Kad kahwin blogger

Assalamualaikum.


Pertama sekali, syukur alhamdulillah sebab dapat job lukis gambar untuk kad kahwin kedua bakal pengantin ni dan dengan izin-Nya, usaha keras selama ni berhasil. 


Perbincangan antara aku dengan bakal pengantin yang juga blogger ni berjalan lancar sepanjang proses nak lukis. 


Ubah suai design tu perkara biasalah. Sebab apa yang kita lukis tak selalunya menepati kehendak penempah. Aku faham sangat kalau penempah nakkan sesuatu yang memuaskan hati berbaloi dengan bayaran dah dibuat. Cuma jangan ubah daripada bunga nak jadi ikan paus sudah lah. 



? ? Ok aku pun tak paham.



Bagi aku, tak susah nak berbincang dengan bakal pengantin yang aku maksudkan ni.


Bila akhirnya lukisan dan diterima, masa tu lega tak hingat. Syukur kad dah siap dan selamat sampai ke rumah. Terima kasih pakcik posmen. Jazakallah. Heheh. 



Scroll down scroll down..


Senyuman aku sekarang ni sama lebar dengan senyuman bakal pengantin, tahu?
Untuk pengetahuan, rekaan kad kahwin yang cantik ni bukan aku yang buat. Aku cuma di minta lukis kedua bakal pengantin ni sahaja.



Ucapan terima kasih kepada tetikus hitam legam aku sebab sudi bekerjasama menjayakan lukisan di atas. Terima kasih juga kepada Paint Tool Sai. Melalui eksperimen untuk menghasilkan satu lukisan ala-ala real (sikit), alhamdulillah nampaknya berhasil jugak (walaupun tak la hebat mana).


Tak dilupa, broadband. Walaupun kadang-kadang kau slow gila sampaikan aku sanggup gelar kau berukband, tapi aku kena puji jugak sebab hari perbincangan dan hantar lukisan tu, kau laju gila.


Syukur.



Tak sabar nak datang kendurinya nanti. Dapat makan free wo. Eh? :D


Semoga perkahwinan Gie (Hazirah) dan Wan bahagia kekal ke akhir hayat. May you both live a happy time together. Terima kasih sebab sudi gunakan khidmat melukis saya untuk dijadikan kad perkahwinan dan terima kasih jugak sebab jemput ke majlis. *lap hingus pekat.


Nak ajak korang tengok testimoni Gie a.k.a Hazirah di bawah ni.


Sekian. masa untuk tidur. zzZZZZ...

31 comments:

  1. wah cantik. anati kite kawen boleh la tempah jugak. ngee~

    *bila la tu..*

    ReplyDelete
  2. cantik sgt.. rugi sape yg tak tempah dngan dani.. ajar cikit

    ReplyDelete
  3. heyyy.

    berbakat la hang ni!
    boleh tempah nanti.
    tapi lambat lagi laa..
    hehehe.

    ReplyDelete
  4. waaaahhh.. nanti boleh la nk tempah jugak.. cantik.. cantik.. cantik..

    ReplyDelete
  5. nice! moga bakal pengantin kekal hingga ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
  6. Nanti nak kawen nak tempah dengan dani jugak. Tak perlu letak real face besar-besar dekat kad. Heee

    ReplyDelete
  7. cntik. t tikah kahwin pun nk tempah kat dani :)

    ReplyDelete
  8. smart ar design kad tu. simple tp osem
    (lukisan tu takyah puji dah. memang dah osem sejak azali lg)

    ReplyDelete
  9. @maria menado : ha boleh-boleh :D

    ReplyDelete
  10. @kawaii dysha : alhamdulillah. itu yang termampu :)

    ReplyDelete
  11. @nur amalina athman : terima kasih :)

    ReplyDelete
  12. @syazwan che deraman : boleh-boleh. nanti email kalau dah tiba masa kahwin tu :)

    ReplyDelete
  13. @aztory : wahh...boleh boleh.hehe

    ReplyDelete
  14. @nurul nadiah mamat : amin..semoga mereka bahagia

    ReplyDelete
  15. @fifie : alhamdulillah ramai dah nak tempah ni.haha

    ReplyDelete
  16. akak,buat la tutorial utk paint tool sai pulak.buat yg slow vers nya tw :D

    ReplyDelete
  17. @cik tikah : *tadah tangan
    boleh2 :D

    ReplyDelete
  18. @keri ikhwan : rekaan kad tu aku berkenan jugak. sebab simple,menarik

    ReplyDelete
  19. @nur asnida hassan : alamak,tak sempat kalau nak buat. dekat blog Cheebes Doodle ada tutorial lukis guna Sai. sangat2 membantu sebab banyak tutor Sai dia dah buat. cuba tau :D

    tengok dekat bloglist 'oh pelukis bergaya'

    ReplyDelete
  20. Comell...ingat nak tempah jugak buat gambar kad kahwin..huhu...giler ke ape..dah ade anak 2..mau lagi buat kad kawen..hahaha

    ReplyDelete
  21. cantiklah dani buat..ehem ehem..pasni leh buat free untuk fiza lak kan..ehem ehem

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah