Tempahan daripada datin

Sebelum ni aku dok baca blog datin and follow instagramnya. Kenal kan datin mana yang aku maksudkan? Ala....si datin tu! Najahtul Iylia. Apa yang menarik minat aku tentang datin ni ialah dari segi keyakinannya dan sentiasa 'makan' gambar. Maksudnya gambar mesti cantik. Aku suuuuka sangat.


Dalam dok minat-minat, dok tengok-tengok datin, tak sangka pulak datin berminat nak dapatkan ilustrasi fesyen sendiri daripada aku. Datin ni memang pandai bab bergaya ni, sama la macam kembarnya iaitu kawan baiknya sendiri, Fatin Liyana.


Berbekalkan gambar yang di-emel,



ini le hasilnya..
sayalah si datin tu. Najah.

Paling suka tang shawl dan handbag Chanel. Itu favourite aku untuk lukisan kali ni. Bahagian muka tu aku tak ikut gambar asal yang datin bagi sebab tak berapa clear, so aku google gambar close up datin lepas tu baru lukis balik (tanpa tekap).


Bentuk bibir, mata dan lain-lain tu kena lebih kurang sama. Dalam teknik ni, aku guna teknik tenung gambar asal dalam 5 saat, fahamkan bentuk dan apply pada lukisan.



Lukisan ni iras-iras customer so taklah sebijik. Janji mengekalkan kekartunannya (eh, pun ado?kahkah) dan ada identiti customer dalam lukisan yang dibeli. Alhamdulillah datin suka dan berpuas hati. Tak susah pun nak bincang dengan datin. Lagipun kepuasan dan keunikan adalah keutamaan. Customer happy, aku senang hati.





~Easy Paint Tool Sai | Datin Najah | Fashion Illustration | December 2014~


21 comments:

  1. tercantik..tang shawl tu fiza suka gak dani..ohsem! perlukan masa yang lama nak bagi details tu kan..good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fiza... ha ah, sebab coraknya banyak :D

      Delete
  2. lukisan kali ni nampak elegan lah..haha tetibe..

    ReplyDelete
  3. suka gila detail awak tau..tak th nk ckp haihhhhh..heeee

    ReplyDelete
  4. orangnya pun sweet gitu, hehe... naaaise artwork, as usual :D

    ReplyDelete
  5. hang kalau bab bab detail memang power... tak macam aku. Kena lukis baju tiga tona pon dah membebel.. kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam ko buat lukisan aku tu, ko bebel tak? hehe

      Delete
  6. Assalamualaikum.

    Banyak url datin,hehe :D

    Cantik lukisan ni..dri segi wrna n details kat shawl.. sebab slalu kan dani buat wrna pastel. Kali ni wrna terang, nampak lawonya. Mcm ada skali lukisan sblm ni, kuning terang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. ramai bagi gambar warna pastel. kali ni macam ada kelainan sikit. terima kasih Lana :D

      Delete
  7. pergh, bhgn corak tudung tu lukis semula ke?

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah