Perangai di jalanraya

Hari ni pergi kerja memang menyakitkan hati. Hampir-hampir nak berlanggar dengan motor dekat satu simpang ni. Si penunggang pulak budak lelaki dalam umur 10 ke 12 tahun. Siap bawak adik lelaki dia lagi. Dengan tak pakai helmetnya. Lesen sah-sah takda.


Dia masuk simpang kemain laju. Main redah je. Alhamdulillah sempat elak. Aku tekan hon lama-lama, buka tingkap lepas tu marah budak tu. 



'Apa bawak motor macam ni! Kalau jatuh masuk bawah kereta dengan adik kau tadi macam mana hahh!!!"



Dia boleh buat reaksi macam aku yang salah. Terus dia blah macam tu je. Dengar ke tak budak ni. Aku paling risau kalau dua budak tu jatuh, luka ke patah apa-apa ke walaupun memang salah budak tu.


Ikutkan hati memang nak kejar tapi disebabkan kereta pun calar sikit je, plus aku dah kena masuk kerja, tak jadi la nak kejar. Kalau jumpa lagi budak tu dengan perangai sama, aku tak teragak-agak untuk tahan dia, pulas telinga setinggi-tinggi gunung kinabalu. Heh.



Sebaik mana pun kita memandu, masih ada yang tak sebaik pemanduan kita - dani 2013.

29 comments:

  1. kbykan ank muda bw motor cm tue la,kita lak yg kna jg dy,bkn dy jg diri sndiri,nek moto men redah cm tue je..

    ReplyDelete
  2. mmg btol...kita berhati2 blom tentu pemandu lain akn berhati2. last2 kita gak yg terkena bahananya tnpa kerelaan hati

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Lana teringt budak yg langgar lana. Dia bawak beskal, lana bawak kereta. Ha, camno tu..beskal langgor keta,hehehe.

    Time tu baru balik dri sapan kat kedai. Slmt la keta pun gerak perlahan, baru gerak kan. Sblm dak tu langgar, abah lana ada pesan, nampak budk2 bwk beskal,hati2 lah. dah bnyk kali pnglmn dia, dia tgk budak2 ni kalau nak kekanan kekiri, main redah je. Bukan nak menoleh dulu keapa.

    Elok je habis ckp gitu, prangggg, dilanggornye keta ak. Time tu memg menggigil kpalo lutut den. Kuar2 keta, mujur dak tu tak apa2..tpi dia pun cam terkejut jugk.

    ReplyDelete
  4. bahahaha..hantar aje ke gunung everest budak tu..sejuk nanti insaf ler dia..

    ReplyDelete
  5. budak budak bila dapat naik motor sendiri, depa ingat nak happy jer... blerghh... kalau eksiden.. kita gak yang disalahkan...

    ReplyDelete
  6. ahahaha..situasi mcm pernah ku kena..budak skang x syg nyawa..sapai skang ada budak tu jugak..budak yang sama..bawak motor mcm junior merempit...konon di apaling power..walhal baru 12 thn x silap...rasa nak g lempang budak tu baru berakal agaknyaaa

    ReplyDelete
  7. mak ayah mana tak main peranan ni!

    ReplyDelete
  8. kadang2 leeza rs menyampah tau dgn pemandu mcm tu. bajet... mcm leeza pakai keta kancil jew.. lagilah sebelah mata pun diaorg tak heran.. nk main redah.

    ReplyDelete
  9. Memang macam tu lah Dani kalau kita nie berhati-hati orang lain yang tak berhati-hati, dah tu boleh pulak buat muka bila kita marah. Kita marah sebab nanti kalau jadi apa apa masalah semua tu. Nak jadi kes polis lagi kalau dah ada meragut nyawa.

    ReplyDelete
  10. AES!! ya, di sinilah peranan AES... eh ye ke

    ReplyDelete
  11. lenkali kalau driving tu bawak rotan..keluar kereta terus rotan punggung budak tu..hehehe

    ReplyDelete
  12. @elyna mirsada tu la elyna. kita punya la berhati2 siap bagi laluan lagi. takut kes tak dipinta

    ReplyDelete
  13. @Amir Aiman Akashah itu yang kita tak nak sebab menyusahkan diri dan orang lain

    ReplyDelete
  14. @Tinta Lana nasib baik tak apa2. itulah pentingkan bagitahu kat diorang ni betapa bahayanya jadi macam tu. kat sekolah rasanya pihak polis masih datang sekolah tunjuk gambar kemalangan kan?tujuan bagi pemandu berhati2.kalau tak, macam gambar la jadinya. ke dah tak da eh?

    ReplyDelete
  15. @Aujinz memang. ingat nak laju je diorang ni. risau gila

    ReplyDelete
  16. @Anis Athia zaman sekarang gitu la anis. makin advance

    ReplyDelete
  17. @merahitujambu kalau boleh lempang, lama dah.hahaha. tapi nanti kita yang kena balik

    ReplyDelete
  18. @Leeza dayasari [santai leeza] betul. kalau kete besor lalu, yang kecik2 ni terpaksa la ke tepi bagi laluan.sobs sobs

    ReplyDelete
  19. @fifie itu yang kita tak nak bila dah melibatkan pihak polis dan nyawa

    ReplyDelete
  20. @keri ikhwan aku rasa patut jugak tu.haha. bagi tinggalkan kesan sikit ke budak tu

    ReplyDelete
  21. @Encik H haha. tak main dah rotan ni encik H. nak yang lebih ekstrem. tapi tak tahu apa.kehkeh

    ReplyDelete
  22. lebih ekstream? bawak pisau la..xpun kapak..:p

    ReplyDelete
  23. nape lah biarkan budak budak bawak moto..bahaya tu kan..tu lah.kalau kita dah berhati hati orang lain lak careless...

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah