Kurus tak semestinya sihat

I have a small body frame. Kecik dan rendah. Jenis cepat dan turun naik badan. Beberapa tahun dulu, berat badan aku 43 kilogram dan tinggi 144m je. Masa buat medical check up memang rasa nak marah je dekat nurse yang ukur tinggi aku sebab takkan 144 je weh? Ni mesti alat timbang rosak. Akhirnya terima hakikat jugak bahawasanya aku rendah. kekeke. 


Sejak masuk usia 23 dan 24 tahun, aku mula makan tak kira masa sebab ramai cakap aku ni terlalu kurus. Target masa tu ialah membesarkan badan sikit. Setiap masa aku baham itu ini. Nak capai target sangat kan. Setahun lepas tu, ramai sedara mara dan kawan-kawan mula tegur badan aku yang mula mengembang. Ppffft.... orang pompuan kalau bab ni memang sensitif. Sangat sensitif.


Terus aku timbang berat badan. 47.6 kilogram! Bukan timbang jenis biasa kita beli kat mana-mana tu, ni guna penimbang khas.


Kalau ikutkan kesihatan, berat tu masih ok tapi sebenarnya hampir kepada obese. Minimum berat badan aku ialah 43 kilogram dan maksimum dalam 50 kilogram. Lebih daripada tu dikira obese.


Peratus fat (lemak) dalam badan pulak, 33.6. Cuba korang bayangkan, berat badan 47 kilogram dan lemak 33 dalam badan. Lemak adalah majoriti.


Ini akibat yang aku dapat sebab sepanjang dua tahun ni aku terlalu kerap makan fast food. Asal keluar je, singgah fast food. Malam pulak bedal macam-macam. Tengah malam pun tibai lagi itu ini.


Paling tak boleh belah, bila aku sedih je mesti nak makan banyak banyak.Terapi diri konon. hehehe.  


Mineral dalam badan tak cukup tapi muscle takda masalah, alhamdulillah. Sekarang ni dalam tempoh sebulan aku kena capai berat badan 43 kilogram, minum air mineral 2 liter sehari, banyakkan bergerak dan bersenam untuk hapuskan lemak badan. Dua bulan pulak untuk maintain.


Selama ni ingatkan aku sihat sebab badan nampak kecik, rupa-rupanya lemak lebih, air tak cukup dan badan bekerja macam umur 33 tahun. Ini kita azam 2014 untuk kurus dan sihat. Harap-harap berjaya.




Kurus tak semestinya sihat.


29 comments:

  1. jaga diri baik2..smoga sihat selalu..sy ni besar dan berat..payah betul nak turun..uhuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaga diri jugak Maya. hehe. saya ni dah lebor tang lengan. stress

      Delete
  2. selamat mengamalkan diet yg sihat dani..nak jugak ni mencapai berat badan yang ideal next year :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap-harap. saya tak utamakan badan kurus melentik fiza, cukuplah sihat tubuh badan tanpa lemak melampau. kolestrol saya tinggi ni. bahaya

      Delete
  3. saya pun sedang berusaha untuk menyeimbangkan BMI. dahlah rendah, kurus pulak tuh. apapun, sy doakan azam akak tercapai. doakan saya jugak ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya doakan Tiria jugak. sma2 jaga kesihatan :D

      Delete
  4. betul kurus tak semetinya sihat...sy pun sdg mencuba utk musnahkan lemak2 jahat dlm badan ni...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mari kita hapuskan. azam 2014. hehehe

      Delete
  5. kena minum banyak air masak la macam tu, kena remove lemak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tapi 2 liter tu air tu macam payah je nak minum dalam sehari. hehe. tapi kena buat jugak

      Delete
  6. azam saya 2014 pon nak kurus. sebab tinggi dan berat tak stabil. sobs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah kita sama2 menuju kejayaan dalam mendapatkan berat ideal :D

      Delete
  7. Saya pulak makan banyak pun badan tak naik2 jugak. Apa2 pun bersyukur dengan nikmat Allah. Dapat makan banyak2. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. seronoknya. kurus2 pun kena pastikan takda masalah lain. saya ni kurus, tapi ada kolestrol

      Delete
  8. betoi la, kurus juga boleh kena high cholesterol... banyakkan makan serat (sayur dan buah2an) ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah. terkejut saya bila dapat tahu. sekarang ni bab pemakanan saya dah berjaga2. takut di usia tua nanti kesannya akan teruk

      Delete
  9. haha, tetiba je sedih pk brat bdn sendri, sejak beranak.. over 20 kg naik, paling haru ampang2 payah nak turun.. ju dolu2 semua saiz baby2, sekarang pakai XL.. aishhh dagu pun bukan dua da tapi tiga.... fuhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...saya ni tak tahu la kalau lepas kahwin macam ni. double chin dah start mengempis ni

      Delete
  10. betul kurus x semestinya sihat.tp alhamdulilah sihat..lepas kahwin ni lemak kiri kanan naik..padahal berat tak lah seberapa pon..tinggi pon tak seberapa pon..baru ni timbang alahai berat baru 50 igtkan dh 60..=_= padahal hari2 duk merunggut kt somi bdn dh berlemak..ahahaha..pelik betul..tinggi awak comel sgt dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sedar ada masalah kembang bila lengan berisi lain macam. saat dan ketika inilah saya kena buang lemak2 ni. hhhehehe

      Delete
  11. Setuju. Kurus tak semestinya sihat.
    Sbb tu amalan anak2 gadis zaman sekarang yg gilakan badan kurus tak berapa nak elok.
    Adalah lebih kita sentiasa kawal pemakanan, kalau terlebih cuba kurangkan mana patut, kalau terkurang pula tambahkan yg diperlu.

    ReplyDelete
  12. lepas naik gunung Angsi nanti tercapailah azam ko tu

    ReplyDelete
  13. aku pun jenis yg kurus. tp bila check kolestrol, dah hampir nak masuk ke tahap berjaga2 dah.

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah