Peminat kucing


Aku suka sangat kucing tapi memilih sikit la. Nak yang bulu lebat macam kucing parsi baru syok peluk. Apakan daya, tak mampu nak memiliki kucing mahal tu. Makngah aku ada beli kucing parsi berapa ribu entah, so kalau pergi rumah dia, dapatlah main-main dengan kucing tu.


Oh man...lupa nak cakap yang gambar kucing di atas tu ialah kucingnya Azhunk. Macam biasa, aku offer vector FOC (free of charge) so beliau jadi pengkomen pertama di group WLA. Cuma di fbnya tu,tak banyak upload gambar sendiri plus DP beliau kabur. Makanya, kucing ni lah jadi pengganti.


Agak was-was jugak nak buat sebab tak berapa nak yakin untuk lukis memandangkan aku jarang buat vector haiwan. Puas aku tenung gambar asal, lepas tu gagahkan jugak lukis dan alhamdulillah siap jugak semalam. Tools yang digunakan curve dan oval sahaja. Curve tu khas untuk bulu kucing. Kena buat sekali harung. Fuh, nasib baiklah tuan empunya kucing ni suka bebenor.


Bab dera haiwan ni aku cukup geram sebab manusia tak berakal yang dah hilang pertimbangan ni sewajarnya bagi hukuman setimpal bertimpal-timpal. Tak dapat aku lupa video yang tunjuk sorang minah ni pijak anak kucing sampai terkeluar biji mata. 


Sumpah aku sambil taip ni pun, berderau amarah aku. Janganlah dera kucing dan haiwan lain sebab curi makanan ke apa ke. Haiwan ni pun ciptaan Allah jugak.


Dekat rumah aku ada bela kucing secara tak sengaja. Sekor je. Namanya Kabu. Asalnya mak aku tak nak bela tapi kebetulan kucing ni datang dalam keadaan kotor tak terurus plus,lapar. So mak aku bagi la makan. Friskies tu! Bertuah kau kucing. Tak lama lepas tu, bulunya cantik dan sihat. Rasa sayang pulak kat kucing ni. Selama bela dia, tak pernah la bagi masuk rumah sebab takut najis.


Sejak Kabu tu jadi kucing peliharaan secara tak sengaja, banyak pulak kucing datang. Ada yang gaduh depan rumah siap kencing terberak. Disebabkan hal tu lah, terpaksa buang kucing tu. Ok, sila baca kejap print screen soal jawab Ustaz Azhar Idrus di bawah berkaitan kucing



Jadi, buanglah di tempat yang memudahkan si kucing tu mendapatkan makanan dan jauh daripada bahaya. Jangan didera haiwan kesayangan Rasulullah! Ter-emo plak. Marah gila kalau dera-dera haiwan ni.



p/s : walaupun suka kucing, tapi hidungku anti bulu kucing. Sekian.

13 comments:

  1. Emm, pasal perempuan yang dera kucing tu aku tengok macam nak nangis je, ada pulak main bakar, gila, apa tah dalam hati orang mcm tu, x dak belas kasihan betul la,

    ReplyDelete
  2. Tak payah bela kucing.. Tengok je gambar kucing.. Hohoho XD

    ReplyDelete
  3. Eh! Lupa nak puji! Chantek sungguh...






















































    Kucing Azhunk!
    XD

    ReplyDelete
  4. dulu dila tak suka kucing tapi sekarang dah suka sebab kes mcm nurdani ni la :)

    ReplyDelete
  5. saya suka kucing..sanggup bagi makan kalau jumpa kucing terbiar

    ReplyDelete
  6. saya suka kucing..sanggup bagi makan kalau jumpa kucing terbiar

    ReplyDelete
  7. bgi aku, ni antara lukisan yg tercantik penah nurdani buat... sangat suke!
    nmpak ketelitian dan kesabaran time wat gmbar ni :D

    ReplyDelete
  8. akak pon suka haiwan... dulu umah mcm zoo, penah bela rabbit, hamster, parrot, guinea pig (bukan khinzir), itik, ayam, ayam serama, kucing laa paling byk.... tp sejak kawin n ade anak xsempat dah nk bela2....

    ReplyDelete
  9. sy pencinta kusing juga..kesian kan tgok kucing yg di seksa ritu..sbr jee laaaa

    ReplyDelete
  10. makasih hahah .. shumelll ngat kak daniani watttt ~

    ReplyDelete
  11. kami mmg bg makan kt kucing2 liar yg singgah blkang umah ^^

    ReplyDelete
  12. cik tikah ada 2 ekor kucing yg lebat bulunya. nak x? hehe :P

    ReplyDelete
  13. pasti sukar nak menvector kucing..kesabaran dani terselah setelah terhasillnya vector ni.orang sabar je leh hasilkan yang terbaik..good job dani!

    p/s:kalau nak jumpe parsian..meh la datang jumpe QiQi Fiza

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah