Kad raya tradisional


Seronoknya bila dapat kad raya ni daripada blogger terkenal, Eqbal Zack. Tahun lepas pun dapat kad daripada beliau jugak. Terima kasih sangat-sangat. Ceria hari hari ku. Hehe.


Teringat masa sekolah dulu, banyak dapat kad raya daripada kawan-kawan and sedara mara. Macam-macam design.


Paling suka kalau dapat yang ada lagu raya. Punya la jakun buka tutup kad. Lepas tu terus tak dengar langsung. Hambek. Tapi sekarang ramai yang bagi kad raya digital (e-card) takpun sms raya je. Ini semua buat encik posmen jarang singgah dekat rumah. Walaubagaimanapun, apa-apa cara nak hantar ucapan raya tak menjadi satu masalah pun. Terpulang kepada pemberi.


Tahun lepas dapat banyak jugak kad raya daripada bloggers tapi sayangnya aku sendiri tak sempat nak design kad dan balas balik. Nak beli yang ready made pun tak sempat. Tahun ni akhirnya berkesempatan jugak buat kad raya tradisional sendiri untuk bloggers. My first kad raya for this year. Tinggal nak pos je.


Tak lupa kepada pembaca terpilih, korang pun akan dapat. Ingatkan nak buat giveaway kad raya tapi takut tak sempat sebab boleh tahan sibuk buat kerja lain. Kena fokus apa patut dulu. Kalau sempat jumpa Ramadhan dan Syawal tahun depan, aku cuba buat seawal mungkin.


Tahun ni juga sebagai tanda penghargaan, aku akan bagi kad raya (limited) kepada pembaca terpilih yang selalu bagi komen dekat sini. Mereka-mereka ni akan diberitahu melalui email.


53 comments:

  1. Alaaa nk kad rayaa jugak dr kak dani ;')

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyyy :') dulu dapat doodle ramadhann dr kak dani.

      Delete
  2. wah bestnya dapat kad raya..
    dulu2 masa zaman sekolah memang meriah dengan kad raya...
    sekarang nie dah kurang meriah..
    semua pakat2 bagi ucapan kad fb ajer...=,="

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kan.mungkin jimat dan cepat. tapi saya prefer tradisional.hehe

      Delete
  3. maybe saya takdapat kutt . saya boleh tahan jarang mengomen sini . hakhak . apapun , salam perkenalan & salam ramadhan ..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. mungkin ramai silent reader. tak dapek nak kira.hehe

      Delete
  5. wuuuu..rindu zaman kad raye..wuuuuu

    ReplyDelete
  6. wah...bestnye dpt kad raya tue...cantik:)

    ReplyDelete
  7. huwaa bestnya sapa yang bertuah tu ye.yelah kan,makin kurang kerja abang posmen ngeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu la. dulu berlambak jugak dalam kotak surat.haha

      Delete
    2. salam sis dani..alhamdulillah tqvm tau,terkejut baca komen.kak lea dah emel ngeee..tak sabar tunggu he3 ^*

      Delete
  8. Wahh..bestnyer dpt kad raya dr Abg Eqbal Zack..jeless neh..hehe..

    Papepun..Selamat Hari Raya Dani =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat menyambut hari raya aidilfitri :D
      hulur sikit kuih raya ya

      Delete
  9. bestnye.. dah lame x dapt kad raya tradisional ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita kembalikan balik suasana tu.hehe

      Delete
  10. aku pun tak sempat nak buat Kad Raya untuk tahun nie... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko busy ke luar negara. tak ngajak aku pulak tu ha. itu makan dia.kehkeh

      Delete
    2. hahahhaa..hamboi dia... makan dalam kah kah kah

      Delete
  11. Replies
    1. tahun ni tak sempat buat banyak2. insyaAllah tahun depan

      Delete
  12. nak jugak. tpi, lia bru je kenal blog kak dani beberapa hari. haha. dpt ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. maknanya tahun depan la dapat sebab ini kira daripada dulu sampai semalam je.hehe

      Delete
  13. sy nak kah kahwin dari awak..erkkk.. hehehee

    ReplyDelete
  14. heheh.. dapat gak.. paling awal.. seronok gak berbalas kad raya.. kalau kumpul2 mahu gntung kat dinding

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah ha'ah kan. seronok. lepas tu letak lampu raya. meriah

      Delete
  15. jakun jugak dekat kad ade lagu tu. Hihihihihi. Sekarang posmen boleh lenggang kangkung takde dah yg hantar kad raya mcm dulu.. kalau dani nak kasi sye kad raye, kasi yg lagu2 tau :P

    btw, saya dh update pasal doodle, hihihi :
    http://watakutama.blogspot.com/2013/07/doodle-inventionszionalistionzz.html

    ReplyDelete
  16. dahsyat betul networking antara blogger..

    ReplyDelete
  17. selamat menyambut ramadhan =)

    ada lg dpt kad raye??.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan selamat menyambut aidil fitri.hehe. ada..kekalkan tradisi.hehe

      Delete
  18. best2 hehee :) dani nk address tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy ... nanti saya email. thank you

      Delete
  19. buatlh segmen =) nk jugak merasa kad raya dr Nurdani..sy suka hasil artwork tuan blog ni he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempat..huhu. insyaAllah next year saya cuba buat.hehe terima kasih S.K.A

      Delete
  20. Salam.

    Kita tak dapat pun emel dari dani.. (T___T) ---> ok, mengada2,hahahaha

    #Sabar menanti dengan senyuman,keh3

    ReplyDelete
  21. dah bertahun x dapat kad raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun baru je tahun lepas mula dapat banyak kad sejak2 buat blog

      Delete
  22. stylo kad raya bro eq ^^

    dh byk tahun sy x kirim kad raya.. baru ramadhan ni start balik, hikk...

    ReplyDelete
  23. bestnya dapat kad raya. Sekarang ni main post gambar kat fb dan tag kawan ramai2 ja. kalau nak hias rumah skrg, terpaksa guna kad-kad raya dari tahun2 lalu.

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah