Rumah kedua

Tersenyum aku sorang-sorang bila siapkan lukisan entah hape-hape ni. Mungkin disebabkan banyak berangan sejak akhir-akhir ni membuatkan aku dapat idea nak "bina" rumah istirehat yang orang dok sebut-sebut rumah kedua.


Kriteria rumah aku haruslah kecik tapi selesa. Bukanlah tak suka rumah besar, eh suka sangat-sangat tau..cuma seeloknya duduk sekali dengan sedara mara. Ha barulah meriah. Ini tak, rumah je besar tapi orang dalam tu cuma ada dua tiga kepala je.


Tahap berangan aku ni cukup melampau sebab bajet dapat pergi luar negara tempat bersalji. Heh. Duduk kat Malaysia ni pun dapat rasa salji di tiga tempat je. Bukit Cherakah, I-City and peti sejuk rumah aku.


Hemm..suasana rumah kedua kena la tenang, ada pokok-pokok and sungai yang jernih...fuhhhhh best siak.. 


"Siak" ni tagline kawan uni aku. Al kisahnya gedik nak belajar loghat kedah tapi jadi loghat terlampau. Eh apa fasal masuk kisah dia plak ni... Tak mau cerita bab dia. Shooohhh2! Kembali merenung gambar di atas sambil senyum sorang-sorang, lepas tu pandang ke ceiling. Letak tangan kat dagu bajet tengah merenung masa depan. Paaaaap!


Gelap.


Elektrik tak ada dan apa yang aku taip di atas adalah proses menaip yang kedua. Ciss.




p/s : ada yang tanya aku lukis guna apa,so aku update di sini yang aku guna microsoft office excel 2007 (hundred percent). jadi...dengan excel jugak korang boleh hasilkan satu lukisan sama level (kott...) dengan photoshop or lain2 software. Apa yang diperlukan ialah imaginasi.


Tetiba jadi macam entri tutor plak. Fokus kepada apa aku cuba sampaikan k. keh keh.

13 comments:

  1. walaupun suasana agak menyeramkan tapi memng cantik... rumah, keta, landskap pelik tuu... ohsem! *ntah kat mana la tuu

    ReplyDelete
  2. Keciknya rumah kita:P
    Mana muat anak 8 orang ni:P

    ReplyDelete
  3. pergh expert gile u buat..pakai excel kan? ke?
    kalo nk tau i baru blaja buat doodle and that excel teacher is you..haha...tanx so much...tp mmg cikai2 jela i buat..kalo sudi jenguk lah...hihi

    ReplyDelete
  4. seronoknya kalau rumah di kelilingi salji kan..cantiknya illustrasi rumah dani tu.nice view dear ^__^

    ReplyDelete
  5. seronoknya kalau rumah di kelilingi salji kan..cantiknya illustrasi rumah dani tu.nice view dear ^__^

    ReplyDelete
  6. @keri ikhwan : haha. spooky. seram ke?waktu malam kott

    ReplyDelete
  7. @mar : haha. muat la.bawah salji tu ada basement.eh2

    ReplyDelete
  8. @saza : dah buat eh? nanti saya terjah. hehe. yup.guna excel. saza pun boleh cuba :)

    ReplyDelete
  9. @azhafizah : terima kasih fiza.jemput datang rumah

    ReplyDelete
  10. @zuk zuhaiza : alhamdulillah.segal pujian bagi Allah :)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah