Little postman

Sila lihat di bawah ini.


Kadang-kadang bila stress dengan kerja, aku mesti buka Odopod / Odosketch ni untuk melukis. Entri sebelum ni ramai tanya apa benda Odosketch ni kan, jadi macam yang korang lihat lukisan di atas tu, itulah Odosketch. 


Tempat melukis secara digital dengan warna yang minimum dan tak boleh pilih saiz 'berus'. Dalam 'canvas' tu korang kena pandai-pandai menggunakan warna sedia ada dan hasilkan satu artwork yang awesome lagi awesome.


Mula-mula aku lukis dekat situ pun memang tak tahu nak buat macam mana sebab warna dia tak banyak sangat plus aku cuma ada tetikus dengan touch pad dekat netbook ni je. Kalau ada tablet lagi best kot. Nak banding guna tetikus dengan touch pad, aku lagi selesa guna touch pad lah untuk lukis dalam tu sebab lebih mudah nak control.


Di Odosketch, korang boleh tengok karya yang featured yang memang hebat gila lukisan diorang sampaikan kadang-kadang aku tak expect pun boleh lukis macam tu. Memang hebat. Kalau nak banding dengan aku, jauh sekali la. Karya paling hebat pernah aku buat setakat ni, lukisan atas tu la. hehe. Ala-ala inggeris gitu.



Lukisan tu pun bukanlah aku main buat je, tapi aku rujuk dekat aku punya Victorian Photograph Album. Disebabkan takda idea nak lukis apa, aku rujuk je lukisan tu dan cuba lukis di Odosketch. Lepas lukis, korang boleh preview balik. Nanti dia akan tunjuk quick drawing . Terus nampak macam cool gila.



Paling bengang bila tak boleh nak save lepas dah siap lukis. Kalau boleh save dekat akaun aku tu, kot kot la featured antara lukisan paling best ke kan. heheh. Nak jugak merasa. Namun begitu, tak dapat featured pun takpalah, tapi dapat jugak aku ambik code. Sila tengok di bawah atau klik di sini in case tak keluar menatang tu. Quick drawing.



Odosketch
My account : dani8dania
-Little Postman-




Sila lah sign up dan melukis! :)


*jawapan untuk entri sebelum ni ialah, 'walaupun ada orang yang ingat kita tak boleh buat, kita buktikan pada mereka yang kita boleh buat'.
 

14 comments:

  1. hebat n cool bila tgok lukisan tu bergerak.. ok nak sign up la

    ReplyDelete
  2. kita rasa awak punya sketch tu dah tahap dewa habis dah!!!

    ReplyDelete
  3. Assalamua'laykum dani.
    Dah lama tak masuk odopod hehe
    kaknor ada la sumbang 2 keping dulu hahaha ..lama da hehe.. jom nak masuk balik la hehehe

    ReplyDelete
  4. @Innanie | Ariffin sampai ke situ.hehe.dengan izin Allah lukisan tu boleh tahan jadi :)

    ReplyDelete
  5. @Nor Abdullah ala kak nor...saya tak jumpa nama kak nor, takpa saya usaha cari.mesti lawa sangat!

    ReplyDelete
  6. ooo... rasa mcm penah masuk je.
    lg susah dr paint ni x bnyk pilihan

    ReplyDelete
  7. cantik gak skecth camni dani..orang seni tetap berseni :)

    ReplyDelete
  8. eh..xpernah tahu...waaaahhhh....best sangat...

    ok..lari..

    thank you dani :)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah