Penjual dari rumah ke rumah

Sedang aku berehat-rehat di rumah dengan menonton televisyen sambil mengunyah-nguyah keropok mony, tiba-tiba ada sebuah kereta wira hitam berhenti depan rumah aku. Dari dalam rumah aku tengok ada seorang lelaki segak, bergaya lagi macho keluar daripada kereta. Sambil memegang fail di tangan, dia menekan loceng dan bagi salam.


Cepat-cepat aku capai kain tuala yang baunya boleh menyebabkan jantung terhenti, urat saraf bersimpul dan muka biru. Okay, itu merepek. Aku terus berlari ke pintu.


"Ya, ada apa encik?"


"Saya daripada syarikat xxxxxx. Erm mak ayah ada?"


"Kejap eh.."



Terus aku berlari ke bilik menyampaikan hasrat lelaki tu tadi. Mak aku ni takut sikit dengan orang jual-jual ni. Banyak kes menipu daripada betul. Ada yang pernah datang kononnya nak check air, dinding, penapis air mineral and macam-macam lah. Dulu ada kes pukau daripada penjual mana entah dekat area mana entah. Habis beribu-ribu duit lesap macam tu je. Tapi bukan mak aku la kena. Orang lain. Sebab tu mak aku ambil langkah berwaspada.


Lepas dah faham penyampaian ringkas mak, aku berlari lagi ke pintu utama. Kesian pulak bagi orang tu tunggu lama-lama tengah panas tu.



"Er...encik, tuan rumah enggak ada di rumah. Saya bibiknya"


"Owh..okay. Maaf ye menganggu"



Muka aku yang pan asia ni boleh dia percaya aku orang gaji rumah ni?? ppffftttt...........!! tapi itu tak penting sebab yang lebih penting dia pergi. hik hik.


Beberapa hari lepas tu datang lagi penjual yang umurnya dalam lingkungan akhir 20an. Ada dalam dua tiga orang lelaki nak jual produk apa entah. Macam biasa la malas nak layan, so aku cuma menyorok tepi langsir je. Tak lama lepas tu diorang pergi. Cepat-cepat aku intip dekat tingkap, diorang ni cuma pergi rumah-rumah yang up up je which mean rumah yang diubahsuai dengan pagar disaluti emas, tile yang cantik-cantik macam tu la, dan kereta yang besar-besar. Strategi kot.


Bab penjual rumah ke rumah ni aku sendiri tak tahu betul ke tak apa yang dijual tu. Kes pukau dan lain-lain buat kita jadi kurang percaya, tapi itulah kerja yang perlu dilakukan diorang ni untuk menjual produk. Tak boleh jugak nak salahkan semua kan. Ada yang boleh percaya dan ada yang tak, so berhati-hati.

8 comments:

  1. haha..boleh lak nyamar jadi bibik..
    kalau wanie mau gelak lpas cakap mcm tu..keke

    ReplyDelete
  2. hahahaha dah mcm drama lak :D


    cool sabtuday gathering with bloggers http://eleventx.blogspot.com/2011/07/blogger-sports-carnival-2011-with.html

    ReplyDelete
  3. @wanie : wakaka. kena tahan gelak baru lakonan mantap

    ReplyDelete
  4. @saiazuan : drama ni sehebat nora elena tak? hhaha

    ReplyDelete
  5. mak kata jgn layan penjual.
    kdg merepek lebih.menipu sikit.
    haha. kalau dorg ketuk, mati kan
    diri ;p

    haha tp idea awk best.kne praktik
    kan ya buk

    ReplyDelete
  6. @syafiqakarim : matikan diri? main one entri eh.haha. eh betul ke apa ku taip tu?

    iya..harus diamalkan ya...hahahah

    ReplyDelete
  7. tul lar pasai aku pown tkot gak kdang2 ngan y dtg2 niaga kt umah2 nih..tp knkadang kecian gak tp nk wat camner owh =.=

    ReplyDelete
  8. @raji and yeen : nak kesian2 ni kena kesian dulu kat diri sendiri. utamakn keselamatan. tapi memang kesian bila kita tak layan diorang. rasa bersalah sangat.huhu

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah