Bantuan sumbangan


Bantuan Sumbangan 1

Meminta jasa baik semua agar dapat membantu meringankan beban keluarga ini dengan menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas kepada ibu bapa dua beradik ini.

Bayi di dalam gambar sebelah kiri menderita sakit paru-paru berlubang. Kakaknya Mimie di dalam gambar sebelah kanan berusia 5 tahun menderita penyakit ITP Kronik. Sekarang sedang menunggu tarikh untuk pembedahan membuang limpa.

Pembedahan akan dilakukan di hospital universiti PPUM.

No Tel: 017-2117479 (Nasri)
No Akaun: 156057226059 (Maybank, atas nama Aisya)


Bantuan Sumbangan 2

Ibrahim Yap Abdullah ialah seorang mualaf yang memeluk Islam beberapa tahun lalu. Akibat masalah dalaman, beliau menanggung hutang yang bukan dibuat olehnya bernilai puluhan ribu ringgit yang menyebabkan beliau tidak mampu membayar sewa rumah, dihalau keluar dari rumah, terpaksa menjual segala harta termasuk kereta dan motor.


Kini beliau menghadapi 2 masalah, pertama iaitu pendapatan bulanan sebanyak RM480 (gaji) dan sumbangan dari baitulmal RM500, yang tidak mencukupi baginya dan anaknya, dan masalah kedua, anaknya menghidapi penyakit alahan kulit melampau, di mana ia mengelupas dan berdarah, menyebabkan anak kecil itu sakit apabila terkena air khususnya ketika mandi.


Rawatan diperlukan di hospital pakar dan pastinya menelan ribuan ringgit.

Keratan Harian Metro di gambar kiri adalah bertarikh 3 Februari 2011.

No Tel: 017-6368583 (Ibrahim Yap)
No Akaun: 12092022865277 (Bank Islam, atas nama Ibrahim Yap bin Abdullah)





*info daripada sepupu dan dikongsikan di sini. Bersama-samalah kita membantu mereka.

5 comments:

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah