Peluh memercik sebaldi

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Peluh? haha. Apakah masalah aku untuk post fasal peluh? Sebaldi plak tu. Peluh akukah? oh no3... Ini cerita sebenar....

Sejak jadi guru ni kesibukan sentiasa melanda. Nak berehat pun kadang-kadang tak terasa rehatnya. Hari-hari kena sediakan slot pengajaran harian (Lesson plan). 1 slot 1 kelas/day. Ada 3 kelas so 18 slot/week. Sebulan 72 slot. Kena kerah otak fikir apa aktiviti dan pengajaran untuk kelas nanti. Big boss,supervisor dan pihak JKM akan check lesson plan. So kena la buat betul-betul.

Faktor fizikal,sosio-emosi,bahasa dan kognitif teramat penting untuk perkembangan awal kanak-kanak. Dalam tak sedar sebenarnya kita dah buat semua aktiviti tu tapi ada yang tak menyeluruh. Sama juga lah dalam kelas, kena tahu kanak-kanak ni lalui perkembangan menyeluruh sebab akan memberi kesan kepada mereka bila besar nanti.

Itu serba sedikit tentang penerangan fasal kanak-kanak ni. Sekurang-kurangnya pembaca dapat info dan boleh faham terutamanya kepada mereka yang sudah mempunyai anak.

Bersambung cerita fasal kehidupan seorang guru tadika ni...tahun 2011 adalah tahun kursus. Wo...tiap-tiap bulan kursus start bulan februari sampai lah bulan jun. Dapat rehat dari kursus 3 bulan and then terus start balik kursus.

Hari ni ada kursus kat Sirim Shah Alam. Aku yang kena drive ambil cikgu-cikgu kat cawangan lain then rush sana sini. Terus kepala jadi pening (bukan nak merungut..hehe). Di tempat kursus belajar tentang kepentingan fizikal dan sosio-emosi kanak-kanak, faktor-faktor mempengaruhi perkembangan dan peranan orang dewasa dalam membantu mereka.

Baru aku faham betapa kita sebagai ibu bapa dan guru berperanan besar untuk membentuk kanak-kanak ni.

p/s: hormati guru :)

6 comments:

  1. sama lah..
    penat jugak jadi guru.
    dahlah aktif budak2 nih. pening kadang2 nak layan..

    ReplyDelete
  2. hohoho kira latihan sebelum ad anak sndri ni ;P

    ReplyDelete
  3. @Sophie Al-yahya betul tu sophie. tapi yang best bila dapat main dengan diorang

    ReplyDelete
  4. @Raji berkata haha. yeah betul tu. kalau my future husband tiba-tiba nak anak ramai so dah ada experience jaga anak ramai.hik2

    ReplyDelete
  5. besarnya jasa awk.. hanya Allah yg mampu balas..

    awk, jom tukar banner/link nk?

    Cara-Cara Blogwalking yg Betul

    ReplyDelete
  6. @Firdaus Kasim terima kasih :D teringat jasa-jasa guru sekolah dulu

    jom tukar-tukar :))

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah