Ubahsuai bilik tidur

Tahun 2014 ni aku plan nak make over bilik. Cat pun dah start lusuh sebab kes salah pilih warna dan teknik cat yang teruk. kekeke. Dalam perancangan nak ubah apa patut ni, aku cadang nak tukar warna cat dinding, tambah furniture dan jadikan bilik nampak lebih teratur. 


Sekarang ni bukanlah semak atau sepah, tapi nampak macam tak organise contohnya handbags. Serius aku tak sedar dalam sekelip mata ada beg yang begitu banyak. Macam-macam warna. Patutlah mak kata aku ni hantu beg. 



Sketch.


Sketch Up Expired. heh.

Disebabkan takda penyangkut beg, aku sangkut je kat tombol almari, paku takpun mana-mana tempat yang boleh disangkut. Tak ke semak mata macam gitu? Oleh kerana itulah den perlukan handbags stand. 


Ada la survey kat Ikea, jumpa beberapa design yang praktikal. Penyangkut beg ni mungkin masuk dalam list di lain masa sebab sekarang fokus pada study desk dan hiasan lain dulu. Biar buat sikit sikit, takda la nampak duit tu mengalir laju sangat. heeee..


Sebelum nak ubahsuai ni, aku akan buat dalam Sketch Up dulu. Senang nak susun dan pilih warna. Kedudukan katil, almari baju, window, cermin dinding, almari kecik, frame adalah sama macam asal cuma saiz bilik je tak ikut skala sebab yang ni aku ikut suka.


Sumber : Ikea


Kalau dapat benda ni sebagai hadiah pun ok :p


Bilik aku sekarang ni takda study desk, lamp desk, kerusi, bookshelf, plant pot (table decoration) dan curtain yang macam tu. Ha benda-benda penting ni aku nak taruk dalam bilik. Aku memang suka gila dengan pokok bunga dan pokok menghijau ni. Nampak segar bilik dan semangat nak buat kerja.

Fyi, selama aku buat kerja mengadap laptop ni aku cuma duduk bersila je kat lantai guna meja lipat ABC tu. Ha tak ke merana tulang gua? Kadang-kadang masa nak bangun, prap prap bunyi tulang.






Kat tepi almari kecik tu ada cermin dinding dan aku letak semua barang make up kat almari, sangkut handbags kat tombol. Sebelahnya ada tempat sidai sejadah dan tuala. Belakang pintu pulak tempat sangkut tudung pelbagai gaya. eheh.



Untuk meja belajar ni aku nak cari yang kecik je. Sesuai dengan ruang yang ada. Janji warnanya putih dan design pulak simple. Rak buku tu tak tahu lagi samada nak letak atau tak. Tengok bajet.




Selepas diwarnakan.

Aku pilih warna hijau dan lily white sebagai tema sebab semalam aku ada beli carpet bulu warna hijau hitam dan frame corak vintage pink peach roses. Tapi tapi dan tapi....pemilihan warna dinding ni akan berubah dari masa ke masa. Tak pasti warna apa yang sesuai.




Aku tak suka letak kotak atau apa-apa barang under the bed. Semak. Kemas itu penting. Aku ni ada OCD (obsessive compulsive disorder) jugak. Contohnya barang yang tak facing a certain way, mesti aku nak adjust kedudukan objek tertentu sampailah aku rasa ok.


Selain tu aku check kereta repeatedly to make sure kereta tu locked, ulang perkataan dan  ikut strict routine dalam sehari-hari. Stress jugak bila jadi macam ni.


Tu pasal la sepupu kecik-kecik atau anak buah tak dibenarkan duduk kat katil melainkan kalau nak tidur la. Ada yang duduk atas katil, bila turun je dia seret bontot terus cadar tu tertarik ke bawah. 


'Kemas sekarang ya comel bertuah bijak pandai...'





Bila dah beli meja ni nanti, aku nak hias semua hadiah daripada kawan-kawan blogger sebagai tanda ingatan. Buat masa ni letak kat box je sebab takda tempat nak dihias. Benda-benda comel ni kalau tak buat hiasan memang tak cukup comel la meja aku nanti.





Kalau ada antara anda yang boleh suggest warna yang lebih sesuai atau apa-apa je sila tinggalkan komen anda. Boleh la bantu den ni nak buat keputusan.



Render.

Ni selepas proses render. Baru install. Nampak lagi best la bilik den ha.


Cahaya melalui atas tu sebab den tak buat ceiling, tu pasal la sinaran tak betul. kehkeh. Nak view dari atas punya pasal. Lepas render ni nampak la real sikit bilik kan.




Ni lepas buat ceiling.



Dan ini lepas letak efek lampu (rendering process).


Bawah ni pulak adalah contoh-contoh design ikut citarasa aku.



Untuk design ni aku remove bookshelf. Furniture lain memang sama macam asal iaitu katil, cermin dinding, kedudukan tingkap, almari baju dan lain-lain. Cadar aku pilih warna purple sebab belum pernah lagi guna warna ni. Selalunya krim, peach, biru dan hijau.


Cat pulak aku pilih warna krim untuk tiga dinding dan kayu sebagai featured wall. Entah le, rasa macam suasana kat homestay pun ada.



 Ini pulak aku tukar jenis lampu daripada lampu meja ke lampu lantai dan juga warna cat dinding. Suasana di malam hari sebab tu bilik nampak samar-samar. Romantik. kekeke.





Besar gedabak cermin aku letak. Tambahan yang ini sebab nak bagi ruang bilik nampak  lebih luas. Penggunaan warna pun lembut-lembut je. Biru dan purple lembut. Nampak macam sesuai untuk bilik anak teruna.





Ini aku tukar jenis cadar dan tambahan lampu meja. Masih mengekalkan warna dinding  dan rekaan yang sama. Gambar tadi guna lampu kalimantang, yang ni guna lampu belajar sebab aku selalu buat kerja waktu malam memang suka suasana macam ni. Idea macam banyak je singgah.



Bilik aku kecik so rasanya tak sesuai warna gelap-gelap ni, nanti nampak ruang sempit. Letak cermin besar kaw kaw dengan harapan bilik nampak luas. hehe. Ada la aku belek website interior designer untuk dapatkan tips. Banyak yang membantu tapi entah kenapa masih was was dengan pilihan warna ni.


Projek make over bilik ni bukan semua benda nak kena beli sebab boleh jugak gunakan perabot atau benda lama lepas tu kita DIY jadi benda baru. Banyak cara nak jimat dan elak membazir. Nanti dah ready untuk make over bilik, aku akan kongsikan di entri lain.


37 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih..harap dapatlah bilik macam tu :D

      Delete
  2. Replies
    1. harap2 Syira. teringin nak dpatkan bilik macam idea dari Ikea. hehe

      Delete
  3. utk hiasan dinding aku cadangkan ko letak gambar aku besar2.
    untuk lebih natural dan mesra alam, hiaskan siling tu dengan hiasan sarang labah2.
    meja yg berselerak org kata lebih kreatif.

    Bilik aku penuh dgn buku. sama ada ilmiah atau komik. Dah beli rak pun tak muat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau letak gambar ko sebagai wallpaper alamatnya mimpi ngeri la aku setiap malam.
      idea ko tak membantu. hahah.

      bagus rajin membaca. ko susun balik buku2 tu. aku penah google cara nak bagi tersusun semua buku yang ada in a creative way

      Delete
  4. waduss...sungguh comey sketch up begini...kita lukis tgn je..idok lawo...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lagi tak tahu lukis macam ni guna tangan. tu yang guna sketch up. try tau, sebab senang guna benda ni

      Delete
  5. comelnya bilik pun ruang comel macam ni memang senang lah nak hias. tengah ada rasa nak make over bilik jugak ni. memang kena beli sikit2 takpun DIY aje >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tapi kadang2 stress jugak sebab kena minimakan furniture sebab bilik tak besar. nanti Syakey nak make over bilik tidur, share dengan saya ya. nak jugak tengok idea and citarasa Syakey. kot2 boleh ikut. hehe

      Delete
  6. klu guna wallpaper confirm x lusuh :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tapi melibatkan bajet. teringin jugak nak letak nanti, tu pun kalau dah kahwin. hehe.

      Delete
  7. tudiaaa... siap plan smpai buat sketch plan tu... mantappp~ :D

    ReplyDelete
  8. Ayu pon nak start make over blik tp masa lah plak xde huhu insyaallah nati blh berkongsi idea..neway sketch tu lawa kmas n teratur jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh share kot2 boleh cedok2 sikit idea kreative ayu :D

      Delete
  9. makeover bilik dil sekali boleh?ahaaha

    ReplyDelete
  10. wahh cantik imaginasi dani ni.fiza pun OCD gak.hahha..pantang nampak mana yang sakit mata tu..hehe..fiza nak suggest warna.Kalau warna white tu masuk je dengan warna apa..tapi putih ni sng je nampak kalau ade kekkotoran.fiza suggest grey pun okay
    Grey/soft pink
    Grey/purple
    Grey/Blue

    Green/yellow kalau nak lebih ceria kot..
    tapi pada fiza ikut favourite colour dani dan combine dgn warna lain ..kalau match..proceed :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah warna Grey...cantik tu fiza. boleh match mana2 warna yang sesuai. teringin jugak nak cat grey untuk featured wall. cam cantik cam moden je. terima kasih share idea!

      Delete
  11. pehhh akhirnya harini ada semangat nak blogging balik. blog pertama terjah tentulah blog cik dani! pehhh masuk je blog nampak sketch bilik yang cantik ni, cantik dah tuuu kaler dia. yang penting bilik kemas. selamat meng make over!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia.....hahah. selamat ber-blogging ya :)
      yup, kemas tu wajib

      Delete
  12. Dani, last week pun kita ubah suai work space and tempat tidur kita... tapi malu nak tunjuk! hehehe

    Beli meja and all cute stuff kat IKEA. Alhamdulillah rezeki blog... dapat work space yang cukup selesa untuk kita! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala share la dengan pembaca...teringin nak tengok idea dari Innanie. entah2 boleh dijadikan inspirasi ke kan.
      weee bestnya merasa duit blog..reward untuk diri sendiri kan :D

      Delete
  13. Wahhh! Impressive nyee!

    ReplyDelete
  14. bc akak punya post ni, sebenarnya bru pas mngemas bilik. tuka2 posisi perabot mana yg patot. hee. meja dlm bilik aqis, disebabkan menyemak je dan kaler mmg kontra ngan perabot bilik, so aqis cat ngan kaler putih+ungu lembut. so match dan jimat ah gak. hee. selamat ya kak dalam mengubah suai tu!^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantiknya warna perabot.. cat je senang kan, daripada nak beli yang baru. DIY ni lebih jimat dan buat kita jadi kreatif

      Delete
    2. bila buat benda yang kita suka, kita ttp cuba nk buat yg terbaik utk kepuasan sndiri. bialah tk mahal mana pun asal puas ati den. hihi:)

      Delete
  15. sy lukis pakai sketch up, xjd gini pun,, hehehe :P

    ReplyDelete
  16. Salam..Dik, akak baru terbuka blog adik..your design & idea is so good..not bad untuk org yg takde basic ID..Thanks gak sbb sudi letak link blog akak kat blog adik.. Do contact me through email..mana tau akak boleh bg tips utk bljr software lain..

    airaniez62@gmail.com

    again,all the best n take care!

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah