Stesen kerja baru

Sebelum ni aku ada rancang nak beli study desk untuk make over workstation yang baru. Yela..asyik guna meja lipat ABC je. Duduk pun atas lantai. Tulang belakang pun lain macam je tengok ha.


Jenuh cari meja yang berkenan dihati ke sana sini sebab nak dapatkan design yang simple dan aku nak warna putih. No matter what. Mulanya nak beli je dekat Ikea tapi lepas survey dekat Shah Alam, aku jumpa console table T-smart warna putih. 


Console table pun boleh jadikan workstation lagipun lebih simple dan tak nampak semak macam sesetengah meja komputer yang ada tempat letak pc and cd tu. Ruang bilik pun tak besar jadi aku cari lebar meja yang sesuai untuk ruang yang aku dah sediakan.


Aku ni jenis kalau dah berkenan tu, terus je beli. Malas dah nak survey merata lagi. Harga pun reasonable price. RM160. Lepas diskaun. Sila lah ke De Lite Home Furniture, Shah Alam. Dekat pintu belakang Uitm. Promote dengan harapan dapat sponsor dari diorang satu dua perabot ke. mehmehmeh...



Dah deko apa patut ditambah pulak artwork comel daripada rakan blogger macam Athirah, Azhafizah, Cikot dan ramai lagi so meja nampak kawaii. hehe. 


Kalendar doodle pun boleh letak atas meja dah. hahahaha bapak teruja la ada meja baru.Sekarang lebih semangat nak melukis sebab dah selesa.... duduk atas kerusi. Dapat jugak gaya macam drama korea yang aku dok tengok tu, Birth Secret. hehe. Sape layan, tahu la macam mana. Oh gambar aku share nanti la. Nak beli kerusi kaler putih dulu dan cat bilik tapi kat insta ada la tunjuk sikit. hehe.


ok tu je...terima kasih baca.




30 comments:

  1. baru bersemangat buat keje yeee :-)

    ReplyDelete
  2. Ohoo Birth Secret? Best ka best ka? ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. best! jalan cerita dari awal pun memang 'menangkap'

      Delete
  3. Lama tak drop by blog dani..nice color.. nampak sejuk je tgk warna hijau ni.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sebelum puasa baru cat kot. so kena tunggu. hehe

      Delete
  5. cantiknya meja putih.. i loikeee..
    nice..
    nampak suci je.. mood buat keje pun tenang je kan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. nampak suci ya.. saya suka perabot warna putih sebab nampak luas, bersih dan ke-korea-an sikit. hehe

      Delete
  6. salam kenal

    yang penting ia comel,jimat ruang n kos
    cantik blog ni :)

    ReplyDelete
  7. perabut warna putih nampak macam english style kan..cantik..harap² dapat kerusi putih jugak..cantik dah tu. dah siap deco workstation baru best buat kerja kan..btw, rerumput tu dani beli kat mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup macam english style cuma kurang bunga kat bilik ni. teringin jugak nak buat hiasan. oh rumput tu beli kat Daiso je fiza. saya kalau pergi sana memang terjah bahagian gardening

      Delete
    2. okay thanks dani..nanti nak tgk² jugak

      Delete
  8. waa!! bestnyaa!! cepatlah share ye, nak tengok.. inspirasi nak deco bilik jugekk! :D

    ReplyDelete
  9. dah berapa kali ko cat bilik ni? rajin betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru 3 kali. hehe. ala dah nak puasa...nak jugak feel baru

      Delete
  10. Salam.

    Dani..ni bukan tahap bapak je teruja..atuk,nenek, moyang skalipun teruja,hahaha

    ReplyDelete
  11. aku plak, sibuk nak pindah ke meja lipat abc... terasa macam cool plak... kah kah kah.. dah penat melukis atas meja... koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko amik la meja lipat aku tu. tak berconteng. condition 10/10. hehe

      Delete
  12. Baru berkesempatan menjengah.. blog dah lain.. cantik ah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogger Azhafizah yang 'deko' blog. terima kasih! :D

      Delete
  13. Aku ritu salah beli meja kat ikea untuk project boss aku, Aku takut boss aku marah jadi aku beli lain dan meja salah beli tu aku anggap aku shopping utk diri sendiri, meja makan utk 4 org tapi dh jadi meja komputer kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAAHHHAHA ko ni kan zan...
      cer tempek kat instagram ke meja makan a.k.a meja study ko tu. dah boleh buat meeting ha. styleeee

      Delete
  14. samala.. dah berkenan terus je deal.. Kalau mahal merayu mintak diskaun..hehehehe

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah