Ni nak cerita pasal bilik kuliah pulak. Suasananya tak macam uni lain. Bilik kuliah ni macam kelas biasa je. Macam sekolah dulu cuma up sikit lah dari sekolah. Fasiliti yang disediakan pihak uni memang dah cukup nikmat dah sebab ada bilik yang disediakan aircond dan ada jugak guna kipas je tapi, angin sepoi-sepoi bahasa tu lagi sedap orang kata.
Apa yang aku nak tunjuk ni, kenangan masa sem satu. Gambaran daripada keadaan sebenar cuma mungkin beza pada saiz sebab tak tepat (main hantam je). Kelas tingkat tiga ke empat yang penting paling atas la. Jenuh nak panjat tangga. Semput. Kalau terlambat datang kelas lagi la haru. Boleh berbuih mulut. *over.
Dah la dalam kelas aku majoriti lelaki. Lagipun bidang tu memang orang
cakap sesuai sangat dengan lelaki. Kalau perempuan dapat bidang tu macam
rare la. Tapi sekarang ni ramai perempuan ambil bidang-bidang yang
dulunya lelaki mendominasi.
memang guna window glass blind. |
Sementara tunggu kelas lain habis, kitorang satu kelas ni tunggu dekat koridor. Ada jugak yang gatai sembang kuat-kuat sampai lecturer marah suruh diam. Memalukan. Hohoh.
lantai : cement render. sejuk. |
Macam ni la rupa dalam kelas. Boleh muat 30 orang pelajar kalau tak silap la. Selalunya bahagian kiri tu budak-budak laki duduk. Kelas kitorang ni kena duduk berasingan lelaki perempuan. Tak boleh duduk sebelah menyebelah. Kecuali kalau nak buat aktiviti berkumpulan.
Ramai la cakap budak-budak kelas aku ni skema, baik gila, sopan blablabla. Muka pun semua suci dalam debu je. Hahahahhh. Memang betul pun.
Mula-mula masuk kelas kan ada sesi suai kenal. Sebenarnya dari sekolah
lagi aku tak suka aktiviti ni. Ingatkan dah masuk belajar ni, takda dah
aktiviti cenggitu. Heheh. Masa sesi suai kenal, memang gelabah. Lecturer tanya kenapa pilih bidang tu padahal aku langsung tak tahu apa benda yang aku dok ambik ni. Muahahahahahah. Zero.
Classmates memang majoriti budak pandai-pandai. Ada yang daripada matrik tapi tak lepas sebab katanya belajar main-main tapi hakikatnya diorang ni memang pandai sangat. Tiap-tiap sem dekan.
Ada jugak yang masa SPM dapat straight A's tapi tak dapat tempat dekat uni masa first intake. Kitorang ni second intake tapi ada sesetengah cakap yang second intake ni keputusan kurang bagus lepas tu dapat sebab rayuan masuk U.
Sebenarnya sesetengah yang cakap tu salah sama sekali. Ramai je yang pandai-pandai masuk second intake. First ke second je tak jadi hal yang penting ilmu tu. Hormatlah sesama kita, jangan dibezakan tahap kepandaian. Sekian.
Ni semua Allah dah susun cantik untuk semua orang. Nak banding dengan aku, memang jauh la. Result sedang-sedang je tapi masih boleh dibanggakan la. Hehe.
Aku memang suka duduk tepi tingkap bahagian paling belakang atau tengah-tengah. Tak berani nak duduk depan sekali sebab keyakinan kurang gila masa tu. Takut.
Kerusi jenis ni paling aku tak suka sebab aku kidal so paham-pahamlah
orang kidal nak menulis macam mana. Seksa. Aku halakan badan ke kanan
sikit, bagi senang nak catit nota.
bahagian dinding belakang tu partition. |
Kadang-kadang terlanggar tangan kawan sebelah yang bukan kidal. Hah sudah...nota comot. Paling ekstrem, terkoyak terus. Itu pasal la kena duduk dengan yang sama kidal tapi berapa kerat je kidal. Haish.
School desk dalam kelas sebenar takda tempat letak barang kat bawah kerusi macam kat gambar tu pun. Segala beg tangan, payung, semua letak kat lantai atau sandarkan kat dinding je.
Kalau kelas kat bangunan lain, mejanya macam meja plastik sekolah yang ada laci. Senang sumbat beg, handphone, pencil box, makanan etc etc. Nak curi-curi main mesej pun boleh. Muahaha. Tapi kalau kena tangkap dengan lecturer, habis....memang habis. Jadi, fokuslah masa sesi pembelajaran. Hormati lecturer dekat depan. :)
guna : Google Sketch Up Pro 7 (trial jeeee.heheh) / pencil on tracing paper / disember 2012 / #kenangan
Dani na teringin jumpa dani then tgk dani buat lukisan ni smua :)
ReplyDeleteKnpa da hebattttttt sgt ni!
Na bangga ada kawan mcm dani :)
terbaikkk
ReplyDeletebesar gak kelas dani kan..ermm cantek lukisan dani dengan macam macam angle dani sketch up..well done dear (:
ReplyDeletecantiknyaaaa lukisan dani!
ReplyDeleteeh betul kita pun tk suka kusi cemni.sebab kita pun kidal,asyik langgar2 je waktu mnulis
tgok lukisan awk nie buat kt terkenang mase zaman study dulu2...ehee..
ReplyDeletecantik lah lukisan awk..ade bakat, boleh buat komik lepas nie...:)
Cantik la lukisan dani..nampak real
ReplyDeleteKalau tunggu turn nak masuk kelas,sambil tu sembang dan gelak kuat kuat. lepas tu kena marah dengan lecturer benda biasa. Pernah jugak. Haha
ReplyDeleteTmpt aku klu blk cmni biasa utk klas tutorial. Klu kelas biasa pakai lecture hall yg kerusi susun cam kat stadium tu. X best senang kantoi kalau TERtido
ReplyDeletepehh lukisan tu ohsem..hehehe..amik engineering ke dulu? sebab biasanya yg dimonopoli lelaki ni bahagian engineering la..:D
ReplyDeleteWah. Cantik lukisan.
ReplyDelete@Jna marcello saya pulak nak jumpa Na and suruh Na catwalk depan saya.haha.
ReplyDelete@EZAN IDMA terimo kasih :D
ReplyDelete@Azhafizah Md Nor boleh tahan besar.hehe terima kasih
ReplyDelete@ascil.punye.lah kidal? yay ada kawan sama.hehehehe
ReplyDelete@Sya_Merpati Putih 88 komik saya tak berapa mahir.hehe terima kasih :D
ReplyDelete@diana biasa ja. terima kasih.hehe :D
ReplyDelete@Cik Cempaka sebab sketch up. software ni sesiapa pun mampu buat. trust me :D
ReplyDelete@fifie haha. kena cakap sopan2
ReplyDelete@keri ikhwan betul2. semua boleh kantoi wo
ReplyDelete@Encik H adik beradik kos tu.hehehe
ReplyDelete@Salwa terima kasih :D
ReplyDeletesi kidal ni special tau!
ReplyDelete:)
Salam. Bilik yg sempit kalau pandai susun atur perabot rasanya akan nampak besar kan?
ReplyDeletestyle gile la lukis..gud job.nice
ReplyDeletekreatifnyaaa....cantiklah..
ReplyDelete