Masa jadi cikgu tadika satu masa dulu, benda yang paling seronok ialah hari jadi anak-anak murid aku. Setiap kali ada hari jadi, mesti mak ayah budak yang sambut birthday akan datang pagi-pagi bawak kek hari jadi sekali dengan makanan-makanan lain. Ada jugak yang bawak KFC. Tak ke untung tu? Heheh.
Kadang-kadang dalam sebulan ada dua tiga orang sambut hari jadi, bayangkanlah betapa banyak kek dah masuk perut aku. ngehngeh.
Tapi masa tu aku tak tangkap gambar kenangan sebab terlalu sibuk dengan aktiviti seharian. Walaupun cuti sekolah, cikgu-cikgu ni tak bercuti pun. Cuma cuti mengajar. Sepanjang cuti sekolah tu kena la uruskan apa patut. Sediakan lesson plan etc etc. Mencabar baq hang.
Sebelum cuti sekolah buka balik, aku hias kelas bagi meriah. Semua tu daripada duit poket sendiri. Pihak tadika tak bagi duit pun untuk benda tu semua sebab ini atas inisiatif guru sendiri. Hati kena ikhlas, demi anak-anak murid. Walaupun aku tak la lama dekat situ, at least ada kenangan yang aku tinggalkan.
Segala mural kartun disney etc etc dekat dinding sekolah tu, hasil contengan aku. Maaf, bukan nak bangga diri. Masa tu guru-guru yang ada memang suruh aku lukis sebab diorang cuma boleh tolong warnakan je. Seronok jugak tunjuk hasil dekat dinding.
Keluar beli cat, berus, macam-macam. Excited. Bila dah siap, ya Allah leganya. Konon nak buat surprise dekat anak-anak murid ni. Lepas buka sekolah, bukan diorang je teruja, mak bapak sekali ikut teruja. Hahah. Kelakar betul masa tu.
Paling tak boleh lupa, bila kelas dah habis. Anak-anak murid daripada semua kelas akan berkumpul satu tempat sementara tunggu bas sekolah and mak ayah diorang datang ambil. Disebabkan diorang ni masih budak-budak, paham-paham la kan perangai diorang. Main dan buat bising.
Tak larat nak jerit-jerit sepanjang masa. So aku dapat idea untuk buat satu cerita dalam bentuk lukisan dekat whiteboard. Alhamdulillah budak-budak ni seronok siap ternganga dengar cerita mengarut aku. Muahahaha. Tapi aku selitkan mesej dalam setiap cerita karut aku tu la.
Esoknya tu, diorang siap request suruh aku cerita lagi. Berkesan jugak teknik tu. :)
Haih rindu pulak ke diorang tu ah. Eh selamat bercuti ye anak-anak sekalian. :)
sronok jd cikgu kan... layan2 karenah budak2 buat kita makin muda..
ReplyDeletemesti dinding bilik dani cantikk kn kena conteng hehhe
ReplyDeletezaman sekolah mmg best
ReplyDeleteBetul tu..nieza pon rindu zaman bekerja..layan kerenah budak-budak..seronokk
ReplyDeleteThey made our day kan. huhu. fie pun dah rasa rindu dengan students fie.
ReplyDeletesweet momment..
ReplyDeletejejalan disini..
from ::Arkitek Hati::
dah mula cuti sekolah?
ReplyDeleteteringin nak jadi cikgu tadika.nk tgok betapa thn nya sy dgn budak2..ahahah..suka budak tau.kalau degil x th la cmne..XD
ReplyDeleteseorg guru yg penyayang hehe
ReplyDeleteKenapa sweet sangat pengalaman ni?? hihi
ReplyDeleteAku tersengih baca entry ni sorang². Seronok ada bakat melukis ni, boleh kongsi dengan orang lain. Idea cerita sambil melukis tu memang terbaik dan comels! ;)
selamat bercuti cikgu
ReplyDelete"apa yg cikgu mengarut neh?" tetiba ada budak takida bangun..hehehe
ReplyDeleteserius seronok jd cikgu, pernah jgk jd cikgu sekejap, nak amik hati diorang, ya allah susahnye mungkin depa xsuka cikgu lelaki kot..hahaha. Tapi seronok, seronok tgk diorang melukis dan mewarna..
erks..selamat petang cikgu..kehkeh
ReplyDeletejadi cikgu ni sebenarnya best..tapi kena sabar la layan kerenah budak2..
@◕ Kawaii D Y S H A ◕ betul2. haha. diorang seronok, kita lagi seronok
ReplyDelete@Jna marcello kat bilik tak conteng pun.hehe. cat biasa je na
ReplyDelete@Amir Aiman Akashah terutama tadika.hehe
ReplyDelete@✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ kalau dilanda masalah pun, diorang menceriakan hari kita
ReplyDelete@fifie betul tu fie. hari2 peluk diorang walaupun ada yang rimas.hahaha
ReplyDelete@aini shahroni hehe. tu la :D
ReplyDelete@nazha anua hari ni dah start cuti :)
ReplyDelete@merahitujambu cuba apply. nanti mesti rasa seronok, mencabar. tapi saya tak dapat bertahan lama. sebab orang yang tahan jadi guru ni, ialah orang yang memang hebat jadi pendidik. hebat sangat :)
ReplyDelete@SiBudakKurus boleh tahan la.hahahha
ReplyDelete@Yousof budak2 ada yang jenis visual dan diorang memang suka kartun. hehe. sebab tu gunakan benda tu. alhamdulillah berkesan
ReplyDelete@EZAN IDMA selamat bercuti. jangan lupa study untuk tahun depan ya. hehe
ReplyDelete@azstory aku ajar budak tadika. buka TAKIDA.hahahahahah. K.
ReplyDeletebetul tu. nak ambil hati diorang ni, kita kena tengok dulu cara dia. lain orang, lain cara mendekatinya.hehe
@Encik H kalau yang jenis degil tu, kena puji dia. baru dia suka.kadang2 kena abaikan dia. nanti dia yang cari kita.kehkeh
ReplyDeletekalau aku jadi cikgu, memanjang menjerit jer laa gamaknye... koh koh koh
ReplyDeletedulu? sekarang pula?
ReplyDeletePengecualian bayar balik ptptn, graduan cina paling ramai
ahaha, bila baca ni macam nak tukar cita2 lah pulak XD
ReplyDeletecomel.............hehehe. teringat kwan aqis kat sarawak. dy pon cikgu tadika jugak. agaknya cmni la dy kt sne eh. heh
ReplyDeletedani kan tinggi sikit je drpd kanak2 tu. sesuai.. hihi!
ReplyDelete*dah ada modal nanti, buka le nursery. :)
@Aujinz bek ko jadi komander
ReplyDelete@new hope sekarang lain
ReplyDelete@Miss Xyz haha. tak sangka i
ReplyDelete@balqisfz seronok dalam mencabar
ReplyDelete@blog-tips-kurus kalau ada modal, saya buka bisnes lukis.hehe
ReplyDeletecikgu, saya nak dngar jugak citer whiteboard tu :D
ReplyDelete@keri ikhwan ada masa aku cerita la sekali dengan lukisan ya cikgu
ReplyDeletebest kan ade pengalaman jadi cikgu tadika..fiza tak sempat jadi cikgu..hehe
ReplyDelete@Azhafizah Md Nor nanti jadi cikgu untuk anak2 fiza pun boleh.hehe
ReplyDelete