Dulu ada je masa terluang memang sentiasa meluangkan diri ke spa untuk bersauna menghilangkan tension dan lemak di badan. Lemak? er......kalau tak silap aku ni kurus nak mam....tapi tak la kategori TERLALU kurus, cuma berat tak berapa nak ideal. Kuantiti makan punya la banyak tapi berat rupa itu jugak. heh.
Bila sauna ni of course lah duit pun ikut melayang..tapi kelegaan tu memang sah-sah dapatlah cuma terbayang-bayang duit terbang je. ahaks. TAPI! ye tapi....sekarang dah senang. Tak perlu ke tempat-tempat tu lagi kita dah boleh sauna ni. Percuma pulak tu.
Di mana? Di mana?
Di rumah
Sekarang makin panas. Peluh sentiasa memercik mengalahkan orang buat kerja bendang dan buruh-buruh kasar yang melakukan kerja-kerja berat setiap hari. Kelajuan lipas kipas yang paling maksimum pun macam tak berfungsi. Aircond? Kena set temperature paling rendah baru la sejuk tu terasa. Semakin lama bumi ni makin terasa bahangnya.
Sekarang tak guna dah selimut untuk cover sejuk kerana sudah tidak sejuk. hoh.
No comments:
Post a Comment
komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.