Hutan, tepat 12 malam dan satu colok

Kisah ni dah lama. Beberapa tahun yang lalu. Masa tu aku masuk ekspedisi mendaki gunung dekat Perak selama tiga hari. Aku memang suka benda-benda adventure macam ni walaupun aku tak la sekental mana. hoh hoh. 


Sampai je tempat tu lepas berjalan kaki dalam 1km sambil bawak beg beg dan beg (hurghhh), peserta-peserta kena berkumpul dan dengar arahan komander dan terus pasang khemah dalam masa beberapa minit je. Nasib baik masa sekolah aku ni pengakap. So ada la ilmu memasang khemah dengan pantas. Waahhhh berlagaknya. Haha.


Lepas pasang khemah, kena berkumpul lagi. Macam-macam la komander bagitahu peraturan dan aktiviti apa nak buat. Malamnya tu lepas solat isyak berjemaah, komander kabor peserta-peserta diarahkan masuk dalam hutan tepat pukul 12 malam. Masa tu dengan tiba-tiba ada la yang mengaku sakit kaki, semput, tak sihat.


Komander mana la nak layan alasan-alasan tu semua. Dia suruh semua wajib masuk hutan jugak. Hambik kau. Kaki aku bertambah terketar-ketar bila komander cakap, kitorang ni akan masuk hutan sorang demi sorang ditemani satu colok. Perjalanan dari hutan ke khemah kitorang ambil masa 4 jam. K.


Masa tu aku dah terbayang filem hantu hongkong. Nak buat-buat pengsan kang, takut tergelak. Nak tak nak, terpaksa la masuk jugak hutan. Tadi cakap suka benda adventure tapi takut jugak. muahahahhaha.


Lepas semua dah beratur dekat-dekat laluan hutan yang kitorang akan masuk tu, komander bagitahu syarat-syarat masuk hutan. Biasalah kan, kena jaga mulut. Kang ada yang cakap bukan-bukan, ternampak pulak benda bukan-bukan kan? Sepanjang perjalanan cari jalan pulang ke khemah tu, komander dah sediakan tali sebagai arah. Tali tu diikat dekat pokok-pokok.


Mula la sorang-sorang bangun, berdiri depan komander. Komander bakar colok dan dia hembus. Keluar asap. Peserta pertama tu diarahkan masuk hutan. Aku dengan peserta lain dah mula baca doa. Gila betul la aktiviti malam tu.


Dalam jarak masa tiga empat minit, sorang demi sorang masuk hutan bersama colok. Komander cakap, kegunaan colok ni untuk dijadikan macam signal la. Senang nak tahu orang yang pegang colok tu ialah peserta ekspedisi ni.


Giliran aku dah tiba. Aku tengok arah hutan. Cahaya colok tu makin lama makin hilang. Komander hulur colok dekat aku. Aku sambut dengan lemah. Dan bermulalah mimpi ngeri bila aku melangkah masuk hutan. Tangan kiri pegang colok sambil goyang-goyangkannya untuk bagi dia terus menyala, dan tangan kanan pegang tali yang diikat pada setiap pokok.


Nak je tutup mata, tapi komander dah nasihat, kalau tutup mata, bila buka engkau semua akan nampak benda yang kau tak nak nampak. Aish...nak terkencing dengar.


Sambil berjalan, aku toleh belakang. Melampau betul komander ni. Dia biarkan aku sorang-sorang kejauhan daripada peserta lain. Dia sengaja lepaskan peserta lain lambat-lambat. Gggrrrrr. Dah la ada macam-macam bunyi. Aku terbayang ada babi hutan nak cuba sondol aku dari macam-macam arah. Mula nak nak panggil 







Maaakkkkk...




Dalam beberapa puluh minit kemudian, aku nampak cahaya colok dekat depan. Tak jauh daripada aku. Terus aku cepatkan langkah, yang penting aku dah jumpa kawan sebagai teman di malam yang gelap gelita tu. Lepas dah sampai dekat dia, tengok-tengok ada lagi peserta-peserta lain. Alhamdulillah. Peserta lelaki pun ada. 


Tiba-tiba.....





Bersambung.........










Ok tak bersambung. Aku habiskan dalam satu entri je. Muahahahaha.


Tiba-tiba ada bunyi mengilai tepi telinga aku. Betul-betul tepi telinga. Masa tu ayat ngok ngek ngang semua keluar. Aku tolak orang depan. Suruh jalan cepat sikit. Tapi ada pulak bukit, curam blablabla. Punya la masing-masing kelam kabut, sampaikan aku terlepas daripada pegang tali. Haru betul. Kubur pun ada. Entah terpijak ke tak, tak tahu la. Janji aku tak nak dengar mengilai tu.


Dah berjam-jam dalam hutan, tepat pukul empat pagi akhirnya sampai jugak ke khemah. Terus terlentang atas tanah (tempat assembly) dan tidur. Gila. Memang gila aktiviti ni. Satu benda yang aku dapat tahu, sebenarnya bunyi mengilai tu daripada salah sorang komander. HEH sangat.


Walaupun aktiviti ni menakutkan aku pada mulanya, lepas tu aku rasa ini kenangan paling seronok sebab dapat pengalaman yang mungkin orang tak dapat atau belum rasai. Tiba-tiba nak buat lagi aktiviti macam ni. ngehngeh.

30 comments:

  1. hahaha . suspen je .

    ReplyDelete
  2. pernah join aktiviti malam camni. tapi taklah sampai 4 jam.

    ReplyDelete
  3. Lebih kurang sama pengalaman dengan fie waktu di PLKN. Biasalah plkn kan, benda benda adventure nie sure ada. Haha

    ReplyDelete
  4. Dani.. kita pun penah masuk utan macam ni masa kat matrik dulu.. macam2 rasa ada.. hehehe.. dah la xnampak apa2 pun.. yg nampak bulan dan bintang jer.. lalang punya tinggi dari kita.. huhu.. memang pengalaman kan.. :D

    ReplyDelete
  5. huhuhu. seram gak bace ni, nampak ke bendanye?

    ReplyDelete
  6. AlaaaAa bestnya! Na teringin tp bila skolah buat aktiviti camtu malas hihihi so da mmg xakan ade lg peluang nkk rasa mcm tu kan :)

    ReplyDelete
  7. kalau dulu suka masuk hutan..serius..tp kalau masuk waktu mlm x jadi hal.aktiviti burung hantu sy adalah membuta..XD.org baling pasir ke apa ke nk tkt kan sy x heran pon..sbb di buai mimpi

    ReplyDelete
  8. @ct kektus so berapa lama ya yang ct kektus dah join tu?

    ReplyDelete
  9. @Siti Suhaila betul. gelap. bulan dengan bintang je ada. takut sangat masa tu.hehe

    ReplyDelete
  10. @Rapunzeel Cikilolo tak nampak apa-apa benda pelik. alhamdulillah.hehe

    ReplyDelete
  11. @nanad berani dalam terpaksa je tu nanad.wakakkaak

    ReplyDelete
  12. @Jna marcello awat malas....hehe. nanti boleh buat aktiviti dengan kawan2. dani pun teringin nak buat lagi sebelum kahwin.hehe

    ReplyDelete
  13. Bagi mengelakkan rasa takut..suh komander tu buat waktu siang..hehe

    ReplyDelete
  14. kitorang kena tinggal sorang sorang dalam hutan selama 4 jam.. duduk setempat.. bawah pokok.. lagi haru...

    ReplyDelete
  15. woha.. best gile buat aktivt paranormal camtu...
    rasa takut akan hilang bila tengok muka orang lain yg lagi takut haha

    ReplyDelete
  16. @Aujinz er itu lagi haru. memang kena buat2 pengsan wo

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum dani.

    Hahahaha, lana teringat pengalaman sndiri. Korang pegang colok ea, tapi kira ok la, ada tali nak dipegang.

    Lana punya camping lu, kitaorg pakai lilin. Ok, akt camnikan dari tgh malam bawak ke pagi kan? So far, takda benda pelik berlaku. Senior pun takda takut2kan kitaorg. Cuma, banyak sangat nyamuk! Tersgt bnyk (-_-)

    Yg bestnya, habis je akt ni, semua diarahkan balik khemah memasing n tido. Subuh nanti, baru bgn smbhyg jemaah. So, lana mmg tak pernah tido lewat..paling lewat kul 11.. akt tu plak habis dalam 4.30 pgi camtu.

    Bila masuk waktu subuh, member khemah sblh (classmate gak ni) dia kejut kitaorg yg dalam khemah. Dalam khemah, tiga org termasuk lana. Kebetulan lana tido tgh, so bukak2 pintu khemah, dia kejut lana dulu. Dia gerak2kan kaki lana, "lana, bangun2..weh,bangunla".

    Akibat mabuk dan mamai terlampau, lana terbangun, terus duduk, sambil mata terpejam, tgn duk meraba2, lana cakap kat dia, "hah..nak stoking..nah nah..stoking"

    Hamekkk, ak bagi stokin kat dia,keh3. Sudahnya, terlajak subuh..kat kelas, jadi bahan ketawa..lagi2 dak laki..malu (-_-)

    ReplyDelete
  18. Dani!! Aku rasa aku faham 90% apa yang kau rasa masa tu sebab aku pernah lalu pengalaman yang serupaa macam tu, menyeramkan tapi mencabar, seronok!


    Kitaorang masa tu jalan dalam pukul 2 pagi, sampai datu tempat semua disuruh duduk. Depan tu macam ada tanah tinggi sikit, semua tak tau apa ada dekat depan tu.

    Fasilitator panggil sorang² lepas tu terus terus masuk dalam hutan depan tu. Tiba turn aku, cuak tak payah cakap lah kan.

    Naik je tanah tinggi tu nampak kawasan kubur, masa tu rasa sereem habis hahah. Dioarang suruh jalan ikut arah kedudukan lilin² yang diaorang letak.

    Nasib baik masa aku tak ada apa. Ada yang kena takutkan dengan kain putih, ranting patah. Ada sorang perempuan sabah ni takut menjerit-jerit. Bukannya nak lari, dia makin mencangkung kat situ hehehe


    Pengalaman yang aku tak dapat lupakan. sekian. ;)

    ReplyDelete
  19. @Tinta Lana hahahahahhaha!! ngigau ya Lana. hahahahahahah

    ReplyDelete
  20. @Yousof aih aku paling tak berkenan kalau ada yang mengusik guna kain putih ni.muahahaha.

    tapi budak perempuan sabah tu part paling lawak. ahahahahahhahahaha!!!!

    ReplyDelete
  21. mesti komander sonok sakan buli buli kan..hehe..takpe,aktiviti tu buat kita lebih berani..bile ingat mesti nak gelak ye dani.

    ReplyDelete
  22. Hahahahaha kesiannya. Kalau fy mungkin dah terkencing dlm suar kot.

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah