Tak biasa

Assalamualaikum.

-untuk baca entri ini, haruslah menggunakan intonasi selamba, sopan, senyum dan lembut-

Masa kecik ayah ajar menulis guna tangan kanan. Bila dah pandai sikit, ayah ajar pulak tangan kiri dengan harapan boleh menulis guna dua-dua tangan. Lepas tu ayah terus berhenti ajar. Aku pun teruskanlah dengan kiri je. Sampailah sekarang dah masuk keluarga minoriti si kidal.


Semua benda guna tangan kiri. Tulis, lukis, pegang pisau, garu kepala, korek hidung dan lain-lain lagiiiiii.. ngahngah.


Kalau makan nasi guna tangan, mak ayah ajar guna tangan kanan. Tak sanggup rasanya menyuap makanan guna tangan membasuh ehem ehem ehemmmm. heeee.


Tapi, kalau nak makan mihun ke laksa ke atau apa-apa makanan yang perlu guna sudu dan garfu, aku akan pegang tangan kiri untuk makan. Disebabkan tak biasa, kekok nak pegang guna tangan kanan, so tangan kiri je lah.


Ayah aku ni kalau nampak aku dengan kakak dok suap guna tangan kiri, memang kena marah. Boleh terpelanting sudu garfu. Tapi aku memang tak biasa. Nak buat acane.


Bila mak ayah cerita pasal adab Rasulullah SAW masa makan, ok aku faham apa yang aku buat tu salah. Salah. Ulang taip. Salah. Kalau tangan kanan tak mampu (sakit) atau mungkin tiada tangan, barulah dibolehkan guna kiri. Mudah.


Aku belajar pegang garfu atau sudu guna tangan kanan. Kekok tak kekok, kena jugak belajar. Aku masih ada dua-dua tangan. Alhamdulillah elok, sempurna. Lama-lama, aku dah pandai dan biasa pegang sudu atau garfu guna tangan kanan. 


Bersyukur kena marah dengan ayah. Kalau tak, mungkin masih dengan tangan kiri.


Pergi hotel kalau ada dinner, bila nak makan lamb chop segala bala chop, aku pegang pisau tangan kiri, garfu tangan kanan. Peduli apa dengan protokol.


Tapi bila aku tengok kawan-kawan, sedara, sepupu yang sama kidal dengan aku, masih pegang sudu garfu menyuap guna kiri, aku memang akan tegur. Tapi jawapan sama aku dapat tiap-tiap tahun. Tak biasa. Nasihat yang mampu aku bagi, cuba.



Masih ada yang ambil endah tak endah tentang hal ni.

14 comments:

  1. org kidal ni kreatif dia lain macam..hehe..^_^

    ReplyDelete
  2. kidal ni selalu kena diskriminate
    sebab majority peralatan/tools kat dunia di bias kepada golongan majoriti (tangan kanan)
    orang yg minoriti ni usahanya lebih, ada uniqueness tersendiri (angkat bakul sendiri)

    btw, sy pon macam serupa dgn kamu
    tulis tangan kiri, main snuker kiri, sudu garfu kiri & kanan, gergaji kiri, kayu sampan kiri, angkat cangkul kiri

    tangan kanan guna gak utk makan, mouse, main tennis, badminton & pelbagai kerja2 yg melibatkan diskriminasi golongan majoriti haha

    ReplyDelete
  3. urm^^
    tak kisahlah guna tangan apa pun,..
    asalkan guna tangan itu sebaiknya..

    ReplyDelete
  4. kita pun guna tangan kiri.sampai sekarang masih guna sudu garfu tangan kiri.insyaAllah akan cuba berubah.

    ReplyDelete
  5. @azstory : haha. lain macam macam macam macam mana? eh2

    ReplyDelete
  6. @taufik : betul. agak susah bila hadapi keadaan macam tu. tapi dekat KL ada kedai untuk si kidal

    ReplyDelete
  7. @ary lee : bab adab makan, kena ambil berat penggunaan tangan. dikecualikan kalau berada dalam kesulitan atau darurat :)

    ReplyDelete
  8. @ascil punye lah : teruskan mencuba tau. sebab saya pun usaha,alhamdulillah berjaya :)

    ReplyDelete
  9. Fie pun macam tu, kalau makan lamb chop pisau di kanan garfu di kiri. memang akan guna tangan kiri untuk menyuap. Kena cuba utk berubah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  10. tangan kiri aku ni jarang2 dilatih. dalam tandas time ehem2 je yg pro. :D
    jeles ngan orng yg bleh guna kedua belah tangan.

    *aku tak pernah ambk tau protokol makan kat hotel. haha

    ReplyDelete
  11. @fifie : takpe, slow2 latih diri. lama2 nanti akan biasa

    ReplyDelete
  12. @keri ikhwan : pernah ada yang tengok aku lain macam sebab tak ikut protokol dunia tu.hehe

    ReplyDelete
  13. Kalau makan yang chop2 tu sume..memang makan dgn tgn kanan jugak...biase potong-potong sume lepas tu letak pisau tepi..amik garfu..makannn..belasah je..hehehe

    ReplyDelete
  14. @nieyxzha : haha. lagi elok macam tu

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah