Sebelum trend tudung syria dengan segala macam jenis tudung datang, tudung bawal ialah satu-satunya pilihan untuk dipakai, dulu. Dalam almari penuh tudung bawal macam-macam jenis. Ada bawal plain, bersulam, manik-manik, lekuk-lekuk, corak-corak, bla bla bla.
Masalah utama aku dengan tudung bawal ni selalunya ada tiga. Kena gosok, lipat tudung tak jadi and payah nak pakai balik kalau solat kat mana-mana. Tiga masalah ni sejujurnya buat aku tension sikit. Lagi-lagi kalau nak cepat. Perghh menyirap kalau cuba lipat tudung tu asyik tak menjadi je. Bukanlah nak perfect mana pun, cuma nak bentuk tu, kena betul-betul centre to centre. Asal senget je, rasa nak tumbuk cermin. Punyalah marah. ngehngeh. *dasar tak penyabor.
Pernah satu hari tu aku dengan keluarga nak keluar makan. Aku pun gosok la tudung bawal warna hitam sebab kalau warna macam tu tak payah gosok elok-elok sangat sebab gelap. Tak nampak kedut berbanding tudung warna terang. Lepas gosok, aku lipat dua, jadi tiga segi. Gosok lagi area lipatan tudung bagi tak kembung sangat bahagian tu.
Lepas siap, pakai. Kena guna tiga pin tudung untuk cover area yang sepatutnya. Ada empat gaya tudung bawal yang aku selalu buat. Lilit, selempang atau straight je. Paling ekstrem, ikat jadi riben atas kepala. Style.
Masa nak melipat tudung tu sangat mencabar. Lipat, tak jadi. Lipat, tak jadi. Aku tenung cermin lalu berkata,
'Kau ni kan, aku tampor nak?'
Akibat terlalu geram dan terlalu ambil masa nak bersiap plus ayah dah marah sebab lambat, makanya aku ambil keputusan untuk tak ikut makan luar. Hahaktuihhhh.
Bila datangnya tudung ekspress, aku terus beli tudung syria awning lembut banyak-banyak yang jenis tak payah gosok sangat. Kalau nak keluar mana-mana, rembat je tudung syria dengan anak tudung, pakai, adjust mana patut dan terus keluar dan selalunya akulah orang pertama yang akan siap cepat. Heh heh.
hahaha sama je rupanya. kita pun kala tdung buat hal selalu pukul2 tudung tu!
ReplyDeleteyg penting pakai tudung... :-)
ReplyDeleteHahaha tak sangka semua perempuan mungkin hadapi masalah nie kot Dani, kalau free hair masalah bad hair day, kalau bertudung haiiii tudung tak menjadi
ReplyDeleteBETULLLLLLL.....serius tension kan..alhamdulilah ada keluaran tudung express...hehehe..syukurrrrr...semudah ABC
ReplyDeleteerk, smpai tak ikut mkn. rugiii..hehe.
ReplyDeletetp sy still setia ngan tdung bawal, walopon senget ke kembung ke lantak ko lah
samalah kita.. kay pernah merungut n hempas pintu almari sebab marah tudung tak jadi. haha
ReplyDelete@Innanie | Ariffin ha'ah. kalau bengang sangat memang kena pukul itu tudung.hehehe
ReplyDelete@the malay male semestinya :D
ReplyDelete@fifie masalah biasa dalam kehidupan sehari-hari.hehe
ReplyDelete@merahitujambu yup yup. mudah dan cepat kalau nak kena cepat.hehehehe
ReplyDelete@hara bengang punya fasal.hehe
ReplyDelete@Kay Lya hahaha. nampak benor marah tu
ReplyDeletehaha. tudung tak jadi satu hal. kadang2 kalau wktu sikat rambut lps tu kusut sikit, lagi sakit hati then rentap rambut sndiri sbb geram. sakitnyee -,- ke saya sorg? hahaha
ReplyDeleteserupa semua nya...anak mcik pun mcm tu...at last mcik tinggalkan dia...dia dtg kemudian ..munchong sebab nak lipat tudaung tak jd..
ReplyDeleteooo.. camtu ceritanya.. patutla kaum pompuan lmbat bersiap. maaflah sebab memandang serong kalian selama ini
ReplyDeleteroomate leeza masa benggang pasal tudung, pintu almari disepaknya.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTak menyabor jugak dani ni rupanya,hahaha
Org akui la, tang leceh pakai tudung bawal ni sbb nak kena iron. Pastu,kalau dpt ken yg elok,takpa. Jenis yg baru basuh skali dua, terus jdi makin lembut smpai tak leh bentuk kainnya, tu mmg stress jadiknya.
Tapi, disebabkn lana memg peminat tudg bawal, bertabah je la,hehehe.
adeih gelak bc komen keri tu hah.owh akk smpi skrg msh gagal nk pakai tdg bawal dgn jayanya.pnh juga share entri ttg tdg bawal :)
ReplyDeletetgk ofcemate pakai senang je.kdg2 akk mmg dh get ready tiap kali gsk tdg bwl,mesti tdg syria dh stand by.
sbb tuannya ni selalu gagal bergaya melipat tdg bwl,nak lagi bhgn center tu hah,lembeklah,sengetlah menci menci ^^
tudung bawal lebih ayu sebenarnya.. tp klo tudung express dpt convert spt tudung bawal.. org tu mg berjaya. moh guna lilin, kasi bebentuk2 sket ats tudung tu... hee~
ReplyDeletehahah tu pasal koleksi selndang lg bnyak dr bawal.. tudung indon xboleh pakai sebab nti kutuk diri sendiri.. da upe mcm mak2 pula.. <<< org tak sedar diri da kertu
ReplyDeletehahaha..ikat jadi riben atas kepala tu memang dah tahap ekstrem dah..ala2 mayat gitu..:p
ReplyDeletesaya paling suka tengok org yg pakai tudung tapi xnampak muka..means kat tepi tu dia macam tak lipat..nampak macam pemalu jer..hehehe
@nadhirah. hahahahhaha. sama la. terkeluar rambut berhelai2. pakai anak tudung pun rambut still keluar. macam ada kaki pulak
ReplyDelete@Jangan Tinggalkan Aku Lagi hahaha. dugaan
ReplyDelete@keri ikhwan lega la ko paham. sekurang2nya ko tak la perli kat bini ko nanti.hehe
ReplyDelete@Leeza dayasari [santai leeza] ahahaha. bila tudung tak jadi ni,sakit kaki pun dah tak terasa
ReplyDelete@Tinta Lana saya memang tak berapa penyabar.hehe. sebab tu perlu sangat tudung ekspres
ReplyDelete@||Sis aLeaSaRa|| hahahhaa. saya pun stand by tudung ekspres sebab takut tudung bawal tak jadi
ReplyDelete@BiskOt betul. bakal imam saya pun lebih suka saya bertudung bawal
ReplyDelete@◕ D Y S H A S A H H I R ◕ selendang pun saya tak tahu nak pakai. asal lilit je mesti jadi pelik.haha
ReplyDelete@Encik H orang yang pakai tudung macam tu tandanya dia kurang yakin dengan diri sendiri dan pemalu. dulu saya macam tu, tapi sejak dah masuk 20 tahun, saya pakai tudung yang lebih nampak mata dari tepi.dah yakin tapi tetap pemalu bertempat.hehe
ReplyDeleteHaha sama kekdah ngan aku
ReplyDeleteBetul..kalau tudung bawal dulu..banyak menguji kesabaran..hehee
ReplyDeletehehehe..tiup tudung sampai jadi bentuk..hehe..tapi ape ape pun fiza lebih suka tudung bawal.
ReplyDelete