Kisah tudung aku

Assalamualaikum.


Entri ni bertujuan nak kongsi sikit kisah pasal tudung atau dengan panggilan yang orang dok suka sebut zaman sekarang ni, hijab yang mana hijab ni adalah perkataan yang berasal daripada Arab.


Hijab. Sesuatu yang menutup aurat wanita daripada pandangan lelaki.


Firman Allah Taala yang bermaksud:

'Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha Pengampun dan maha Mengasihani' 

(Al-Ahzab : 59)


Dulu masa zaman 80an 90an macam tu la, zaman masa aku masih kanak-kanak, tudung yang aku mula-mula tengok, tudung riben. Ala yang kena ikat then buat riben. Kalau tak nak riben, just sarung penyarung tudung ada manik tu. Macam ni,

Kalau keluar je, style macam ni la dipakainya. Dulu memang trend la kot. Sebab ramai jugak pakai cenggini. Sekarang ni pun rasanya masih ada yang pakai, tapi mungkin minoriti.



Lepas tu, masuk belajar. Pengaruh tu sangatlah hebat. Macam-macam gaya yang tak menepati menutup aurat sebenar. Style tudung selepang.

Masa tu layan tudung bawal je. Disebabkan nak cepat ke kelas, selepang je tudung. Tapi kalau tak cepat pun, tetap nak selepang. Masa pakai macam ni, banyak mata dok pandang-pandang terutama lelaki.



Dan sepanjang terjerumus ke lembah keselepangan (keselepangan?), waktu tu tengah kelam kabut nak bersiap ke kelas. Tengah-tengah dok adjust tudung tu, ada sorang kawan baik aku merangkap roomate, tegur.



'Cuba labuhkan sikit tudung tu'. sambil senyum.


Aku pandang cermin, aku tengok tudung. Hem. Memang pendek.



Tahukah anda...setiap hari dia tegur benda sama tapi aku macam buat dek. Pakaian pun agak ikut bentuk badan. Kekonon nak tunjuk keremajaan la masa tu.



Dan satu ketika tu aku rasa macam something wrong somewhere. Aku pakai tudung memang dah lawa dah. Dah ikut apa patut. Pakaian tak jarang, cuma fit sikit. Rupa-rupanya masih tak menepati ciri-ciri tutup aurat yang sebenar.




Sejak tu aku labuhkan tudung, tutup paras dada. Tudung bawal yang jarang-jarang ni dah tak pakai. Segala bala baju yang agak kecik tu pun aku dah tak sentuh. Serius aku rasa malu sebab dalam tak sedar tu, aku dok tayang benda tak patut even bertudung.



Walaupun tudung yang aku pakai tak selabuh roomate aku tu, aku usaha tutup mana yang patut. Alhamdulillah sekarang ni aku lebih suka pakaian yang besar, lebar. Tudung besar-besar. Cuma ada beberapa tudung syria yang aku pakai tu, agak pendek tapi masih menutup bahagian penting. Tapi rasa macam tak cantik sebab bagi aku masih pendek.



Gaya macam Maria Elena, Heliza Helmi dan lain-lain tu buat aku rasa betapa cantiknya tudung labuh dan pakaian besar tu. Dulu kalau nak beli baju je, mesti cari saiz XS atau S. Sekarang nak saiz L.



Biar besar asal terlindung.



Cuma satu benda je nak bagitahu. Jangan sekali-kali kutuk, maki dekat wanita-wanita Islam yang masih pakai tak menepati aurat sebenar ataupun mereka-mereka yang freehair/on off tudung. Setiap orang ada dosanya sendiri dan takkan terlepas daripada buat kesilapan. Insya Allah, kalau guide dengan cara lembut dan betul, mereka-mereka ni akan jadi lebih baik.



'Pakai tudung, tapi baju ketat. Bek tak payah pakai tudung!' kata si polan.


Kata-kata macam tu tak patut bagi aku. Tak bersifat teguran langsung.


Bak kata seorang wanita yang baru peluk Islam daripada kumpulan Safiyya di IKIM.FM kalau tak silap la, katanya, kalau kita tegur cara kasar, keras, hati orang yang ditegur tu akan bertambah keras. Seeloknya kita tunjukkan betapa indahnya kalau kita pakai macam ni ke, macam tu ke, then orang yang ditegur akan boleh terima. Insya Allah.

35 comments:

  1. YA SETUJU, KADANG KITA TAK SEDAQ PUN KITA ADA DOSA LAIN LAGI..

    ReplyDelete
  2. Lagi 1 tudung zaman dulu2 tudung mak itik... hehehe..betul tuh..tgur kena ada cara dia..sebab dalam dakwah ada metod yg kena ikut...metod dakwah bil hikmah antaranya... =)

    ReplyDelete
  3. betul,berpakaian biar sempurna...onie pun tak pandang dah baju saiz xs dan s tu... rasa macam sarung nangka je pakai baju keketat... huduh beno kan bila tgk balik kita pakai baju macam tu,hu..

    ReplyDelete
  4. very nice entry. sama2lah kita terus perbaiki diri. dan, doodles yg comel! :D

    ReplyDelete
  5. sokong bab yang nak tegur tu kena cara yang lembut.
    Sophie oun sekarang ni makin lama makin cuba la labuhkan apa yg patuh dilabuhkan..badan pun semakin membesar asyik balun makan je sebab nanti dah nak "terbang" x dapat makan best2.. seluar pun makin sendat..huahuahua..

    ReplyDelete
  6. Entry ni sgt bermanfaat. InsyaAllah entry ni bleh djadikan guide utk remaja2 yg betul2 nk mengenal islam dengan betul. Syukran Ya Ukhti :D

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..semakin hari semakin baik ^__^

    ReplyDelete
  8. komen kritik2 memang tak membantu, lagi menjahanamkan adalah..

    tahniah:)

    ReplyDelete
  9. Fie pun sama. Bila usia dah meningkat 23, fie rasa pelik bila pakai tshirt ketat dengan sluar ketat. Walaupun sekarang masih pakai seluar ketat, tp alhamdulilah baju dah tutup bontot.

    Tahniah Dani,semoga kita sama-sama dapat keredhaan-Nya

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. tahniah buat Nurdani. Semoga terus beristiqamah. =)

    ReplyDelete
  11. selepang ke selempang? err tak kisahla
    (takut kena lempang)
    tegur menegur tu bagus, kadang2 tak perlukan kata2 , cukup dgn akhlak yg indah,
    Hidayah, bila-bila masa boleh mengetuk pintu hati, dgn berbagai cara, kepada sesiapa shj.
    dan hidayah, boleh hilang pergi bila2 masa, jika tak dijaga dan dibela dengan baik

    ReplyDelete
  12. Selempang kalau orang kampung aku.. hikhikhik..

    Bila depa dah bertudung, cantik yang amat. Mungkin ada kekurangan, tapi siapa yang sempurna ye dak.. XD

    ReplyDelete
  13. @den : yup. jangan terlalu cari salah orang

    ReplyDelete
  14. @tengku puteri : tegur pun kena ada cara kan? :)

    ReplyDelete
  15. @onie : besar itu terlindung. harap istiqamah. amin

    ReplyDelete
  16. @mya : amin... terima kasih :)

    ReplyDelete
  17. @sophie : haha. sama la kita. balun memanjang

    ReplyDelete
  18. @arif addeen : alhamdulillah. saya pun tak sempurna. cuma berusaha ke arah lebih baik.

    ReplyDelete
  19. @azhafizah : harap berterusan. amin

    ReplyDelete
  20. @nazha anua : komen tak membina boleh menyumbang ke arah kutuk dan mengumpat. bahaya2

    ReplyDelete
  21. @fifie : alhamdulillah. semoga kita sentiasa dilindungi daripada anasir2 jahat

    ReplyDelete
  22. @keri ikhwan : aku sebut selepang. hehe. yup, dengan akhlak pun dah ok

    ReplyDelete
  23. @aujinz : takda yang sempurna, dan harap semua dapat tegur cara elok :)

    ReplyDelete
  24. Setuju sangat.Saya pun dalam usaha melabuhkan tudung :)

    ReplyDelete
  25. setuju.. x elok pakai tudung tpi pakai ketat2 :)

    ReplyDelete
  26. jatuh cinta pada muslimah yang pakai tudung labuh. Sangat cantik :)

    ReplyDelete
  27. @safiah sokher : alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  28. @cik tikah :kita semua ada kelemahan,sama-sama ke arah lebih baik dan tegur cara elok :)

    ReplyDelete
  29. @ira : setuju. contoh, heliza, maria elena dan dena bahrin

    ReplyDelete
  30. ooh what a beautiful post sister. alhamdulillah. thank you for the reminders. may Allah blessed you abundantly.

    ReplyDelete
  31. dulu sy xpakai tudung, terpengaruh mungkin. tp sejak sy knl seseorang ni,sy dh pakai tdung. mule2 slempang je, lame2 dh mule ttp dada, pakaian dh labuh. skg nk berazam pkai baju longgar2, pakaian sy pkai skg xla fit mane . Pape pun, cube utk berubah perlahan2.

    ReplyDelete
  32. mohon pinjam gmbr tudung jerut untuk presentation. please :3 tak akan salah guna. janji. hee thanks in advance. :3

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah