Lukisan perkahwinan Aya Zaini




Tempahan lukisan perkahwinan kali ni ialah daripada Aya Zaini. Suka dengan pakaian nikah pasangan sama cantik sama padan ni sebab simple tapi cantik. Orang kata less is more.


Sebenarnya tarikh akhir untuk siap, sebelum akhir Oktober ni. Ni pun cepat-cepat siapkan awal sebab nak melangkah ke tempahan lain.

Tiga jenis gambar yang diberikan kepada den. Full pic, close up dan extra pic sebab takut kalau-kalau gambar yang di-email tu tak clear. Digalakkan sangat email gambar yang clear.





Lukisan kahwin ni aku cuma buat muka kartun iras-iras muka asal je. Dulu aku ada buat muka sejibik macam asal tapi sekarang stop dulu. Boleh tahan ramai request nak muka sejibik, tapi tunggu dulu. Banyak benda nak kena setel akhir tahun ni.


Lagipun lukis muka sejibik ni ambil masa. Kang tak jadi, tak berbaloi dengan bayaran pulak kan. huhu. takut pulak kita.





Kalau nak tempah untuk pertunangan dan perkahwinan anda, amat penting untuk anda klik dekat banner di atas ni untuk syarat dan cara menempah kemudian email saya di nurdaniub@yahoo.com dan beritahu tarikh majlis dan tarikh untuk gunakan lukisan tu (print buat kad/banner dan sebagainya). 


Kemudian saya akan tengok pada jadual, kalau ada slot kosong sesuai dengan tarikh yang anda nak, saya akan terima tempahan tersebut dan sebaliknya. 


Apa-apa kita boleh bincang melalui email. Bila dah confirm dapat tempat dalam slot, saya akan whatsapp anda untuk memudahkan proses bincang. Kalau takda whatsapp, just guna email sahaja.  


Draft lukisan saya akan whatsapp dan final draft lukisan saya akan email sebab saiz lukisan besar. Lukisan akan diberi dalam bentuk PSD dan PNG (high quality).


Berkenaan gambar asal pulak, tak dikongsikan sebab menghormati kehendak pelanggan macam permintaan daripada Puan Aya. Kalau anda izinkan saya kongsikan di blog atau tak, let me know sebab saya takkan suka-suka hati kongsi tanpa bertanya dulu kepada customer. Sebelum ni pun ada yang tak benarkan share di blog atas sebab privacy.



Hadkan tempahan, utamakan kualiti daripada kuantiti keuntungan dan hormati privacy pelanggan- nurdani 2013.



18 comments:

  1. nanti tolong buatkan utk sis lg sekali ye. yg dulu tinggal kenangan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak Nani. teringin jugak nak upgrade lukisan. hehe

      Delete
  2. sangat cantik tau! lepas ni pergi mana mana nampak hasil karya dani je la kan..heee..good job my dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fiza. harap2 macam tu. amin.. hehe

      Delete
  3. Smart la =) ok..nnti nk ambil juga tempahan...hrap2 blogger ni ada la diskaun kan..he3

    ReplyDelete
  4. betul laa..kadang nk ambil tempahan byk pon fikir byk kali..kang x terbuat..lepas tu nk layan customer asyik nkubah design lagi..skang ni lagi la.. dh kawin nk masak nk basub baju..nk hadap design..mereka2 ni bukan paham pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha betul. ada sesetengah tu macam paksa bila siap sedangkan kita dah explain

      Delete
  5. ini yang dipanggil kompleksiti...ahaha
    bukan konflake... :D

    ReplyDelete
  6. sweetnyer..suke sangat.....nak gaklah tapi bukan utk wedding..
    nanti cik lala nak carik gambar bertiga ngan suami & anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dah berkeluarga..seronoknya! hehe. ok boleh2

      Delete
  7. Assalamualaikum.

    Apa kabo dani.. taknak ckp psl lukisan dani..haha, cuma nak kongsi rasa..pasal syrt dan cara menempah..

    Tgh sedih jugak ni, mcm lana, dah bagitau awal2, syrt lana yg plg utama, no time frame. Dah explain, dan kemain kata faham dan agree. So skrg ni, tgh hectic, terpaksa la tangguhkan sebentar..tpi ada yg 'meroyan'. Oh dani..kenapa tetiba meluahkan rasa kat sini,hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu masalah utama. hahah. mula2 kata faham fasal masa untuk siap, tapi hari2 tanya bila siap so kita akan jadi stress. rasa macam nak pulangkan balik duit. hehe

      Delete
  8. cantik..best la pandai melukis.. seni yg tinggi nilainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakat yang dipinjamNya. alhamdulillah

      Delete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah