Gempa bumi terbaru dirasai di Lembah Klang

Pada 14 Jun 2011 telah berlaku satu gempa sederhana bermagnitud 5.5 skala Richter di Sumatera Utara pada pukul 8.08 pagi tadi. Gegaran dirasai di beberapa tempat  di Pantai Barat  Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri Selangor, selatan Perak dan juga Melaka. 






Pusat gempa bumi terletak pada 10 km kedalaman di 1.8º Utara dan 98.8º Timur , berada di darat 22 km Tenggara Tarutung-Sumut ,Indonesia iaitu 330 km dari barat daya Klang, Selangor.

Antara tempat yang merasai gegaran ialah di Kompleks E2, Putrajaya, telah menyebabkan kesemua staf di dalam bangunan tersebut diarahkan untuk mengosongkan bangunan bagi tujuan langkah keselamatan sehingga keadaan disahkan selamat. Manakala penduduk di beberapa tempat di Selangor mengalami pening-pening dan mual dan ada juga yang terasa sedikit gegaran.

Walaubagaimanapun, gempa bumi sederhana ini tidak berpotensi terjadinya Tsunami.




p/s : Jauhi perkara yang di keji Allah, tingkatkan amalan dan mati dalam keadaan beriman (peringatan bersama)

2 comments:

  1. ade bace td kat blog kwn dla..hope bnda ni tak teruk la ye..pepun kene berjaga-jaga gak ni

    ReplyDelete
  2. @d_la : yes.that's right. walaupun sederhana tapi langkah berjaga-jaga kena tinggi. sebab kita tak tahu apa akan jadi

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah