Entri raya bergambar

kampung saya - #instagram -

Assalamualaikum. Rasa seronok beraya tahun ni sebab dapat jumpa sedara mara yang dah lama betoi tak jumpa. Ini semua faktor masing-masing duduk berjauhan. Berkumpul ramai-ramai lepas tu masing-masing cakap serentak, buat lawak, gelak-gelak. Sebab tu lah keadaan jadi meriah tak hengat.



Dan raya kali ni jugak, alhamdulillah dapat kumpul duit raya mengalahkan budak-budak kecik. Aku agak blur sebab sepatutnya usia aku ni tak mungkin dapat duit raya banyak-banyak lagi. hek hek. Perasaan blur tu hilang bila aku tengok cermin. *if you know what I meant. :)






Ayam tok wan. Jantan, betina dan dot dot dot.

Selalunya kalau jejaka atau si gadis yang dah umor 24 tahun dan ke atas, satu soalan yang kerap ditanya mak pak tok sedara semestinya,



Bila nak kahwin?



Tapi raya tahun ni ajaib. Soalan ni tak berapa nak diajukan dekat aku. Tapi dekat adik aku dan sepupu-sepupu kecik yang masih sekolah menengah. Hem.... K.






- #instagram - nak try photoshoot macam Shea Rasol boleh? :)

Berkenaan berat badan, memang makin naik nampaknya. ngah ngah. Bila senyum, rasa bulat betoi muka. Tak macam sebelum-sebelum ni, nampak bujur sirih. harhar. K.



Disebabkan tu la kena turunkan berat badan sebab nanti ada event penting, so takut baju yang dah sedia ada tu tak muat. Hari tu masa raya pertama pun, dah tak muat nak zip kain. Gelabah nak tarik zip kain sampai rasa macam nak lempang sesiapa yang ada depan mata.






baju raya I takda bling bling

Bab baju raya ni, tak lah lip lap mana. Biasa-biasa je sebab bila memikirkan sedara mara lain yang hidup dalam kemiskinan, masa tu kita rasa lebih elok bersederhana. Sekarang kita hidup senang, esok lusa kita tak tahu. Jadi kenalah beringat-ingat.



Sebenarnya sedih bila teringat masa ziarah sedara mara yang hidup susah. Lepas tu pulak, tadi tengok dekat berita pasal rakyat Syria. Lagilah rasa sedih ya amat. 



Bila tengok ada pulak orang yang makan membazir, memang rasa nak tegur je sebab orang yang lebih susah tak kisahlah dalam negara ataupun luar, diorang ni dah la tak cukup makan. Badan kurus nampak tulang. Si pembaziaq ni pulak badan tembun (besar) tapi membazir. Tamak.



Dua benda tu lah buat aku termenung kejap.



Raya, raya jugak. Tapi elakkan pembaziran. Oh ramai dah start masuk kerja dah kan? Selamat bekerja :)

33 comments:

  1. wohhh.gamba penuh dengan kemisterian ;O

    ReplyDelete
  2. macam orang arab kalau makan memang membazir...

    ReplyDelete
  3. Mesti akak Dani cantik sangat-sangat di pagi raya. Tak dapat tengok muka pun dah tau. hehehe.. Pape pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.. :)

    ReplyDelete
  4. berat badan sy makin turun plak.uhuk.

    ReplyDelete
  5. Ehem hari penting tu hari pertunangan ke perkahwinan ke? Huhu

    ReplyDelete
  6. waaah....baju raya tak lip lap takpa..janji bole raya...ye ke idak??..hehe...selamat hari raya dani...yf sedinya fi tak blk kg raya pertama - ketiga :(...btw fi da follow dani kt instagram :3

    ReplyDelete
  7. cik nur,sy bloglist blog awk eh...jgn marah tau...hehe

    salam perkenalan...:)

    ReplyDelete
  8. hari raya pertama aku membazir.. lepas makan aku terus buang.... rugi rugi...

    ReplyDelete
  9. misteri sungguh kakak nih., suke r blog ni comey je.,

    ReplyDelete
  10. @izzati tatie : saya suka share benda yang perlu dikongsi je :)

    ReplyDelete
  11. @lelakisemalam : oh.tak baik membazir

    ReplyDelete
  12. @izzati syazwani : hehe. terima kasih. selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  13. @merahitujambu : turun mendadak ke? saya naik sangat ni. terutama tang pipi. hehe

    ReplyDelete
  14. @fifie : bukan.. event lain :D

    ReplyDelete
  15. @fyfy liew : simple itu indah.hehe

    ReplyDelete
  16. @syarafi : betul2..tak lip lap pun boleh beraya.

    terima kasih :D

    ReplyDelete
  17. @cik dil : selamat hari raya juga

    ReplyDelete
  18. @puteri jalanan a.k.a annur : hehe terima kasih ..salam perkenalan

    ReplyDelete
  19. @aujinz : aip...nak kena luku ni

    ReplyDelete
  20. @chuu muqhlis : terima kasih :D

    ReplyDelete
  21. @elyna mirsada : terima kasih :)

    ReplyDelete
  22. misteri..wakak...btw tak npk pun kak dani senyum..XD

    ReplyDelete
  23. @yus artz : buat pe nak tunjuk? hehe

    ReplyDelete
  24. jom kita kuruskan ape yg patut..kang tak muat baju untuk event penting tu..

    ReplyDelete
  25. @azhafizah : marilah menguruskan diri. serius naik mendadak dah ni fiza

    ReplyDelete
  26. gambar baju kurung warna purple tu unik dan cantik..suka!!

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah