Tiga pakaian di hari bersejarah

See? Tiga busana pengantin yang aku berangan nak pakai tapi hakikatnya aku takkan pakai apa aku reka ni. Muahaha. Cuma yang busana untuk pernikahan tu kemungkinan pakai macam tu la kot. Actually, aku kebosanan tahap gajah,so aku menghabiskan masa yang teramat bosan ni dengan reka baju pengantin.

Bila buat macam tu, rasa sangat-sangat puas sebab dapat berangan jadi macam Hatta Dolmat. 

Rekaan untuk majlis pertunangan, aku suka yang simple je. Pakai jubah dan tak terlalu sarat tapi cantik dipandang. Setakat bertunang je so tak perlu la nak vogue sangat.

Akad nikah memang dulunya sinonim dengan warna putih suci tu. Kiranya boleh cam la orang tu nak bernikah. Tapi sekarang dah lain. Pilihan warna busana untuk pernikahan dah macam-macam warna. Macam kakak aku dulu, dia mengenakan pakaian warna kuning air. Ada sorang kawan aku plak, guna warna biru. Bagi aku, warna putih tetap jadi pilihan.

Baju untuk hari persandingan (tiada tepung tawar dan pelamin) mesti nak nampak cantik macam permaisuri. Jadi, rekaan baju tu aku tak la rasa melampau sangat. Kain labuh yang mengelap lantai pun tak ada sebab nak elak riak. Kalau tak menimbulkan riak takpe.Tapi aku ni manusia biasa so elak la benda tu kan? Er...faham ke?heheh.

Apa-apa pun, hendaklah kita bersederhana dalam setiap perbuatan. Biarlah orang sekeliling nak cakap kenduri kita tak grand ke apa,yang penting berkat-Nya. 

Bila aku kahwin nanti,memang la nak nampak cantik sebab aku tak pernah lagi make up macam artis tu. Koh koh. Entah apa la rupaku nanti.

Ok,sesi berangan dah tamat.

9 comments:

  1. saya di sini dpt merasakan bahawa entri ini ditaip dengan sangat berhati2 bg mengelakkan typo.
    *kepada orng yg berkenaan sila lamar gadis di atas secepat mungkin kerana penyakit angaunya sudah sampai ke tahap kritikal. haha

    ReplyDelete
  2. amboih...slimnyee..muahahah...kejam tak Fi,....smart baju tuh .. :D

    ReplyDelete
  3. busana nikah tu memang nice kalau pilih putih.suci murni gitu..nampak macam dani je melansungkan dulu ni..pastu baru fiza follow ^__^

    ReplyDelete
  4. yg putih tu cantik! XD

    ReplyDelete
  5. cantik2....bagusnya pandai lukis pakai excel...:D

    ReplyDelete
  6. wahhh...sangat canti la rekaan ketiga-tiga busana tu:)hehe

    sangat berbakatnya kamu:)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah