan jenis shopaholic punya orang, plus, bukan fashionista so aku hanya berpakaian apa yang ada dan beli mana aku rasa harga murah dan berkualiti.


Brand? hurm...tidak dipandang berat sebab jenama hanyalah jenama. Aku bukan anak orang kaya nak pakai jenama mahal. Kalau rajin, baju lama tu dijahit manik-manik or apa-apa tambahan, automatik boleh nampak macam baru keluar butik tau....janji kena kreatif dan inovatif.


So belek2 la blog Fatin Liyana yang banyak share tips suai padan baju.Aku suka baca tips beliau sebab kita boleh gayakan baju yang biasa kepada luar biasa dan aku memang suka pakai tudung syria dengan inner yang dah digunting bagi muncung (tak melekat di dahi)

Entri yang INI! sangat membantu aku.

11 comments:

  1. Comel comel comel !^_^
    akak bule jd bhgian ilustrasi magazine ;) berbakat .

    ReplyDelete
  2. dalam majalah ape dan muke surat bape fashion tu?hehehe..pandai betul dani buat page majalah tu..ermm..dani mestilah ikut mentor kan,FL..brand tak penting kot..yang penting quality baju tu..

    ReplyDelete
  3. dh jdi blog fesyen dh... takpe bagus2 kreatif cara pnympaian... original style!

    (Ooooo.... murah je rupanya tudung.. tp apsal ramai yg tak mmpu beli... ramai org miskin rupanya kt Malaysia ni.. -monolog dlm hati je ni-)

    ReplyDelete
  4. @amal : memang nak sangat! amin......hahah

    ReplyDelete
  5. @azhafizah : bahagian fashion muka surat 23 ye.haha. yes betul tu,kualiti lebih penting

    ReplyDelete
  6. @keri : ayat........huhu. tudung syria macam tu RM10-15 je tempat aku. sebab tu aku suka sangat pakai.murah dan cantik

    ReplyDelete
  7. Seriously akak sgt berbakat !
    Good Luck okay ;)
    naty da jd ilustrasi magazine roger2 , hehe!

    cer try dlm karangkraf punya ==

    ReplyDelete
  8. kreatifff...comel je:)hihi

    yath pun x berapa nak pandang jenama...hikhik..baju 1,2,3,4,5 hengget pun pakai...hoho

    ReplyDelete
  9. ada bakat jadi editor majalah fesyen ni! ^^ cantik!

    ReplyDelete
  10. yup2..asalkan kretif..stu baju pown bole jadik mcm 10 helai bju baru kn kn? hehe

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah