Kaunter tutup sila ke sebelah


Dah menjadi tanggungjawab aku untuk pergi pasaraya, beli barang-barang dapur. Ayah tiap-tiap hari kerja. Workaholic betul. Mak pulak, tak berani nak memandu sebab takut, padahal ada lesen kereta dah lama. Competent tuuu. 


Tapi tak boleh nak salahkan mak, sebab pemandu sekarang ni (sesetengah) suka bawak kereta macam pedal minyak tu tak boleh nak lepaskan dah.





Setel ambik barang apa patut, terus ke kaunter. Hari minggu memang ramai la orang kan. Tapi daripada sepuluh kaunter, yang buka cuma dua kaunter je. Terpaksa la beratur panjang.






Tengok jam, dah 'makan' berpuluh minit. Lama gila seh. Dah la ramai orang. Toleh belakang, bertambah panjang orang beratur. Muka masing-masing mencuka.


Nasib baik la ada jualan murah masa tu. Nak tak nak, redah je la. Tapi kalau boleh, biarlah semua kaunter buka tak pun dalam 5 6 kaunter ke. At least tak la buat pembeli ni tertunggu-tunggu sangat.
 

30 comments:

  1. ececeh, nak bagitau yg ko ni memang calon suri rumah yg ekselen la tu. haha
    aku ni bukan jenis penyabar sgt klu bab2 beratur kt pasar nih. klu dh sesak tu mmng tak la.
    kecuali terdesak.

    ReplyDelete
  2. Baik² muka manis menggula dah bertukar jadi macam mencuka.. Sabar jelah.


    Aku pernah jadi part time cashier dekat Juso, kebetulan kaunter banyak tutup, ada sale pulak tu.. Tiba satu giliran perempuan dari negara timur tengah nak bayar dia bebel² bebel² dekat aku sebab kaunter banyak tutup. heheheh. aku senyum dalam kelam kabuat. ;D

    ReplyDelete
  3. Salam Dani.

    Kalau hari biasa, takpala buka kaunter satu dua.

    Tapi, kalau dah hujung minggu..eii..sabar jelah..nak taknak,kena harung juga.

    ReplyDelete
  4. @keri ikhwan : lempang kang. haha. sebab dah beli barang banyak. kalau ikutkan hati, nak je susun balik barang2 lepas tu keluar

    ReplyDelete
  5. @yousof : itu cabaran yang cashier kena tahan. kadang2 ada pembeli yang lagi kasar mulut.huhu

    ReplyDelete
  6. @tinta lana : itu la paling nak elak. weekdays ok la kot sebab tak ramai orang kan

    ReplyDelete
  7. betol!!!...memang fi selalu je jumpa kat carefour...kaunter ada berlambak..bukak 2@3 je..huhu

    ReplyDelete
  8. Patutlar dia bukak 2 counter jer. Sebab staff dia pun sebuk berebut nak beli waktu jualan murah jugak. huhu....

    ReplyDelete
  9. tak suka betol.
    entah apa la motif dorang tutup kaunter ni.
    lagi satu hal kaunter bank and post office.
    geram je rasa.
    buang masa macam tu je.

    ReplyDelete
  10. saya pernah jadi cashier (bila org dh Q sampai pintu) azab~ tak boleh buat salah sikit, lambat direct je kene maki, sebab utama, staff tak cukup / time break dorang.. huhu..manager yg harus disalahkan. xDD. serius dan serius. manager yg salah.

    ReplyDelete
  11. wah rajinnya.... xajak aminah ponnn... boleh aminah tolong cilok potong Q.hahaha

    ReplyDelete
  12. @syarafi : hehe tempat yang sama

    ReplyDelete
  13. @syazwan che deraman : ha pasal post office dengan bank tu pun lagi geram. masa tu cepat je berlalu

    ReplyDelete
  14. Fy kalau dah beratur panjang macam tu,terus keluarkan hp,on9 smentara menunggu, so tak rasa sangat menunggu tu.

    ReplyDelete
  15. dekat mana nie dani ? Fie kalau masalah gini di post office jah, sakit hati gilaaaaaa

    ReplyDelete
  16. tutup kaunter nk jimat belanja gaji pekerja tak??? cover balik laa sale yg dibuat tue..mmg geram klu 2 kaunter je bukak...tak patut..

    ReplyDelete
  17. @biqa : keropok bika!! dah lama tak dengar cerita.

    aminah meh tolong bambam meh.wakakaka

    ReplyDelete
  18. @fyfy liew : dani malas nak online sambil tunggu sebab nanti bateri kong.huhu

    ReplyDelete
  19. @fifie : pasaraya besar. pejabat pos pun sama. kadang2 satu kaunter je buka. pelanggan ramai

    ReplyDelete
  20. bkk byk kaunter xdala mncuka yg bratur kan..huhuhu
    singgah follow awak.:)

    ReplyDelete
  21. kalau guna je barang tu dulu lepas tu baru bayar pun boleh rasanya

    ReplyDelete
  22. @ezan idma : oh...mesti tahu dah kan

    ReplyDelete
  23. @dhiashahida : buka at least 5 kaunter sebab hari minggu ramai orang kan. hehe terima kasih

    ReplyDelete
  24. @nazha anua : eh boleh ke? rasanya tak kot. kalau kedai2 biasa boleh la masuk buku 555. kalau tak silap la

    ReplyDelete
  25. @nurdani: @nazha anua : eh boleh ke? rasanya tak kot. kalau kedai2 biasa boleh la masuk buku 555. kalau tak silap la

    Kalau air, kitorang ilek je buka then togok air tu dalam pasaraya.
    Pastu bila dah habis shopping, hulur jelah botol kosong tu kat kaunter, bayar.
    Faham tak?

    ReplyDelete
  26. @wijdan : oh..sebab tak pernah buat. faham2. terima kasih bagitau

    ReplyDelete
  27. mmg menyampah sangat kalau kene dok tunggu lama disebabkan kaunter 2 3 je yang bukak..nampak sangat malas buat keje tu..huhu

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah