Battling cancer in style

ilustrasi Ami Schaheera / #fashionillustration #blogger / @dani8dania - instagram / I heart it - gambar asal di SINI

Kali ni bercerita pasal fashion blogger iaitu Ami Schaheera. One of my favourite fashion blogger. Kenapa aku kongsikan di entri kali ni? Aku kan suka benda berkaitan fesyen. Tapi sebenarnya ada satu perkara yang buat aku cukup kagum dengan Ami ni.


Selama aku dok terjah blognya, aku perasan yang Ami mengidap leukaemia. Sebak. Orangnya nampak ceria. Bak kata Ami, 'battling cancer in style'.


Benda ni mengingatkan aku dengan keadaan bapa saudara aku yang mengidap barah otak. Disebabkan dia hidup dalam keadaan ceria, alhamdulillah penyakitnya tu makin lama makin pulih lepas buat kimoterapi dan lain-lain. Berkat doa dan usaha. Walaupun dah pulih, tapi bapa saudara aku tu dah tak boleh melihat.


Tapi baru-baru ni dapat pulak berita yang dia terpaksa masuk balik hospital sebab lepas doktor x-ray, ketumbuhan tu datang balik. Memang doktor dah kabor awal-awal, benda tu ada potensi datang balik. Mungkin sebab terlalu stress. Hm... Allah Maha Mengetahui.


Persamaan antara Ami Schaheera dan bapa saudara aku ialah, dua-dua ada sikap yang ceria dan tabah menghadapi ujian yang Allah bagi ni. Dari segi luaran kita tengok ceria, tapi bagi yang tengah berdepan dengan keadaan tu, kita  tak tahu apa perasaan sebenar. :( 


Sebab tu seseorang pernah kabor, 'stay happy and feel better for it'.

26 comments:

  1. kenapa comel sgt. geram tgk!!

    ya ya. kita, Allah beri sakit, itu dugaan. kita, xkan lah nak meratap kesakitan tu. nak hadapinya, kenalah lalui kehidupan ni as normal as we can. at least,kita boleh bangun dari kesakitan.

    ^^

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak dani, in real life saya tak lah secomel lukisan dani heheehe.. ooh baru tahu pasal pakcik awak, hmm kesiannya. Susah sikit baru nak type dah berair mata baca pasal org lain yg battling cancer macam saya. tapi itu lah yang penting kita redha dan tetap teruskan hidup selagi Tuhan biarkan kita bernyawa. Jangan give up <3

    Semoga Dani berjaya dlm segala bidang yang diceburi, selagi kita jujur dan ikhlas insyaAllah.

    Harap pakcik Dani kembali sihat semula, amin amin amin..

    ReplyDelete
  3. Dia kena kuat untuk diri sendiri dan juga untuk orang sekeliling..




    Serupa illustrasi tu!! ;)

    ReplyDelete
  4. 1st time komen nie...
    adik kite pon ade kanser.. doc kate die boleh survive utk 5thun jerk, tpi Alhamdulillah die masih mampu bertahan sampai hari nie slps 12 thun operation... sebab die kuat,suke ceriakan orang laen, tak merungut dgn kekurangan yang ade pade die....

    ReplyDelete
  5. Baru tahu ami ada leukimia. Kesiannya. Pray for her recovery. InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. @syakey yup, kita tak boleh meratapi kesakitan yang kita alami. sebab tu kena teruskan kehidupan secara normal :)

    ReplyDelete
  7. @Ami Schaheera sama-sama. ilustrasi dan real life Ami, sama cantik sama comel. ciptaan Allah cantik2 belaka.hehe. redha tu sangat penting. Allah Maha Mengasihani, maha mendengar. amin amin. terima kasih juga :)

    ReplyDelete
  8. @Yousof boleh menjadi inspirasi orang lain kan?kan? :D

    ReplyDelete
  9. @yanamk seronok kan macam tu? ceria. alhamdulillah dia masih bertahan dah 12 tahun dah. lama tu. Allah maha Mengetahui :)

    ReplyDelete
  10. hidup gembira menyebabkn hidup bertahan...

    ReplyDelete
  11. Bersyukurla kte yg tengah sihat ni kan..kekadg ade jugak tepikir camane diorg boleh tabah terime ujian allah

    ReplyDelete
  12. bukan senang nk ceria bl tau kita skt..tp life must go on..^__^,

    ReplyDelete
  13. @✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ syukur alhamdulillah dapat kesihatan yang baik sekarang ni. sebab tu kena jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  14. Sedihnya...na terfikir klau na kat tempat dyeorg mampukah na tersenyum lagi..mmg mereka tabah!
    Moga penyakit nya akn sembuh Insyaallah..*pray

    ReplyDelete
  15. @Jna marcello betul. tak tahu apa perasaanyna kan?

    insya Allah.amin

    ReplyDelete
  16. huwaaa setailnye..teringin nk cmnie..

    ReplyDelete
  17. everything we do must be in style:)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah