Hadiah untuk 10 orang

Hari ni nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat korang yang rajin datang jenguk blog ni, samada korang jadi silent reader atau tinggalkan komen dekat entri. Tanpa anda anda dan anda sekalian, tak meriah lah blog ni, bagi aku.*seka air mata.




Kalau korang perasan, dekat sidebar aku dah letak widget top commentator dan bloglist pilihan untuk bulan Julai. Bloglist tu sebagai tanda menghargai pembaca blog. Oleh itu..jeng jeng..




Aku nak hadiahkan sebuah lukisan khas untuk 10 blogger terpilih yang dah masuk dalam pengkomen paling hot ni. Jadi, untuk nama yang dah tersenarai tu, dengan membentangkan karpet merah, sila-silalah hantarkan gambar korang yang jelas ke ckecikcomeldani@yahoo.com. Taip "hadiah 10 blogger terpilih" dekat subject dalam email ye. Mereka yang terpilih ni, akan dimasukkan ke dalam entri akan datang sekaligus. Harap maklum.


10 blogger terpilih tu ialah..
Azhafizah
Keri Ikhwan
Merahitujambu
Cik Tikah
Ary Lee
Ascil punya lah
Aujinz
Ezan Idma
Wani MN
Elyna Mirsada

Sengaja tak letak link. :)

Nama-nama yang diwarnakan tu, al kisahnya, aku pernah bagi lukisan. Tapi tetap nak bagi lagi sebab korang masuk list. *tepuk tangan. Kalau sudi nak lukisan tak semenggah daripada aku, dialu-alukan bagi gambar. Tak kisahlah gambar siapa pun. :D


Lukisan yang macam ni lah aku akan buat.
Betul-betul ikut gambar penuh yang korang bagi. Apa yang penting, kalau nak macam ni, korang kena bagi dua gambar. Satu yang fokus dekat wajah. Jelas tu penting. Gambar kedua, full pic. Karikatur Nisa Kay ni pun, aku gunakan dua gambar lepas tu cantumkan kepala dengan badan. 



Bahagian wajah tu nak fokus memang zoom in habis. Sebab tu lah aku nak dua gambar macam yang aku nak tu. Ok clear ah? Heh heh.



Kalau tak nak full macam tu, korang boleh je pilih separuh macam ni. Bagi je gambar separuh yang fokus kepada wajah. Jelas. JELAS. Jelas tu penting sebab senang nak melukis.
Kepada pembaca blog aku yang lain, jangan pandang aku lain macam ye. Kalau nak bagi semua, memang tak terdaya. So pilih mana yang terpilih sahaja. ngah ngah.



Walaubagaimanapun, aku tetap hargai semua pembaca blog ni, tak kiralah yang sekadar baca tanpa komen ke apa. Mood aku yang tengah rileks dan murni ni, memang kadang-kadang tergerak hati nak bagi hadiah kenang-kenangan dekat orang lain. Tujuannya satu je. Menghargai. :)



Kalau ada kesempatan dan masa, rasa macam nak buat lukisan wajah atau doodle korang yang ditempek dekat gelas ataupun frame/postcard. Teringin jugak nak hasilkan benda yang cool macam tu. Cuma buat masa ni macam tak sempat sebab banyak hal duniawi dan ukhrawi nak dibuat. 



Insya Allah ada masa, korang yang bertuah akan dapat benda tu. Mungkin satu contest yang simple dan mudah tanpa berkempen minta like di facebook. Mungkin. :)

24 comments:

  1. Aku! nama aku! *jerit cam orng giler.. haha
    err.. tapi cam kes sebelum2 ni... gambar terbaru takde..
    tp aku tetap akan bagi jugak. :D

    ReplyDelete
  2. Wahh ! Bestnye sape yang dapat tu , tahniah . Lukisan tu pun semua cantik-cantik . :D

    ReplyDelete
  3. wowww nama kita terselit.acane nak bagi gambo nye?tak reti lah eden ni hahhh.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih dani sayang.dapat lalu di karpet merah dani tu..nanti fiza send ye..dah jarang bergambar ni.pic jelas pun non hado..

    ReplyDelete
  5. best kot dapat artwork dari kak dani. congratz ye :D

    ReplyDelete
  6. yeah, alhamdulillahd apat lagi :) kalau bg gmbr kucing, blh?

    ReplyDelete
  7. aik kita terpilih..terharu lak..hehe..ska2 =)

    ReplyDelete
  8. chop!! nama ary ada?
    Tapi dani juz lukis gambar menutup aurat kan?
    Errr.. = ="
    Gambar waktu kecik tak boleh?

    ReplyDelete
  9. Owh.. okie.. Baru nampak gambar sesiapa pun boleh kan?
    Urmmmm^^
    Then ary akan cari gambar yang syiok untuk cik dani lukis^^
    takde due date untuk bagi gambar kan?
    Hehehehe

    ReplyDelete
  10. nama kita da la..alamak..nak lukis gambar apa ni..byk gambar tak update..nk gambar tunang leh..asyik2 tunang..tunang2..jgn boring ok

    ReplyDelete
  11. kalau bleh nk hasil lukisan awok je dani..sbb mantappp

    ReplyDelete
  12. yay.. nama aku pun ade... koh koh koh.. kejap kejap nak godek gambo.. koh koh koh

    ReplyDelete
  13. whoaa, bestnya siapa yang dapat tu. Tahniah.

    ReplyDelete
  14. @keri ikhwan : hahaha. takpe. bagi je bila2 yop

    ReplyDelete
  15. @farie faraway : terima kasih kamu..hehe

    ReplyDelete
  16. @ascil punye lah : lukisan untuk ascil dah siap

    ReplyDelete
  17. @azhafizah : hehe sama2. takpe, nanti email je gambar. dani boleh tunggu

    ReplyDelete
  18. @arifchangmin : biasa2 je lukisan saya arif. terima kasih ye :)

    ReplyDelete
  19. @cik tikah: kucing payah sikit tikah. tikah bagi je gambar siapa2.

    ReplyDelete
  20. @elyna mirsada : terharu jugak sebab sudi datang jenguk komen2 kat sini. hehe

    ReplyDelete
  21. @merahitujambu : mood tunang masih kuat tu. haha. takpe je AAA

    ReplyDelete
  22. @aujinz : koh koh koh. aku tunggu

    ReplyDelete
  23. @fatihah : tahniah kepada mereka ..hehe

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah