Hari tu aku ke Ikea Damansara, ha dapat jugaklah rembat lampu dinding, plant pot dan lack wall shelf. Masih belum sempat install lagi tapi dah siap susun dalam sketch up. teheee. Cat baru tukar sebab dinding lama dah pudar bertompok-tompok. Tahun ni pilih blue sky. Rasa tenang sikit.
Katil sebenarnya kaler putih, cadar hijau kebiruan bercorak vintage.
Buku takda la sebanyak tu. hahah. Er laptop pun bukan kaler peach. Just bagi gambaran.
Rak dinding tu akan dihias apa perlu. Sebenarnya kat meja ada plant pot dan lain-lain hiasan. Tak dapat nak letak dalam software ni. loading kemain.
Aku tak pasti lagi nak letak lampu dinding kat belah mana. Kat atas kepala frame ke, kat atas rak dinding tu ke..hmm...kena belek pinterest la nampaknya sebab kat situ banyak benor dekorasi melampau lawa.
2014 ni tercapai jugak impian nak deko bilik ala-ala English gitu. Aku ni hias ikut suka je.
Kalau pakar pereka dalaman tengok, mesti geleng kepala punya. hehehe.
Aku beli barang tak la segedebuk
cash sampai riban-riban sebab aku suka beli sikit demi sikit. Tak nampak
sangat duit tu laju bak Ferrari Italia.
Itu je la nak cerita hari ni. Terima kasih baca....
kemas n simple
ReplyDeletetu belum lagi masuk barang2 lain. haha. tapi memang suka benda simple
Deletekat rumah saya pakai wallpaper, confirm tak tukar sampai bila2 .. hehe
ReplyDeletehahaha lagi best ya.jimat tu encik ewan
Deletecantik dah lakaran ni..in real mesti cantik sangat ni ni dani..ni yang nak dok bilik je..lagi banyak idea camni nak buat kerja kan :)
ReplyDeletein reality tak seindah tu. hahaha. tapi lebih kurang la gambarannya. cuma tak dapat tambh barang2 lain so tak nampak real sangat macam asal. nati dah siap, baru buat perbandingan
Deleterajinnya alahai..
ReplyDeleteminat punya pasal..hehehe
Deleteingat bilik dani betul2..baru nak kagum..tapi kagum gak la...
ReplyDeletelepas siap apa patut baru kongsi sikit kat sini :D
DeleteSesuai letak blue sky
ReplyDeletenak mendesign pun tenang je rasa nanti hee
rajin nya hang dok design bilik dulu.. koh koh koh
ReplyDeletelawa ideanya :D kemas
ReplyDeletesimple + stylo = Dani
ReplyDeleteheh heh heh
Selalu tgk sampel susunan bilik,
ReplyDeletekemas, teratur dan sentiasa menarik...
Tp masalahnya, bila dah jadi bilik sendiri, barang byk sgt...
work station pun dah tenggelam dgn baju, tuala, buku, surat, kertas bla bla bla...hahahah
Dapatkan buku KAMI! di sini
hahahahaha saya harus bersetuju. macam2 ada. letak itu ini sampai serabut pulak.
DeleteWarna baby blue dan green sudah okey. Kerusi warna apa? Saya angguk-angguk kerana bilik tidur milik Cik Nurdani :)
ReplyDeleteDari segi pilihan lampu, pilih ikut keperluan. Kadang-kadang lampu meja sudah boleh jadi dua fungsi. Satu untuk belajar, tarik kelapa lampu untuk membaca di katil pula.
Apa-apa pun nice job.
kerusi mungkin warna putih, kuning terang atau peach/pink sebab nak samakan dengan frame vintage dan cadar tu. tak pasti mana yang lebih ok.
Deleteterima kasih Encik Hazlam sebab datang komen. hehe, segannya rekaan tak lawa. terima kasih bagi pendapat
Kelapa typo (kepala). Sama-sama. Kalau kerusi biasa letak sekali kusyen supaya sokong belakang badan. Kalau kerusi kerja (seperti pejabat) tiada kusyen pun okey.
DeleteSama-sama. Okeylah desain tu :)
Deletewau, tak sangka aku baca sampai habis..
ReplyDeletebtw, apa kaitan pinterest dengan dekorasi lawa?
kat pinterest ada makeover bilik yang cantik2. kat situ boleh dapat inspirasi
Deletecantiknyaaaaaa......0__0
ReplyDelete:)
...laju bak Ferrari Italia... pergh, heheh ;3
ReplyDeletehahahaha
DeleteSalam.
ReplyDeleteNanti dani try tgk Houzz.com gak eh.
rindunya nak guna 3Dmax lepastu main design2 rumah T__T
ReplyDeletedesign lawa! lampu molek dahh kat situ. ;D
dulu time belajar rajin deco tempat nk study..tp dh keje ni.x rajin cukup sekadar sedap mata memandang dear...hehhee
ReplyDeletesukaaaaaaaaaaaaaaaaaa! kemas je tengok :D
ReplyDeletedalam gmbar dah lawo..kalo real lg lawo ni dani..haihh..tnjuk lah lepas deco tau..shida bilik share xdpt nk deco suka hati huhuu..
ReplyDeletelembaga kat tingkap tu pun dekorasi jugak ke?
ReplyDelete*garu kepala
kak dani... ohsem sgt deco tuh. berkenan ;)
ReplyDeletenice and simple...nk g ikea jugak ni nak decorate home ofis huhu ..
ReplyDeletehye..
ReplyDeletecantik nya lukis...awak guna software apa utk nmpak smpai ada effect lampu tu?