Header bermesej

Aku dah tak ingat berapa kerap aku dok tukar header sekarang ni. Apa yang pasti, aku sukakan kelainan. Dulu masa dok guna header ada wajah aku yang versi kartun tu, rajin jugaklah ubah status dekat header. Kejap sedih, kejap happy. Ikut mood.



Lepas tu, sejak-sejak dilanda kemalasan ni, plus aku punya photoshop pun dah dibuang ke laut a.k.a recycle bin sebab netbook hang, jadi, aku pun buatlah header daripada excel je. Terus dah takda status terkini ikut mood aku. Sekarang ni rasa macam nak kembali ke zaman kerajinan berstatus balik. Heheh.


Doodle muslimah tu mewakili diri aku. Memang mulai hari ni, aku akan guna doodle tu khas untuk menggambarkan aku. So, apa-apa cerita boleh la aku gunakan doodle tu je sebab nak doodle ni melambangkan blog. Biar orang kenal, oh..tu doodle dani tu kan. Lebih kurang macam tu la gayanya.




Peringatan atau mood yang aku tempek dekat header tu, aku selitkan nasihat, mesej/peringatan dan pengumuman apa-apa. Setiap kali orang masuk blog, dia akan tengok header dulu kan? Jadinya, aku nak kurangkan nota dekat sidebar. Lupa nak kabor, header bermesej tu, bukanlah jenis tweet daripada twitter yang appear dekat header. Bukan..bukan. Mesej-mesej tu, edit je dalam MS Excel. Save dan upload balik. Rajin gila kan? Sebab aku dah takda twitter. Sekian.

26 comments:

  1. rajin bebenor tukar2 header ye..
    camne nak buat note kat header camtu?

    ReplyDelete
  2. awak-2. cantik la header tuh. kalau nak tempah berape eh?

    ReplyDelete
  3. ok la tu dani... br ade trademark sendiri.. ekeke.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Sgt kreatif! Macam nak buat camtu jugak rase nye..hehehe..kalau la rajin. .hahaha

    ReplyDelete
  5. tak pernah ada header. apatah lagi nak tuko2. huhu.. ada rasa nak sedekah header satu kat akak? ngeee...

    ReplyDelete
  6. header tu pesan pada diri sy jugak..moga ada pertunjuk dr nya..=)

    ReplyDelete
  7. Rajinnya Dani.. Unik dan ada identiti tersendiri.. :)

    ReplyDelete
  8. insyaAllah kita boleh jadi better muslimah. nice header dani. tikah pun baru buat header baru. jmputlah tgok. hhe

    ReplyDelete
  9. rajin betul dani update update message tu..ape ape pun header dani sentiasa unique.^__^.I loike!

    ReplyDelete
  10. dah tak ada Twitter? patutla cari tak jumpa.. =.="


    p/s : sy baru buka email smlm.. insyaAllah mlm kang sy email resit tu. siang ni belum sempat nk buat..

    ReplyDelete
  11. @keri : tarikan dekat header. note tu edit, save and upload balik je

    ReplyDelete
  12. @kekapas berceloteh : boleh email seperti yang tertera pada header saya untuk maklumat lanjut

    ReplyDelete
  13. @ccicute design : itu penting. hehe

    ReplyDelete
  14. @nieyxzha : kena rajin2kan diri nampaknya

    ReplyDelete
  15. @elyna mirsada : terima kasih :)

    ReplyDelete
  16. @yana halim : haha. cer tuko cer tuko

    ReplyDelete
  17. @merahitujambu : kita berpesan2 :)

    ReplyDelete
  18. @cik tikah : dah tengok dah cik tikah

    ReplyDelete
  19. @nini : terima kasih. boleh tahan tu :)

    ReplyDelete
  20. @azhafizah : ikut mood jugak fiza

    ReplyDelete
  21. @solihin zubir : hehe. terima kasih ye

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah