Pembukaan Old Blossom Box Store

Hari ni ke pembukaan butik kedua OBB (old blossom box store) dekat Seksyen 7, Shah Alam. Memang nak sangat pergi sebab nak tengok ilustrasi yang aku dah buat di-frame-kan di butik OBB.



Aku pergi sana sorang-sorang je sebab takda kawan dapat teman. Tapi lagi senang pergi sorang sebab boleh elak merewang (melepak). *aku nak cepat balik rumah.


Sampai-sampai je dekat OBB, aku nampak bunting ni.

Rasa macam nak letak riben lepas tu potong. Dirasmikan oleh dani. eh.
Tak sangka jadi bunting sebenarnya sebab dari jauh aku rasa macam kenal je lukisan tu. Aku senyum sorang-sorang macam hape je. Macam orang gila. Seb bek tak ramai orang sangat masa tu.






Jezmine yang sangat bergaya dan butik yang cantik.


Dalam butik pun ada bunting ni. Tadi tangkap gambar dengan Jezmine and her mom dekat bunting tu. Sebagai kenangan. First time orang nak tangkap gambar dengan aku. ahahahhahahaha!. K. Tak lawak.



Masuk-masuk je, dapat tiga benda ni. Cookies daripada Pretty Sugar yang sedap sangat. Sayang nak makan. Sayang. Tapi makan jugak. Dah tinggal separuh. Haha. Voucher daripada Yay Peach dan brooch berbulu hijau yang anyonyonyo.




Aku rembat satu yang tengah-tengah tu. Kalau boleh nak semua tapi fulus tak berapa banyak. Lepas tu terus aku snap semua gambar ilustrasi yang ditempah Jezmine dekat aku. Semua daripada Novelty OBB punya pakaian.








Seronok dan teruja tengok hasil tangan terpampang dekat dinding macam ni. Woot2 bunyinya. So rewarding when people are happy with my artwork. Tapi satu lagi ilustrasi ni aku tak sempat nak snap sebab teruja belek baju-baju. Aku share yang tanpa di-frame-kan.


Boleh tahan mencabar sebab banyak garisan halus dekat situ.



Blur bahagian wajah aku tu aci tak? ngahngah.Seronok jumpa Jezmine dan ibunya yang cantik, comel+ adorable depan-depan sebab they are friendly.



Dah setel membeli-belah, makanya haruslah aku pulang dengan kadar segera. Cuma beli Camille Diamond Jacket dengan brooch hand made by OBB. Weeeeee :)

58 comments:

  1. dibuka dekat sek7, shah alam?? wahhhh. dekat dengan uitm. haruslah kesana ! heee. btw, cecomel lukisan awak ;) comel sangat...

    ReplyDelete
  2. mana ada kaku ...ok apa...kiut!

    ReplyDelete
  3. saya doakan,semoga hasil karya kak dani terus berkembang ^__^

    ilustrasi tu memang lawa tahu ! :D

    ReplyDelete
  4. bestnyaa teringin nak g OBB jugak ! illustrasi dah frame tu cantekkk sangattt lahhh.

    ReplyDelete
  5. Wahh tahniah! Cantik artwork sis.

    Kedai tu pun nice. Simple tapi menarik. =)

    ReplyDelete
  6. Wahh cantik sangat.. bergaya sakan . memang cuci mata betul kalau pergi butik ni ;D

    ReplyDelete
  7. cik Dani.. Ya Allah, cantiknya ilustrasi tu kt bunting. tahniah eyh. Just imagine, kalau awak jadi pereka illustration 1 hari nanti (yg serius).. memang saya tak terkejut. Sb awak layak.. XD comel cik D eh. agagaga. (tak cukup blur tu)

    ReplyDelete
  8. bestnye ade karya mcm tu..thniah cik dani

    ReplyDelete
  9. @- M A S H - ha dah dekat sangat kena pergi.hehe. terima kasih! :D

    ReplyDelete
  10. @onie dengan rendah hati saya ucapkan terima kasih :D

    ReplyDelete
  11. @Cik Chokie tadi pun tak tahu nak beli apa sebab rambang mata

    ReplyDelete
  12. @BiskOt terima kasih cik kot.hehe. untuk serius tu saya tak pasti. buat masa ni secara tak serius sangat.

    saya biasa saja. hehe terima kasih

    ReplyDelete
  13. @afrah.hana paling menarik perhatian baju warna hitam. nanti tengok dekat butik tu. sumpah lawa

    ReplyDelete
  14. @Ayie Abas terima kasih. saya pun tak sangka ada yang berkenan dengan karya saya.hehe

    ReplyDelete
  15. Ya Allah dani sangat cantik, suka style n posing yang dani gayakan..hehehe comel je... bestnya dok kat town yg mcm2 ada, kat tmpt sy dok sementara ne apa pun tak hado.. tapi alhamdullilah masih dapat teruskan hidup..hehehe..

    ReplyDelete
  16. kaler pon dani pilih sendiri ye? manis berkrim! hihi!

    *sangat mencemburui bakatmu. next year buat kad raye lembu gebu banyak2 ye. :-)

    ReplyDelete
  17. sy plan nak gi sana jugak siang td tp ujan lebat..kompem jln nak g s.alam jem.. huk3...

    ReplyDelete
  18. @◕ Kawaii D Y S H A ◕ terima kasih. hehe. alhamdulillah sebab macam2 ada kat sini. tapi kat mana-mana pun takpa janji dapat hidup dengan baik. duduk sementara berapa lama?

    ReplyDelete
  19. @shazika musim hujan sekarang ni, susah sikit nak keluar. alhamdulillah masa pergi tu cuaca ok

    ReplyDelete
  20. comel gila kot kedai nih. ala2 kedai dlm video klip Girls Generation - Gee ._.

    ReplyDelete
  21. Ya Allah bestnyaaa kalau hasil kerja diframekan gitu.tahniah dani!semuanya cantik.

    thniah jugak dkat butik ni.semoga maju jaya=)

    ReplyDelete
  22. raserasenye aritu baru jer nampak jezmine dalam tv..oo bukak kedai yek...

    dani!!! lukisan dani super duper comel la... tersangat comel...kalau nieza la... dapat satu confirm framekan jugak letak lam bilik tido.. asal nak tido, tengok dulu..bley tak.. hahaha

    confirm hubby cakap nape tak letak gambar die jer...wakakaka.. Rania plak of course cakap "sape tu..sape tu"..

    teettt!! berangan suda...hahaha xD

    ReplyDelete
  23. you know what dani,
    I am REALLY, REALLY, REALLY proud of u!

    Walaupun tak tunjuk gambar dani sendiri sangat pun, blog dani tetap dapat sambutan hangat & ada identiti sendiri which are your creativity & passion.

    ReplyDelete
  24. Nty naaa nak pg laa ambek pix dpn bunting awk okay!Insyaallah 1day

    ReplyDelete
  25. @✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ second outlet. hehe.

    sampai macam tu sekali?hahahaha

    ReplyDelete
  26. @Jna marcello nanti dah ambik pic tu, tag la saya ya.hehe

    ReplyDelete
  27. rajinyaa sampai ke sana.tgok plak hasil kita di gantung..amik gambar bersama hasil x?hehehe

    ReplyDelete
  28. bestnya dapat tengok hasil lukisan sendiri:)

    ReplyDelete
  29. last weekend tak sempat nak singgah kat sana..ruginya !! :(

    ReplyDelete
  30. Bila dah jadi bunting macam tu nampak berkali-kali ganda comelnya! *serius


    Semoga bakat Dani semakin tajam dan diharap perniagaan butik OBB juga berjalan dengan lancar, aamiin. ;)

    ReplyDelete
  31. #Blur bahagian wajah tu aci sangat², blogger perempuan lain boleh jadikan contoh kalau mahu ;D

    ReplyDelete
  32. Cayalah Dani.. power power.. XD


    hang blur pun aku still ingat muka hang macam mana.. koh koh koh..

    ReplyDelete
  33. @merahitujambu ada. tapi gambar tu ada dekat jezmine. hehe. terima kasih mij

    ReplyDelete
  34. @Yousofamin... terima kasih yousof. terharu

    ReplyDelete
  35. @Aujinz mesti yang dekat fb dulu kan?hahahahaha

    ReplyDelete
  36. Dani... TAHNIAH! (berdiri tegak tabik spring)

    ko dah jadi retis level atasan.
    kalaulah suatu hari nanti aku ditakdirkan secara tak sengaja termasuk dalam butik tu... aku akan berdiri mengadap bunting tu sambil nangis teresak-esak.
    bangga aku haha.. eh gelak pulak dah

    ReplyDelete
  37. @keri ikhwan retis mendenya. aku tak dikenali, tak popular. saja la perli aku tu.haha

    ReplyDelete
  38. hasil kerja dani makin dikenali..congrate dani..OBB dan Cala qisya sentiasa ada dani ^__^

    ReplyDelete
  39. @azhafizah : alhamdulillah. hasil cikai2 tapi ada orang suka, itu dah cukup bersyukur sangat. thanks fiza!

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah