Sekarang ni ramai dah orang yang gayakan tudung bawal macam-macam cara. Paling kreatif yang jadikan bawal ala-ala Fareeda tapi ada jugak la aku try, asyik gagal je. kekeke. Malas nak pin lapis gamaknya tapi memang cantik la gaya tu. Lagipun aku lagi suka gaya macam apa yang aku nak share ni.
Tak tahulah ada orang dah kongsikan ke tak sebab serius aku tak tahu. Ni pun kawan aku, Sha yang ajarkan cara transform bawal jadi selendang. Sangatlah simple sebab tu aku suka. Paling penting cover apa patut la. Aku share dalam bentuk lukisan je pasal malu le nak letak muka sendiri. mihmihmih.
Aku suka bawal bidang 50 sebab lebih besar. Bidang 45 pun ok cuma lebih besar tudungnya, lebih baik. Kadang-kadang aku beli je bawal macam ni dekat pasar. RM5 je pun tapi kualiti ok. Garis-garis kat bawal tu konon-konon kesan lipatan la. heheh.
Ok, korang yang wanita ni sila lipat dua tudung bawal korang ya. Kang tak mention jantina apa, ada pulak lelaki komen dia tak pakai tudung. cc Keri. kehkeh.
Lepas tu pastikan antara kiri atau kanan lebih pendek dari yang lagi satu ya. Macam dalam lukisan tu. Aku suka bahagian pendek tu separas dengan atas chest atau bawah leher sebab belah lagi satu tu nak dipin ke atas kepala.
Bahagian pendek tu aku biarkan je macam tu sebab nak tarik yang tudung panjang ke atas. Kira tak nak pin banyak sangat la.
Macam ni. So bahagian belakang tu masih dapat cover apa patut. Itu sebab la lebih besar tudung, lebih baik. Pastikan baju tak jarang.
Dan jadilah macam ni. Adjust apa patut untuk cover apa patut. Tudung yang bahagian pendek tadi tu silalah pinkan bersama bahagian yang ditarik ke atas kepala untuk cover leher dan belakang. Lupa pulak nak lukis pin kat bahu kiri kartun.
Adjust kelabuhan tudung dan siap! Bawal jadi selendang. Inilah gaya yang aku suka sangat sekarang sebab berlambak kot tudung bawal zaman belajar dulu. Tak dipakai sekian lama sebab kerap rembat syria je. Bila pakai bawal ni automatik nampak muda belia. Er...bagi aku la. Hehe. Janji menutup.
Terima kasih Sha Emirates sebab ajar aku hari tu. Tak tahulah benda ni dah lama orang gayakan, tapi tetap aku rasa nak berterima kasih. Takdalah tudung bawal dalam almari tu terbiar macam tu je.
Terima kasih baca! :)
macam² style ada..anak buah fiza ade ajar cara ni..kene guna bawal bidang besar baru menutup apa yang patut :)
ReplyDeleteHa ah. Takda la asyik nak tarik2 tudung je
Deletecomelnyeeee...suka !
ReplyDeleteTerima kasih! Heee
Deletedah bertahun2 x pakai tudung bawal..asyik rembat syria jer..Pasni nak try bawal ala2 fareeda tu.Mcm cantik jer tgk org lain pakai..upsss..bukan mcm...tp memang cantik klu kena gaya..:)
ReplyDeleteSangat cantik yang style Fareeda tu. Tudung2 bawal tu akhirnya taklah terbiar je. Hihi
DeleteWow.. x pernah tahu lg cara ni. nk cuba laa.. thnks~~~
ReplyDeleteSama2. Maaf eh GM n semua pengkomen sebab internet baru nk laju ni. Nanti saya terjah blog u ollssss hihi
Deletehahahaha...weii aku dah berhijrah skang ni... dah pakai tudung wooo...
ReplyDeleteko jangan nak buruk sangka sangat
Ko jangan macem macemm
Deletelebih tepat dan spesifik.. aku berhijrah lepas baca entri ni haha
ReplyDeletehahahaha
Delete*hentak siku kat dinding
hehee yisss~ sumtyme i wear my tudung2 bawal yg besar tu like dis also~ ;3
ReplyDelete(baca ayat ni dgn suara n gaya mcm seekor kucing gedik sedang bercakap)... hahaa X3
hahahaha amboi.........nak je tendang
DeleteHahaha tak pasal keri kena. Ha'ah..sekarang ni memang pakai bawal je. Shawl kekadang je. Bawal tu kadang buat gak macam dani buat. kadang tu pakai je macam biasa hahaha
ReplyDeleteyup. ikut kerajinan jugak. tapi buat masa ni memang gayakan cara tu sb muka nampak matured sikit :D
Deletehmm bawal..
ReplyDeletesedap jugak ikan bawal masak laksa
Bawal 3 rasa pon sedap ~
Deleteselalunya goreng garing2 je
Deletepastikan labuh menutupi bahagian dada
ReplyDeleteya betul
DeleteTutorial cara baru.
ReplyDeleteterima kasih tutorial..skang ni bawal dh kembali balik.kalau dulu pakai masa zaman sekolah mahu pon kolej..
ReplyDeleteha ah... banyak sangat bawal2 dalam almari. sayang kalau dibiar macam tu.
Deletecantik lukisan...
ReplyDeleteDari dulu lagi aku tak boleh beza tudung, syria, bawal hatta ikan kembung sekalipun.. ~
ReplyDeletedulu shida minah bawal dani tp lepas2 dah de syria dah suka plak pkai syria..nk pkai bawal balik dah xreti huhuu..
ReplyDeleteTT_TT
ReplyDeletesenang cemtu je ke?
hhihihihi thanks share ni kak :D <3
Cik Kumbang pun pakai style macam ni skrng...rasa selesa & kemas :)
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeletePernah cuba pakai selendang, shawl, syria, yg seangkatan dgn semua tu..tpi tak menjadi la dani..
Sudahnya, smpai skrg tetap dgn tdg bawal. :)
TQ sudi share teknik bawal membawal ni hehe.
ReplyDeleteTapi serius suka tengok perempuan gaya ni, ringkas cantik dan paling penting tutup apa yang wajib.
hmmm tutorial comel sangat! T_____T
ReplyDeleteah finally paham pun cane nak buat bawal as shawl. tq!!
comel nyeee .. boleh ajar tak acaner nk buat doodle muka sendiri. hehehe
ReplyDelete