Shea, fesyen dan ilustrasi


Paint Tool Sai / sketch / fashion illustration / artwork August 2013


Sesiapa yang dah lama mengikut blog dan instagram ni mesti dah sedia maklum aku ni suka sangat lukis ilustrasi fesyen daripada Shea Rasol yang mana Shea adalah antara ikon fesyen muslimah yang aku suka tengok.


Dekat instagram ada yang pernah tanya aku guna application apa untuk buat benda ni. Siap minta share apps apa lagi. Huhu. Fyi, lukisan tu tak guna apa-apa apps. 


Aku lukis secara digital melalui netbook dan tetikus je. Takda tablet pun. Sedih kan. ngeheheh. Buat masa ni selesa guna tetikus. Sedangkan wartawan yang interview aku dulu tu pun terkejut bila dapat tahu aku buat guna netbook je. Ingatkan guna tablet katanya.


Tempat melukis aku guna Paint Tool Sai (SAI). Lebih mudah daripada Photoshop. Mohon google kalau nak tahu lebih lanjut. Ilustrasi macam kat atas tu aku lukis sepenuhnya guna SAI. Daripada kepala sampailah ke kaki. Untuk lukisan lain aku gunakan Excel.


Memang ada apps yang boleh tukar gambar real jadi kartun, tapi bukan lukisan aku ni lah sebab yang tu memang kena lukis sepenuhnya sendiri. Sebab tu ramai macam salah faham dan tak nampak gambaran. Harap jelas di sini.



Sekian.


39 comments:

  1. ya Allah pakai mouse je jadi gtu!!! hebat gilaaa lah dani ni... hebat!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hebat apanya Innanie. terketar2 guna mouse

      Delete
  2. Salam.

    Dani ekspreskan fesyen melalui lukisan.

    Sekian.

    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. nanti claim hadiah di kaunter 2

      Delete
  3. sama la dani pakai mouse je.. lebih selesa, tp tu la ada gak yg xdpt nak hargai hasil seni ne.. ingat pakai apps yg ketik sana ketik sini terus jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. harap mereka di luar sana faham tentang ni

      Delete
  4. Everone has their own style.Kudos to you for having a unique style, nothing similar to other artist. Kalau Day memang tak mampu nak guna mouse. mau tetikus skali ngan PC campak dari tingkat 5. Sama jugak pasal software. Day dah cuba pakai Paint tool sai, guna vector pen tapi memang tak kena dgn style. Sbb tu lebih selesa free hand guna tablet. Apa-apa pun janji selesa dgn style kita sendiri. Jgn hirau org yang xtau betapa susahnya nak hasilkan satu2 artwork.. Yg penting diri sendiri yang puas hati.. just my two cents.. Keep up the good work

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, janji selesa dengan style sendiri. itu paling penting. kalau nak ikut orang, susah jugak. terima kasih Dea :D

      Delete
  5. dh lama tinggalkan tablet..mouse selesa sejak ada SAI..good job dear.suka detail awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. SAI ni senang. oh ya,hasil kerja MIJ cantik dan kemas. tak tahu pulak dah lama tinggalkan tablet. meh la tablet tu kat I. hehe

      Delete
  6. terbaekkk Dani..:)
    tabik springg..tuk pakai mouse tuh..toingg3!!

    ReplyDelete
  7. kena tabik dengan hang.,.. lukis dengan mouse pon ohsem... aku guna tablet pon terketor ketor..
    dan aku nak kata, photoshop lagiiiiiiiiiii senang dari SAI.. kakakakakkaka... tak dulikk... nak kabo jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi. ok foinnnee.... PS lagi senang dari SAI kan. hahah

      Delete
  8. he3..cantik sgt artwork 2 =) kagum la tgok

    ReplyDelete
    Replies
    1. lukisan biasa tapi terima kasih. hehe

      Delete
  9. always talented! boleh pergi jauh ni dani! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa tu. saya aminkan je. hehe terima kasih :)

      Delete
  10. Assalamualaikum... Dah lama xmasuk blog (setahun je pun...)...

    Terasa teringin plk nk jenguk blog dani neyh... sblum ni dani biasa2 je, skrg dh GEMPAK GILA...!! Akak admire lah dgn kepandaian ke-terror-an kekreatifan dani ni...wish i could be like u...dulu pernah jgk try lukis guna excel,hasilnya, ok lar kan wlupun xsehebat kamu...

    akk xpnah komen,ni 1st time komen cz teruja sgt tgk blog yg dh smkin advance ni...keep it up,n gud luck!!! Btw,katon2 kamu lukis tu sgt comellllll....

    SANGAT SANGAT COMEL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. saya lukis pun biasa2 je kak. terima kasih atas pujian tu kak. alhamdulillah terima kasih sangat :D

      Delete
  11. Ha,nk tahu, setakat ni dah brpa byk katon2 yg dani buat ni?? Klu akk nk beli in the form of .jpeg or .jpg or .png, how much will it be ye? Tanya jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. more than hundred. kalau ready made (tak termasuk customer punya) harganya dalam RM25+ macam tu

      Delete
  12. Ratu Mouse ni, osem illustration!, plg best pakai netbook :D

    ReplyDelete
  13. ada tips untuk paint tool sai untuk noob macam saya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. asas boleh belajar dekat blog cheebesdoodle. ada dalam bloglist saya

      Delete
  14. nak lukis muka bulat pakai mouse pon susah kot..
    dahsyat aa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. bulat tu tak perfect. berkali2 bagi jadi betul2 bulat. kemain payah

      Delete
  15. Nice drawing... Sangat kagum u pakai paint

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. tu je tahu buat. senang sikit je. kalau PS memang tak reti. hehe

      Delete
  16. kalau dani boleh guna pen (yg org slalu guna utk melukis secara digital) rasanya lagi seronok kot dani berkarya..^____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. teringin sebab dah lama tak melukis by hand ni. selalu mouse je. kalau lukis guna pen digital tu saya suka sebab lukisan nampak lagi best, bagi saya. hehe

      Delete
  17. cantiknya dani lukis!
    sy banyak belajar lukis guna paint tool sai dan excel dari blog ni.
    thanks banyak banyak :)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah