Pelamin idaman



Ha simple je pelamin idaman aku ni nanti. Nanti tu bukan bermaksud minggu depan atau bulan depan. Tak tahu lagi bila. eheh. Rekaan pelamin yang aku and my sepet handsome suka ialah sesuatu yang tak serabut, simple tapi cantik.


Cukuplah ada tirai warna putih atau kuning air ke, bunga-bungaan tak hidup, kerusi dan bantal-bantal empuk. Tu semua dah sedia ada dekat rumah cuma kena tambah bunga je. Beli bunga, gubah sendiri.


Ini apa yang ada dalam list je.


Langsir chiffon warna putih atau kuning air (beli kain, jahit sendiri)
Bunga (beli)
Pasu bunga
Kerusi
Bantal-bantal kecil
carpet bulu
Spotlight (dapat hadiah) - kalau diperlukan.


Nasib baik kakak and sedara mara ada yang tangannya berseni. Senang nak minta khidmat percuma. kehkeh. Benda yang terlekat atas langsir tu saja je lukis. Ikutkan perancangan memang nak biar kosong je sebab memang suka yang biasa-biasa. 


Dari segi warna pulak, ha itu aku tak tahu nak taruk warna apa lagi untuk tema. Lukisan tu sekadar gambaran spontan je. Tak tahu la berapa minit lagi nak tambah atau tukar apa-apa ke. kihkih.


Pelamin simple macam ni tak makan banyak duit pun. Boleh cut cost apa patut janji majlis meriah dan berkat. Pelamin ni pun untuk tangkap gambar kenangan dengan keluarga dan kawan-kawan je. Takda renjis-renjis dipilis.. ditepungi lah tawar...aih beras kuning ditabur...disiram si aaaair mawar. 



ah ternyanyi pulak.



Bab ni aku tak suka membazir, lagipun ikut kemampuan jugak. Lepas kahwin banyak benda nak guna duit kan. Tu yang kena beringat-ingat.


Korang punya pelamin idaman macam mana?

53 comments:

  1. ni pun dah comel dani..kalau benda dah ada elok buat sendiri je dani..kadang2 kalau request pelamin kita nak tak semestinya menepati citarasa..better DIY je :) tak sabar nak tgk dani naik pelamin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kepuasan tu penting. lagipun simple je saya nak so boleh buat sendiri. tak banyak benda nak letak sangat. hehe

      Delete
  2. wahhh TAHNIAHH Dani..:p
    bile tarikh nye? hehehe...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hehe terima kasih. tak sangka pulak lawa ye

      Delete
  4. cantik la,sgt simple tapi memang cantik.hehe

    ReplyDelete
  5. simple is better laaa... senang dan tak membazir duit banyak.. hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan kan? minyak kan dah naik 20 sen. eh? :D

      Delete
  6. wahh dani kate simple tp awesome ape..besttnya..bila tu hehee jgn lupa jmput shida :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu lagi tarikh tetap. dok rancang ni. doakan ya :D

      Delete
  7. kadang2 kita nak bersederhana tapi org tua pulak nak tambah itu dan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu betul. harap2 takda yang masuk campur sampai jadikan pelamin tu over. hehe

      Delete
  8. less is more.

    sy pon suke simple. design ni cantek kat mata sy. :)

    ReplyDelete
  9. Mnarik ni.,
    Bleh le shark copy untk majlis shark yg ntah bila..
    Hehe.

    ReplyDelete
  10. simple =) tapi cantik..msti dpat sponsor nnti..dah jimat bajet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. sponsor daripada keluarga ada la kot

      Delete
  11. aiii bunyinya macam tak lama lagiiii jek..hehehe. Perkara yang tidak boleh di elak ialah bila kita nak simple, org tua plak nak fikir nak lain.. biasanya anak perempuan la..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, tapi nasib baik mak ayah saya jenis nak simple macam tu. kakak saya kahwin 2 tahun lepas pun simple :)

      Delete
  12. ini pun dah cantik.. =)bt simple2 lg kurang duit kuar kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul. bagi saya biar simple tapi cantik dan memuaskan hati

      Delete
  13. simple but nicekan..kan..jimat pon ye simple2 ni..tp besar nampak mewah sesuai di dewa....kecik kena sesuai buat di rumah..

    ReplyDelete
  14. dani memang kretip.lukisan je pun dah cantik.pelamin real mesti lagi cantik...less is more!agreed! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. tak tahu la Nissa jadi macam ni ke tak. spontan je. betul tu. less is more :)

      Delete
  15. simple dan comel...(^___^)
    betul tu, majlis simple takpe...
    sebab kos kehidupan lepas berkahwin perlu lebih diambil kira berbanding kenduri kahwi..
    buat kenduri ikut kemampuan...itu sebaiknya..

    p/s: sy dah macam ade bau2 nais minyak dekat sini lah...hehehhee.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas kahwin tu nak kena fikir. huhu. banyak benda kan

      buat nasi hujan panas

      Delete
  16. simple tu lagi bagus & deco sendiri dapat cut bajet & boleh guna lagi daripada sewa dekat wedding planner.
    wah macam dah ade bau nasi miyak je nie x lama lagi (>_<)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal kalau upah. duit upah tu boleh cover benda lain :)

      Delete
  17. Haish, tak lama lagi lah tuu..sy pun suka yg simple jer, yg penting kehidupan selepas nikah.
    Apa2 pun kena libatkan famili jugak, kdg2 kita nak simple, tp famili tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dalam kes saya ni kitorang sepakat. tapi harapnya takdalah kes masuk campur daripada sedara pulak. hehe.

      Delete
  18. saya ? takde pelamin kot..malu lahhhh.. ihihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda pun takpa. tangkap gambar kat mana2 pun boleh :D

      Delete
  19. walaupon simple tapi cantik.
    same la kite. suka pelamin cmni gak :D

    ReplyDelete
  20. salam alaik..
    sy pun suka smple jgk,yg pntg ada dr xde lgsg..hehe.
    Yg pntg menepati tema & wlupun smple tp cantik:)

    ReplyDelete
  21. simple cmni boleh siapkan awal kot... pastu hari2 dok atas tu berangan :D

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum.

    Macam mak..dia pun plan, "kak, kita buat simple2 je kak..bla bla bla"

    Tapi tgk dari gaya dia..hahaha, mesti tersasar punya :D

    Kita pun nak seringkas yg boleh..kalau boleh siap tak nak pelamin. Masuk dewan, nak salam dgn tetamu yg dtg..pastu terus makan.

    Tapi, dpt rasakan benda tu sukar utk dipraktiskan..bukan adat kita..lagipun, org salu ckp..anak sulung selalu buat meriah..kalau kita taknak meriah, org skeliling pulak yg excited..apa pun tak boleh,hahaha

    ReplyDelete
  23. pelamin simple baru menarik... byk sgt benda, kdg2 serabut gak tgk kan. hehehe...

    ReplyDelete
  24. Simple n menarik..sy juga suka!...kebetulan cari idea wat pelamin adik...

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah