Cara mudah melukis pengantin lelaki menggunakan Microsoft Office Excel

Alhamdulillah dapat jugak kongsi teknik lukis kali ni. Jangan risau, intro tak panjang jadi marilah kita terus ke langkah-langkahnya. Sila buka MS Excel anda.

 

Nak kenalkan dulu apa benda dan kat mana ready made shapes tu. Macam dalam gambar, bentuk-bentuk ni ada dalam bahagian Insert - Shapes. Macam-macam bentuk sedia ada yang korang boleh gunakan dengan kreatif selain buat graf dan lain-lain.





Lukis muka


Sila insert bentuk Oval untuk bahagian muka. Adjust saiz ikut kesukaan.



Warna


Saya lebih suka terus warna sebab suka. Hehe. Ikut suka nak lukis dulu lepas tu baru warna atau sebaliknya.
Klik pada bentuk Oval - Drawing Tools - Shape Fills - More Colours - Standard - Light Orange.




Ia akan jadi macam ni. Line biru tu buat lukisan nampak kurang best, jadi boleh la hilangkan ikut cara di bawah.




Ikut langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di atas.



Mata dan mulut


Saya lebih suka guna bentuk-bentuk mudah untuk lukis terutama nak ajar asas pada orang lain. Bentuk Moon boleh digunakan untuk bagi kesan senyuman atau gembira selain lukis mata bulat.


Insert - Shapes - Moon - Adjust bentuknya - Rotate dan susun di bahagian muka. Warnakan hitam.


Untuk buat mata lagi satu, tak payah ulang langkah kat atas. Cuma perlu klik pada bentuk Moon tadi - tekan CTRL+C serentak, lepaskan dan tekan pula  CTRL + V serentak. Terus boleh dapat mata lagi satu. Jimat masa dan tenaga. 





Untuk mulut, copy paste je bentuk mata tadi dan rotate. Warnakan merah atau apa-apa warna yang sesuai.






Group kan bentuk awal-awal sebab senang nak gerakkan bentuk-bentuk tu  ke tepi, ke bawah, ke atas tanpa perlu gerakan bentuk satu persatu. Nanti leceh nak susun balik.


Klik pada salah satu bentuk - CTRL (jangan lepaskan sambil klik semua bentuk) - right click (lepaskan CTRL) dan group.




Tanjak.



Bahagian muka yang dah siap, letak tepi. Cara senang nak buat tanjak ni, cuma perlu Insert - Shapes - Rounded Rectangle.




Insert - Shapes - Right triangle dan susun atas Rounded Rectangle tadi. Susun elok-elok dan warnakan.




Letak atas kepala pengantin. Senang kan?




Baju pengantin


Untuk buat baju/ ala-ala wedding coat suit bersampin ni, cuma kena insert bentuk Snip Single Corner Rectangle (SSCR). Kemain panjang namanya. Copy paste je bentuk SSCR tadi dan rotate. Susun macam dalam gambar.



Sampin/ Samping


Guna je bentuk Rounded Rectangle atau Rectangle untuk sampin. Kalau bentuk tu bertindih, sila klik pada bentuk sampin tu - right click - send to back.



Seluar


Untuk seluar, boleh guna bentuk Rounded Rectangle atau Rectangle macam steps buat sampin tadi.



Lengan baju


Insert - Shapes - Rectangle.

Nak sengetkan bentuk tu, sila adjust dekat bahagian yang dibulatkan merah. Bila dah dapat angle yang diingini, susun dekat tepi baju, copy paste dan rotate untuk lengan baju sebelah kanan pulak.




Jadilah macam ni.




Ni untuk baju melayu bahagian dalam. Sebenarnya boleh buat awal-awal tadi sebab nak lukis ni macam-macam teknik boleh guna. Ikut kreativiti.



Ini lepas klik pada bentuk baju melayu bahagian dalam tadi - right click - send to back dan warnakan.




Tangan.


Guna bentul Oval je untuk buat tangan. Steps yang sama macam nak buat muka awal-awal tadi.




Kasut boleh guna bentuk Rounded Rectangle atau Rectangle.




Bila dah siap semuanya, klik salah satu bentuk - tekan CTRL+A (all). Right click dan Group.

Lepas dah dah group, tekan CTRL+C (copy) - buka MS Paint dan paste (CTRL+V). Save as PNG untuk kualiti yang lebih cantik.


Cara yang salah.



Sebelum ni ramai jugak salah teknik bila nak grouping bentuk. Benda ni terjadi sebab tak klik pada bentuk (lukisan pengantin). Sebab itu lah seluruh 'sheet1' ter klik dan hasilnya lepas copy paste dalam MS Paint,




Pecah-pecah. Ada jugak yang paste sekali dengan kotak-kotak excel. Jadi, ikutlah langkah-langkah yang dah dikongsikan sebentar tadi. Hehe.



Asas dah dikongsikan, jadi lepas ni boleh la buat pasangannya pulak. Apa yang penting, kena mencuba, meneroka dan bereksperimen. Selamat mencuba!




Malas nak letak watermark. Takpelah, ilmu ni Allah yang punya. Dia pinjamkan kat saya dan saya kongsikan sahaja. Jangan salah guna ya :)

35 comments:

  1. kite dah cubaaa.. hehehe nanti kita paste kan link yer..

    ReplyDelete
  2. http://ekahafizy.blogspot.com/2013/05/pertama-kali.html ni dia. hehehehe

    ReplyDelete
  3. dik, nak tanya, pengantin perempuan punya ada tutorial tak? hehehehe

    ReplyDelete
  4. xtau plak kt excel pn leh wt...kte memg xkreatif bab2 cm ni

    ReplyDelete
  5. dah jadi..boleh buat kad kahwin sendiri kan...

    ReplyDelete
  6. comel kak :) mne ze lady nyerr

    ReplyDelete
  7. saudari, respekkk...!
    dalam byk2 software..excel pon boley lukih hebat2 mmg tabikk springg huhu

    sy dh try lukih pengantin laki ikot tutorial nih..menjadikk bestt gilakk! hehe

    mekasih perkongsian ilmu nih...mintak halal nk follow yg len2 juga yep saudari :)

    blog sy : http://nzaodonut.blogspot.com/http://nzaodonut.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Thanks for the tuto .. Appreciate it so much !

    ReplyDelete
  9. hye sis dani.wah rindu betul tutor excel.ingat lagi masa kat office,buat invoice guna excel.datang malas,then buka new sheet n lukis doodle.

    suka juga guna excel boleh letak background n ada macam2 shadow...

    ReplyDelete
  10. Smart giler, nampak senang jer...

    ReplyDelete
  11. @ifa athirah : tak hebat pun.hehe. sebab cara simple

    ReplyDelete
  12. @cik eka : dah tengok. senang kan? hehe

    ReplyDelete
  13. @mysara ab rahman : mula2 pun saya tak tahu, lepas explore apa patut tu baru saya perasan ada macam2 bentuk kita boleh gunakan untuk lukis

    ReplyDelete
  14. @merahitujambu : betul2. bagi sesiapa yang nak guna hasil tangan sendiri, boleh cuba buat sendiri macam ni.hehe

    ReplyDelete
  15. @rapunzeel cikilolo : sebab dah lama sangat tak kongsi.hehe

    ReplyDelete
  16. @kathy rbain : hehe. sila cuba ya

    ReplyDelete
  17. @izzah azizah : sama-sama :)

    @balqisfz : saya dah kongsi asas, so boleh cuba2 explore macam mana cara nak buat ze lady pulak.hehe

    ReplyDelete
  18. @nzaodonut : ha best kan? sebab bagi saya lebih mudah n sesuai untuk mereka yang baru nak start belajar asas.

    ReplyDelete
  19. @iffah : sama-sama :)

    @aleasara : ha betul tu. lagipun senang

    ReplyDelete
  20. @teena tna : bagi saya senang. nanti boleh cuba :)

    @izzudin fauzi : terima kasih :)

    ReplyDelete
  21. cute
    yumida buat doodle pun pakai excel
    x reti pakai photoshop..tp hasil photoshop lebih kebaboom

    jemput singgah sini sis:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/05/10-blogger-comel-di-malaysia.html

    ReplyDelete
  22. @yumida huda : betul sebab photoshop ni lebih kemas, lebih best. excel ni sesuai kalau saja2 nak lukis cara mudah.hehe

    dah tengok entri tu.thank you!!!!! :D

    ReplyDelete
  23. Salam.

    Lana selesa guna photoshop..tpi tak brapa mahir guna shape. Takat tukar wrna n buat gradient, reti la dani,huhu.

    ReplyDelete
  24. Haha...syok CK tgk tutor ni. nice ;)

    ReplyDelete
  25. Buat kawan2 yang da buat doodle..tengok doodle pertama saya hasil video cikdina

    http://mycikuma.com/my-doodle/

    ReplyDelete
  26. lukis guna.. microsoft excel.. MICROSOFT EXCEL?! first time jumpa orang lukis guna excell, nicee.

    ReplyDelete
  27. dah buat..jadi...thanks for the tutorial...hehe..siap dengan pengantin pompuan..hehe

    ReplyDelete
  28. tak tahu pulak boleh lukis guna Microsoft Excel. Lepas ni nak try lah :)

    ReplyDelete
  29. nice tutorial..sngat mudah..trima ksih tn blog ats perkongsian... >_<

    ReplyDelete
  30. tq..utk tutorial ni..hehe...saya dah buat doodle sndri...wlpn x comel...

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah